***wasiat untuk wanita***

Kongsikan kepada yang lain
Share

 

 

Wasiat kepada para isteri…

Telah bersabda Nabi saw kepada Aisyah ra, ‘Wahai Aisyah, peliharalah rumahmu. Sesungguhnya majoriti wanita di hari kiamat menjadi bahan bakar api neraka. Aisyah berkata: Mengapa begitu wahai Rasulullah? Kata Rasulullah saw: Kerana mereka tidak dapat bersabar ketika kesusahan, tidak bersyukur ketika selesa, dan kufur dengan nikmat.

Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah telah mewajibkan hak para lelaki yang wajib atas wanita tunaikan iaitu mentaati mereka dalam urusan-urusan mereka, tidak berpuasa kecuali dengan izin mereka, sesiapa dikalangan wanita yang berterusan enggan bersama suaminya di di ranjang, akan dilaknat malaikat hingga waktu subuh.

Wahai Aisyah, tiada sesiapa di kalangan wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya kecuali semua malaikat di langit akan melaknatnya.

Wahai Aisyah, Tiada sesiapa dikalangan wanita yang berkata kepada suaminya: Aku tidak melihat satu kebaikan pun daripada kamu, kecuali Allah akan gugurkan pahala amalann
Wahai Aisyah, tiada sesiapa di kalangan wanita yang melihat suaminya dengan wajah masam kecuali bintang di langit melaknatnya.

Wahai Aisyah, tiada sesiapa di kalangan wanita yang memberati suaminya dalam soal nafkah sesuatu yang dia tidak mampu tidak akan memperolehi rahmat tuhanku dan tidak ada bahagian dari syafaatku.
.
Dan sesiapa di kalangan perempuan berkata kepada suaminya: Moga Allah rehatkan aku daripadamu, dia tidak akan mencium bau syurga.
.
Wahai Aisyah, tiada di kalangan wanita, yang suaminya mengajaknya mengadakan hubungan jenis lalu dia menolaknya, kecuali akan keluarlah kebaikan-kebaikannya seperti keluarnya bijiran dari kulitnya..

Wahai Aisyah, tiada perempuan yang suaminya mengajaknya mengadakan hubungan jenis lalu dia menyambutnya dengan sepenuh hati kecuali Allah akan ampunkan dosa pada hari itu dan malamnya dan dia di dalam pemeliharaan Allah dan jagaanNya.

Wahai Aisyah, tiada perempuan yang menenun dan memakaikan pakaian kepada suaminya kecuali Allah akan memakaikannya dari perhiasan syurga di hari kiamat.

Wahai Aisyah, jika ada wanita yang menyedut lobang hidung suaminya yang mengalir darah dan nanah, dia masih belum dikira membalas jasanya.
.
Wahai Aisyah, berilah khabar gembira bagi isteri yang diredhai suaminya. Sesungguhnya redha suami adalah menjadi sebab keredhaan Allah. Sepertimana redha kedua ibubapa, sesungguhnya derhaka kepada keduanya adalah diantara dosa-dosa besar.

Wahai Aisyah, sesiapa yang sempat bersama kedua ibubapanya tetapi tidak berjaya membawa mereka ke syurga, nescaya Allah tidak akan memasukkannya ke syurga.

Benarlah Rasulullah SAW

Kongsikan kepada yang lain
Share

0 thoughts on “***wasiat untuk wanita***

  • September 9, 2011 at 1:57 pm
    Permalink

    sy HT, mohon share ye..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *