Dari Rockers jadi Pejuang VS dari Pejuang jadi Penentang

Kongsikan kepada yang lain
Share
Di Hadapan dinding Maqam Nabi Shuaib AS

Salam. Selamat Menempuh Alam Rumah tangga kepada Humam At Tamimi, moga terbina sifat-sifat kepimpinan melalui alam baru ini. Begitu juga kawan anjang, Sy Johari Ma’som, Selamat Menempuh Alam Rumah Tangga poligami, untuk membina keadilan dalam diri. Sapa yang tak poligami tu, tak nak usahakan keadilan atau dengan kata-kata yang lain mengekalkan kezaliman sebab lawan adil adalah zalim. Sedangkan zalim adalah kegelapan di hari kiamat. Allah jelaskan sifat adil itu lebih dekat dengan taqwa. Tak nak taqwa ke? (Taqwa betul ni, bukan Taqwa yang hujung minggu main notebook kat rumah syabab di Damascus) Sebab itu sapa yang kata: ‘Saya tak nak poligami sebab tak mampu berlaku adil’, sedar tak sedarn seolah-olah berkata: ‘saya tak mau poligami kerana nak kekalkan sifat zalim. Saya masih sayang sifat zalim saya ni. (Tapi untuk berkahwin, tentukan pasangan dan poligami kena pemimpin tentukan) Apa kabo kawan-kawan yang lain? Apapun bersedialah menerima proses.

Diantara proses yang kita hadapi sekarang ialah ujian keyakinan, dengannya Allah tambah keyakinan orang yang dia pilih, Allah cabut keyakinan orang yang Tuhan tidak mahu dalam jemaahNya. Semalam aku sempat bersama Pak Wahyu dari Sumatera bersama dua adik iparnya. Transit di Jordan bersama Sy Fauzan dan Sy Raja untuk menunaikan umrah. Dari sumber yang boleh dipercayai, aku diberitahu, Pak Wahyu ini seorang rocker. Korang pun tau, rockers ni bukan mudah nak hilangkan jiwa rock. Rock tu kan batu. Bukan senang nak berubah, kalau dah keras dan membatu. Aku cakap sebab aku terlibat. Bukan jadi rocker tegar a tapi, tengok abang aku dengar lagu-lagu rock, aku pun terikut la. Masa aku muda dulu band Scorpions cukup terkenal. Aduh…. Terikut-ikut, sampai lukis gambar kala jengking. Ada class mate di HSM, budak cina nak beli, jual la, boleh dapat duit belanja. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

‘…I climb the stage again this night…… When the smoke is going down….’ , ‘Let me take a far away you d like a holiday….dan entah apa-apa lagi.

Pak Wahyu

Masa tu ramai je remaja yang taasub gila dengan band2 rock, tak de sapa kata sesat. Rambut panjang macam mee maggi tumpah, badan kurus sbb amik dadah, seluar jean lusuh, ada koyak-koyak. Mata stim je. Talipinggang kulit, buckle besar. Hak taasub ni, tak de seorang menteri berkaitan dengan agama berani menegur. Taasub melampau begini, tak apa. Anak bangsa dah jadi bangkai berjalan, tiada siapa nak benar-benar tangani. Sampah masyarakat, nak bakar, masih hidup bernyawa. Nak beri tugas, tak boleh bertanggung jawab. Nasib baik Us Zaki Komsin, ayah andak tu orang kampung aku. Bila dia balik kampung, bawa van dengan pelajar-pelajar Arqam yang berjubah serban putih, tingkah laku pelajar-pelajar itu sangat menyentuh hatiku. Ketika itu, aku berharap menjadi sebahagian dari mereka. Aku tak tau, bagaimana sejarah Pak Wahyu mendapat hidayah, tapi yang jelas, jiwanya masih rock.

Sebab itu, ketika kami dilarikan oleh Zakwan di dalam perut Dodge merah berxpdc dengan Syh Azri dan kawan-kawan dari Sumatera dari bandar RSA Jerash menuju Salt, untuk menziarahi maqam Nabi Shuib as… Aku menduganya:

‘Silakan Pak Wahyu sampaikan satu nasyid’…. Lagu yang dipilihnya, rentak slow Rock. Nasyid abang Mel….

“Bangsa Melayu, akan jadi empayar,,,,, diterajui oleh,,,, itulah pilihan beliau.

Mel bekas penyanyi WINGS

Bukan mudah nak bawak lagu tu, tapi… Dia boleh sampaikan. Hatinya tersentuh melihat Restoran GISB di Jordan, ditadbir oleh orang Melayu dengan 12 pekerja Arab. Pelanggan-pelanggan pun ramai dari bangsa Arab khasnya dari negara Telok di musim panas begini..lalu dilagukan Bangsa Melayu…Tapi, bila bawak nasyid, ‘berjalan bermusafirlah’, entah apa-apa. Liriknya tak dihafal baik, main bantai je… Orang-orang besar yang bersamanya pun, bukan hafal nasyid tu. Adik-adiknya tu, aku tak kesah. Pun begitu, atas kuat jiwanya hendakkan kebenaran, banyaknya beliau membantu jemaah… Keyakinannya bertambah. Malah Allah hadiahkan berpeluang menziarahi kampung Rasulullah saw, dalam rahmat jemaah.

Tapi malam ni, aku dapat gambar seorang yang sangat aku kenali, masuk TV3. Aduh, apahal pulak nie….?!

Dengan tajuk Bekas anggota Arqam dakwa isteri larikan anak.’ Dia ni bukan ke pelajar Qismud Dakwah wal Qiadah Arqam. Dapat ilmu dan didikan dari Abuya. Bukan ke, Abuya yang hantar sambung belajar di Jamiah Dirasat Islamiyah, Abuya yang lantik jadi Ketua Pelajar Al Arqam Pakistan, Abuya jadikan wakilnya untuk baca teks di Persidangan ulama di Islamabad. Abuya yang kahwinkan dengan isteri pertamanya. Begitu juga isteri keduanya. Pendek kata semuanya dari Abuya, tapi bila isteri lari, disalahkan jemaah Abuya. Dirinya tak bersalah. Berani ke dia berhadapan dengan jemaah ini. Hebat sangat ke dia? Kenapa tak salahkan diri sendiri, jika isteri sendiri sudah tidak mahukan kamu?!!

Apakah jemaah kebenaran, yang terbukti tak dapat dikalahkan sejak ia diasaskan, boleh mati dengan hanya report polis dan siaran TV3. Moga-moga pihak Polis siasat betul, kenapa isterinya lari?! Salah GISB kah, atau kelemahan diri dituding pada orang lain. Terima kasih pada TV3 yang dah berulang kali cuba memaku paku terakhir di keranda jemaah ini. Tak serik-serik lagi nampaknya. Teruskan usaha tuan-tuan, atau elok juga ambik dia menjadi staf TV3, kut-kut boleh dimanfaatkan.

Tapi yang jelasnya, dalam 2 hari ini, aku lihat ada orang yang berjiwa batu/rock Allah kekalkan dalam jemaahNya kerana kesungguhannya membantu agama Tuhan. Ada orang yang asalnya Pejuang, Allah tarik nikmat, jadi penentang atas sebab yang tuan punya diri sangat mengetahuinya. Oh Tuhan, bantulah kami. Hidayah dan taufik milik mutlakMu. Kekalkan kaki-kaki kami, teguhkan hati-hati kami, di hari tergelincirnya orang yang ragu-ragu di selekoh-selekoh perjuangan. Kami tidak mampu, kami sangat lemah. Bantulah kami RSA. Aminnnnn.

Ikhwan Homestay Jerash,
1.37am, Jul 16, 2011
anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

0 thoughts on “Dari Rockers jadi Pejuang VS dari Pejuang jadi Penentang

  • July 16, 2011 at 3:09 am
    Permalink

    Salam dari bumi Tenang, moga2 RSA terus curahkan, lham dan kekuatan untuk anjangmuor terus berkarya mudah2an ia mjdi amal soleh yang berpanjangan.

    Reply
  • July 16, 2011 at 7:05 pm
    Permalink

    boleh saudara ceritakan kesah sebenar pasal laporan TV3 tuh…..

    Reply
    • July 20, 2011 at 7:41 am
      Permalink

      Terima kasih naim, dalam TV3 kenyataan dari suaminya, di sini, kenyataan dari isterinya:

      KENYATAAN SAMSIAH YUSOF
      (ISTERI ZAWAWI AMAN YANG DIDAKWA DILARIKAN GISB)

      Saya Samsiah bt Yusof isteri pertama kpd Mohd Zawawi Aman ingin membuat kenyataan: 1.Saya menafikan sekeras2nya bhw saya diarah atau dipaksa oleh GISB utk melarikn diri.

      2.Saya pergi dgn keputusan sendiri atas tekanan peribadi saya kerana kami memang menghadapi masalah rumahtangga sejak 3 tahun yg lalu. Saya mengambil peluang utk menziarahi anak saya yg sedang belajar di Mesir. Ini menafikan sama sekali yg saya dilarikan oleh GISB atau arahan dari Ummu Jah utk saya dilarikan.

      3.Saya menangis bkn kerana dipaksa tapi saya menangis krn saya sedih dgn suami saya.

      4.Saya juga menafikan bahawa saya ke Mekah seperti yang disangka oleh suami saya

      Reply
  • August 2, 2012 at 11:51 am
    Permalink

    Begitulah indah nye kalau da jatuh hati dgn RSA TUHAN pon menemukan jln2 bertemu dgn ORANG2 NYE, walaupun luaran sesorang itu batu dlm hati die siapa la tahu moga kita sentiasa dipandu n dibantu oleh RSA: bab kata org=
    Setingi tingi langit
    Besar lagi kasih ilahi
    Bila hati ade niat suci
    Niat itu la yg dihargai oleh ILAHI:)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *