Kusangka panas hingga ke petang… OWC a.k.a. KTS.

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tahajjud T_T
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya ke malam. Baik ku tidur terus..

Salam. Selamat malam remaja di Malaysia. Sini jam 6.29pm, ertinyaMalaysia 11.29pm. Dah malam tuuuu. Tentu korang dah tido. Ada yang keletihan, sambil berdengkur lagi. Silakan tidur. Badan korang pun ada hak yang perlu korang berikan. Hak untuk berehat, bila letih. Tapi cuba pasang niat sebelum tidur tu. Jangan main-main, ada orang yang mati dalam tidur. Pastu, bukan sikit remaja yang susah bangun tido ni! Nak aku sebut nama? Nanti malu!!!

Ada yang dari budak sampai dah kawin, nak bangun tido macam melekat kat lantai… Pergh… Punya susah!  Kes kritikal ni.

 

 

Abuya kata, susah bangun ni sebab banyak dosa.

Jadi, simple je (tapi tak semudah itu nak istiqamah). Sebelum tidur, banyakkan bertaubat. Minta ampun, maklumlah seharian bergelumang dengan hal-hal dunia, taat dan maksiat, pahala dan dosa, hak dan batil dan lain-lain. Kemudian, katakan: ya Allah, berkat RSA jadikan tidurku yang beberapa jam ini nikmatnya menghilangkan keletihanku.

Ohh muqaddimah yang panjang. Sebab seronok, hari ni ramai tetamu datang. Riuh rendah bandar RSA Jerash khasnya di Ikhwan Homestay. Sy Nik Hishamuddin sampai dari Mesir, Zai balik sini dari Jeddah, Sy Azri sampai dari KL, Sy Salleh, Sy Kadir dan Azam sampai dari Madinah setelah 17 jam menempuh perjalanan darat. Ada ke serpihan dari Ikhwan ni kalau berkumpul, seorang dari Mesir, seorang dari Jordan, seorang baru balik dari Saudi, dari Perth, seorang dari Paris dll. Atau dari Bkt Beruntung, Balakong, Batu, Batang Berjuntai, Batu Arang . Ahli usrah orang dekat-dekat je? •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• saja usik.

‘Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.’

Tu la BERSIH, punyalah susah merancang nak tuntut itu dan ini, semuanya akan mula sejuk…Isunya akan sejuk, berbeza dengan OWF a.k.a. KTS a.k.a Kelab Taat Suami, panasnya bukan setakat sampai petang, semakin hari semakin panas. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Panas… Panas… Kelab Taat Suami yang di lancarkan di Mat’am Qasr Lubnan, Jerash, Jordan, satu-satunya restoran milik rakyat Melayu Malaysia di Jordan pada 1hb Mei 2011 rupanya mencetuskan fenomena. Dahsyat strategi RSA.

Asalnya aku tak tau sebab apa Kak Ton Satimon tanya tarikh tepat pelancaran KTS di Jordan hinggalah dapat link programnya di NTV 7. Masuk TV rupanya. Kak Lin pun macam tu, minta terjemahan Al Quran, aku bbm je nombor ayat dan Surah, rupanya dia masuk radio BFM 89.9. Berlawan hujah dengan Marina Mahathir lagi. Orang Arab Badwi kata: ‘Musy Galil’ Kak Lin ni. Agresif mempertahankan prinsip. Syabas En Rahman. Tup-tup Tv Singapore ke Mega malam ni untuk interview ibu Dr Lin mengenai KTS (OWC). Malam esok sekali lagi radio BFM akan jemput Ibu Lin untuk talkshow juga berkenaan KTS.

Pengacara radio BFM tu lepas program kata pada Kak Lin, ‘you menang, kami tak pernah tengok orang sekuat you mempertahankan keyakinan, sedangkan kami semua pun westerner.(Mana taknya Dr Lin boleh berlawan dengan Marina Mahathir). Sebab itu mereka nak jemput sekali lagi. Bila Dr Lin tanya, you nak suruh saya lawan dengan siapa pulak? Dah la kali ni tak aci satu lawan dua..(Sebab SIS diwakili Marina dan ada seorang Ustaz dari mana tah), kata pengacara tu, tidak, kali ni kami nak dengar dari kamu seorang je.

Beribu-ribu tahniah untuk Bonda Ummu dan RSA kerana dapat lahirkan orang seperti ini. Tiba-tiba Asia Tenggara malah dunia dikecohkan dengan nama-nama baru seperti Dr Azlina Dato Jamaludin, Dr Rohaya Datuk Muhammad, Dr Gina Puspita, Dr Kamsiah, Fauziah Ariffin, Zaiton Satimon. Tanpa kuasa di tangan, tanpa bergantung pada kedudukan, telah muncul wanita-wanita berprinsip, mempertahankan Allah dan Rasul. Antara kenyataan Kak Lin yang aku seronok dengar, dia ulang beberapa kali: ‘saya hanya hamba Allah, makhlukNya, saya ikut perintahNya. Sama sekali saya tidak akan mempersoalkanNya, mengapa begitu, mengapa begini?’ Fuuh poweeer.

Kali ni Tuhan dimenangkan. Selama ini orang asyik salahkan Tuhan aje.

Tiba-tiba si ustaz tu, mempertikaikan itu dan ini tanpa alasan yang konkrit, dengan nada penuh tidak meyakinkan. Patutnya sesuailah kenyataan dengan nama. Pembeza antara hak dengan batil, macam Saiyidina Umar. Ini tak, bersekongkol dengan kebatilan. Apa raaa?!!! Boleh dia pertikai kenapa kaitkan Allah dalam perbincangan. Habis, nak putus dengan Allah? Yahudi je yang ajak lawan Tuhan ni… Putus dengan oksigen (oksigen tu cuma makhluk Allah) pun boleh mati. Ini putus dengan Allah, nahas, boleh kafir ooo, jangan main-main.!!! Tapi ramai ke ustaz-ustaz yang takut Tuhan? Sebut poligami punyalah takut…. Zaujah ana, kawan ana, ana kena bantu dia sidai baju, ganti lampin anak, masak, bla bla bla…kita kena kerjasama. Zaujah ana, zaujah ana… Dia rakan, bukan pengikut. Ooh OWC semakin panas.

Shahrizat pun dah tak mampu bertahan, terpaksa akur untuk membenarkan KTS berjalan sebab ini negara demokrasi… •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• Masyitah langsung hilang suara. Dia mungkin ada satu phd, dalam OWC tu agaknya melambak phd dan Dr perubatan. Lepas ini, kalau OWC dilancarkan di Paris dan London, gemanya tentu lagi besar. Majoriti lelaki menyokong KTS ni, samada terang atau sembunyi. Kecuali lelaki OKU jiwa. Jiwanya Kureng Upaya, takut bini. Korang tak percaya? Pegi cuba chek perempuan-perempuan yang lantang menentang KTS@OWC, aku jamin, suaminya mesti bukan rojulun. Kalau rojul, dia mesti qawwamuna ‘alan nisak.

Ok, itupun dah cukup panas. Lebih panas dan hangat dari isu BERSIH. Tak berjaya musuh mengalihkan isu. KTS kembali popular…….

Ikhwan Homestay, Jordan
12.37am Jul 13, 2011

Kongsikan kepada yang lain
Share

0 thoughts on “Kusangka panas hingga ke petang… OWC a.k.a. KTS.

  • July 16, 2011 at 9:22 am
    Permalink

    Salam…..
    Aku ada tengok sebahagian rakaman.
    Tapi aku rasa wakil KTS tak berapa bersedia ; terutama bila Ustaz tu dok ulang2 ; apa yg didakwa menjadi prinsip dan objektif penubuhan KTS tidak disebut dlm Quran.
    Tak patut biarkan Ustaz tu dok ulang2 statement yg sama.

    Reply
    • July 16, 2011 at 9:39 am
      Permalink

      وَعَلَيْكُمْ ألسَّلاَمُ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُهُ. Aku pun tengok wakil KTS kurang bersedia. Aku satu pendapat tentang kurang bersedia ni. Sebab itu adalah kalau pertama dia masuk konti. Tapi kalau aku pun, rasanya kurang bersedia jugak bila berhadapan dengan ustaz yang macam ni. Ada juga ustaz yang macam ni. Semua yang disebut tiada dalam Quran. Paling tak, oleh kerana dia Ustaz patutnya apa yang dia nampak betul dalam kelab itu, kena kata betul. Tak kan semua salah kut? Paling aku terperanjat, dia tak setuju kaitkan semua perkara dengan Tuhan. Aku mula ragu, dia ni ustaz ke agen pihak tertentu. Kalau prinsip utama kelab itu supaya isteri2 taat suami, inikan jelas…tapi aku dah biasa bergaul dengan golongan seperti ustaz itu, banyak benda yang tak boleh… Ada masa, aku cuba tulis. Ok tq ats komentar.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *