“Bahasa Arab ni mudah….”

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bahasa Arab ni mudah. Jangan dengar orang cakap, susahnya bahasa Arab. Nanti kalau sangka di hati, susah… Susah… Susah… Allah akan susah-susahkan. Allah bersama dengan sangka-sangka hambaNya. Bahasa ni, dari zaman Nabi lagi. Ini bahasa negara dan Empayar Islam. Zaman Imam Al Mahdi pun nanti, inilah bahasa utama. Bahasa ni Syiar Islam. Rasulullah orang Arab, dia sukakan bahasa Arab. Warga syurga nanti tak speaking English, but Arabic.

Kena belajar. Kena praktis. Kena ajar orang. Mudahnya bahasa Arab cuba tengok: Dalam ilmu Nahu atau tatabahasa Arab, bapa bahasa Arab, dijelaskan perkataan-perkataan Bahasa Arab dibahagi tiga: i. Ism ii. Fi’el iii. Harf. Ertinya Al Quran yang mempunyai 6666 ayat dan entah berapa jumlah perkataannya itu hanya terdiri dari 3 kategori; kalau tak ism, fi’el, kalau tak fi’el huruf. 3 je. Kau orang jangan pening-pening.

Pastu perkataan ‘نصر’ contohnya, kalau tahu ilmu Sorf atau tasrif boleh jadi ‘ينصر، نصرا،’ ناصر، منصور… Jadi 10, boleh tukar kepada نصر، نصرا، نصروا… Jadi 14. Dan sebagainya, boleh beranak pinak. Sebab itu ilmu sorf dipanggil ibu bahasa Arab. Hanya perlu tahu ilmu sorf dan hafal satu perkataan… Tak mudah ke?

Jadi pagi ni kita belajar, ciri-ciri atau tanda nak kenal sesuatu kalimah itu ism. Mula-mula nak baca kitab, Abuya ajar kena kenal pengarang kitab ni… Jasa dialah kita dapat ilmu ni. Dia ni wali Allah. Wali-wali je yang mampu karang matan-matan. Tuhan beri ilmu pada dia. Berkat. Ulama sekarang, kitab cantik-cantik tapi susah kita nak ingat ilmunya sebab tuannya kurang berkat. Yang belajar niat untuk sijil, yang buat kitab niat untuk komersial. Matan Jurmiyah ni terkenal sebagai asas ilmu Nahu. Kita hadiah fatihah kepada pengarangnya:

Al Faatihah…

Pastu, Abuya ajar sebelum baca kitab juga supaya baca:

قال المصنف رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في الدارين

Jadi, ism dikenali dengan baris bawah, tanwin, masuk alif dan lam diawalnya, masuk huruf hafdh dan masuk huruf qasm.

Begitulah kelas tambahanku dalam 20 minit di pagi hari selepas baca Maulid Rasulullah karangan Abuya pada anak-anak remaja di Dimasyq ni…teringat masa belajar dengan Ustaz Mahfuz di Yayasan Arqam Batu Hampar tahun 1987. Satu kelas dengan Nasaruddin Awang, Ramli Yadin, Zulhairi Othman, Azwa, Saiful Anam, Retauddin Yaakub dll. Paling top belajar masa tu Nasaruddin dan Azwalah. Retauddin, khat dia sebijik macam Ustaz Mahfuz, Ruq’aah.  Baru-baru ni terjumpa Ustaz Mahfuz dan isteri di Sheraton Hotel, rupanya dah duduk di Syria. Ustaz Mahfuz menjemput aku ke rumahnya di Kafr Suseh, belum sempat-sempat lagi pegi.

NOTA:  قال المصنف رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في الدارين

Ertinya: telah berkata pengarang kitab ini, moga Allah merahmatinya, dan moga Allah memberi kita manfaat dengan ilmu-ilmunya di dua negara (Dunia dan Akhirat)

Kongsikan kepada yang lain
Share

0 thoughts on ““Bahasa Arab ni mudah….”

  • March 5, 2011 at 5:22 pm
    Permalink

    belajar bahasa pada saya yg susah sikit nak hafal perbendaharaan kata/vocabulary.

    Reply
  • March 6, 2011 at 7:49 am
    Permalink

    Tq.bila digunakan selalu, akan terhafal sendiri.tapi nak guna kena ada kawan dan suasana. apa-apa ilmupun kena amal baru mahir. Marilah ziarah Syria, sini ada kawan dan suasana…. hi hi… ahlan wa sahlan

    Reply
  • March 16, 2011 at 5:42 pm
    Permalink

    belajar kat sekolah skema sangat. Jadi bosan. Betul kena ada suasana org ckp Arab br cpt pandai

    Reply
  • January 18, 2013 at 8:10 am
    Permalink

    Cube utk faham.,, nk blajr b.Arab,, :'(

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *