***Milad Abuya ke 74***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. 7 jam 45 minit untuk penerbangan dari KLIA ke Kuwait dengan kelajuan entah berapa ratus km/jam. Lama tu. Ni yang mencoret-coret. Nak tidur, dah puas dah. Apa yang terlintas je la anjang tulis. Kalau korang boring, tak yah baca. Pad curve ni pun masih kerasss, letih menekannya.

Untuk ke 2 kalinya, ulangtahun kelahiran Abuya disambut tanpa ku lihat tubuh Abuya. Sedangkan beberapa tahun sebelum ini, dapat lihat Abuya dengan mata kepala. Apakan daya mata hatiku masih belum mampu melihat kehadiran Abuya. Tapi meriahnya sambutan milad dapat dirasai. Gambar-gambar program di seluruh dunia membuktikan A hadir dalam setiap hati pengikutnya.

En Amri, pengusaha sewa menyewa kanopi terdetik di hatinya beberapa hari lepas, untuk menambah bilangan kanopinya. Tauke berbangsa Tiongha tempat dia menempah kanopi sebelum ni enggan menerima tempahan walaupun 3 set, juga pelik. Sanggup menerima 15 set kanopi sekaligus. Bila 15 set sudah di tambah, Amri sendiri hairan, dorongan apakah yang membuatkannya ia buat begitu. Teka tekinya terjawab, bila semua 30 set kanopinya di sewa, tapi dengan kehendak Allah, di hari wakil GISB Bandar RSA datang untuk menyewa kanopi, 15 kanopi baharu sudah tersedia. Ya… Rupa-rupanya kanopi baru ini dirasmikan untuk Milad Abuya di BRSA BCH. Baharu untuk orang baharu… Moga Abuya masih mengenali kita semua… Atk. Mari mengenalinya melalui tulisannya sendiri, mudah-mudahan beliau masih mengenali kita…

Biografi Abuya

Usiaku telah menjangkau enam puluh tahun

Sepanjang umurku aku telah menempuh hidup berliku-liku

Cabaran demi cabaran mengugat kehidupanku

Masam, manis, masin, pahit maung telah aku rasai

Aku telah menempuh berbagai-bagai zaman

Satu kali adalah zaman Jepun yang ganas dan kejam

Dua kali berlaku zaman British yang halus diplomasinya

Di zaman peralihan ialah Komunis mengganas 10 tahun

Sudahlah miskin, hidup pula dalam ketakutan

Setiap hari ada orang yang dibunuhnya

Ada kenderaan yang dibakarnya

Balai-balai polis yang diserangnya

Masa Jepun, papa kedana merata-rata negara

Sangat mengancam kehidupan termasuk aku dan keluarga

Ubi keledek sebagai nasi Beras A1 makananku yang biasa di waktu itu Adakalanya sehari sekali makan nasi atau pisang

Itu pun beras yang berdebu dengan kapur dicampur ubi

Ubi pun payah dicari

Sagu rumbia, buah getah makanan harianku yang istimewa

Makan nasi hanya 6 bulan atau setahun sekali

Pucuk-pucuk kayu, daun kali layau, cendawan kulat setiap hari aku makan

Pernah satu hari waktu hendak memakan sayur kali layau

Terjumpa seekor lintah di celah daun

Untungnya di waktu itu ikan-ikan darat senang didapati

Bahan-bahan hutan mudah dicari

Kerana di masa itu bahan-bahan semulajadi

Belum dimusnahkan oleh pembangunan dan kemajuan

Zaman ini juga harimau, babi, buaya, ular mengganas di mana-mana Kejamnya macamlah Jepun-Jepun yang selalu menzalim orang terutama bangsa Cina

Hampir setiap hari lembu, kerbau, kambing dibahamnya

Zaman Jepun pakaian sangatlah susahnya

Sedikit-sedikit yang ada itu pun amat daifnya

Kain dan baju seribu tampungan

Bahkan setengah-setengah orang sudah ada

yang memakai daun-daun lebar yang keras

Atau kulit kayu yang diselimutkan di badan

Orang yang mati digulung sahaja dengan

tikar mengkuang kemudian dikuburkan

Rumah-rumah tempat tinggal rata-rata macam

rumah orang asli di hutan sekarang

Rumahku dan keluargaku semacam

rumah mereka juga tidak ada bezanya

Penyakit mengganas tidak ada orang yang terkecuali daripada serangannya

Ubat-ubatnya tiada, kecuali ubat tradisi sahaja

Zat makanan kurang sekali

Apabila berkudis susah mahu sembuh

Sering sahaja berulat di dalamnya

Masjid surau terbiar kambinglah penghuninya

Di waktu itu orang beragama macam antah di dalam beras

Seluruh penduduk kampung kalau ada dua atau tiga orang

Yang sembahyang secara istiqamah sudah dibanggakan

Di zaman Jepun aku pernah kematian keluarga

Di dalam masa setahun empat orang, ibu, kakak, adik, pak cik

Perhubungan sangat sulit dan susah

Alat-alat perhubungan sangat payah

Menyeberang sungai melalui jambatan buluh

Atau setengah tempat menggunakan rakit buluh

Berjalan kaki menjadi basahan harian

Adakalanya berjalan kaki berbelas-belas batu jauhnya

Berbatu-batu naik kereta lembu sering berlaku

Naik kereta mungkin satu atau dua tahun sekali, biasanya lori

Pernah berlaku dua kali di zaman Jepun

kapal terbang Jepun datang

Satu kampung penduduk kampung lari

ketakutan termasuk aku yang masih kecil

Pernah aku melihat sebuah kapal terbang terbakar

di udara kemudian jatuh di tempat yang aku tidak tahu

Beberapa lama kemudian aku tahu

Sebuah kapal terbang British jatuh ditembak oleh Jepun jatuh di Kampung Sawah Raja, Rembau

Di zaman permulaan British kehidupan agak lebih baik sedikit

Namun kebatilan dan kemiskinan merata negara

Beras sudah ada, tepung seperti biasa

Tapi masih terbatas dan terhad

Pakaian sudah dijual merata-rata

Kebanyakannya kain belacu

Namun bermewah-mewah belum ada

Kalaupun ada golongan atasan sahaja

Itu pun hanya golongan terlalu minoriti

Pekerjaan sangat terbatas

Tidak seperti hari ini

Lumrah pekerjaan orang Melayu ialah mata-mata, askar, cikgu

Kerani dan kastam satu dua termasuk ayahku

Perhubungan sudah ada tapi tidak selesa

Perjalanan satu jam di waktu ini mungkin lima jam di waktu itu

Di zaman itulah aku dan keluarga naik bas turun bas

Masanya agak lama juga

Pergi ke Kelantan di zaman itu dua hari baru

sampai ke Kota Bharu

Rata-rata orang Melayu masih jahil dan mundur

di dalam pelajaran

Buta huruf merata negara terutama penduduk desa

Yang berkelulusan universiti bilangan jari

Aku adalah termasuk orang yang terkorban

di dalam pelajaran di masa itu

Kalau aku ringkaskan sejarah hidupku secara umum

Dari zaman British hingga ke hari ini lebih kurang begini

Jalan kaki budayaku, kereta lembu kenderaan istimewaku

Makan ubi, buah getah, sagu rumbia mengganti

nasi makanan utamaku Pakaianku bertampung seribu,

akulah yang tampung sendiri

Di waktu masih kecil lagi

Ketika ibu dan bapa tiada di rumah

Aku masak sendiri

Baju aku basuh sendiri

Koyak aku jahit sendiri

Belum bersekolah aku sudah pandai memancing sendiri

Hasilnya dibawa pulang

Duduk di gerobok buruk

Di waktu itu reban ayam sekarang ini adalah lebih cantik dari rumahku Kenderaanku silih berganti

Tidak ada melangkau, ia berlaku secara bertahap-tahap

Dia berlaku secara meningkat dan berperingkat-peringkat

Dari berjalan kaki

Kemudian naik basikal hinggalah dapat beberapa orang anak

Berbasikal adakalanya berpuluh-puluh batu

Berkaki ayam biasa sahaja di zaman kanak-kanak

Enak saja tidak pula terasa kaki sakit

Selepas itu alhamdulillah lega sedikit

Boleh naik motosikal Honda 65, kemudian Honda 90

Setelah itu Allah memberi rezeki kereta Helman second hand

Kemudian Morris Minor second hand juga

Sesudah itu Holdan second hand pula

Kemudian sedikit demi sedikit bertambah canggih

Kereta Corolla permulaannya

Berpindah pula kereta Peugot 404 kemudian 504

Setelah itu barulah Mercedes

Selepas itu kenderaanku adalah Pajero

Kemudian Mercedes MPV (multipurpose van)

Kenderaan awam kemuncaknya adalah kapal terbang

Jadi kehidupanku mengalami bermacam-macam dan berbagai-bagai peringkat

Dari papa-kedana, fakir miskin, senang, kaya biasa

Yang belum lagi kaya luar biasa

Di aspek-aspek lain yang teringat elok juga diceritakan

Disengat ikan sembilang, baung perkara biasa

Diserang penyengat bermacam-macam jenisnya, sering sahaja

Digigit lipan dua kali, satu kali disengat kala jengking

Keling keliak tidak terkira, mungkin puluhan kali

Dikejar oleh anjing, diburu oleh kera jantan hampir digigitnya

Digigit lintah, pacat memang tidak boleh dielakkan memang perkara biasa

Jatuh dari rumah, jatuh dari pokok berlaku juga

Pernah di rumah orang kenduri,

sedang makan serambi rumahnya roboh

Kuah gulai menyimbahi pakaianku

Di waktu itu hari pertama aku mengajar sebagai guru kerajaan

Jatuh dari basikal berdarah lutut tidak boleh dilupa

Kereta masuk gaung, patah kaki lebih-lebih lagi tidak boleh lupakan

Di waktu kecil beberapa kali lemas di sungai,

mujur dapat diselamatkan atau terselamat

Dicucuk paku dua kali pun merasa, parutnya masih ada

Kali kedua gelap mata beberapa ketika

Aku dipelihara dari satu tangan ke satu tangan

Dengan ibu dan ayah tidak sempat bermanja

Berpindah-randah dari satu tempat

ke satu tempat jadi budaya

Berpindah dari rumah setinggan ke rumah setinggan

cara menyewa perkara biasa

Di umur persekolahan, mengangkat air,

cari kayu api, ambil pucuk paku,

menyapu laman, tukang masak kerja saya

Tinggal merata-rata tempat, di kampung dan di bandar

Pernah tinggal di tengah hutan, di kebun getah,

di sawah padi, di tepi laut, di tepi kubur

Di dalam pendidikan banyak sekolah

tempat belajar dan mengajar

Berpindah dari sekolah ke sekolah

Di dalam perjuangan, Allah takdirkan di dalam persekolahan

lagi sudah ada cita-cita perjuangan

Keluar sahaja dari sekolah, perjuangan pun bermula

Berbagai-bagai harakah Islamiah yang aku sertai

PAS, Jamiatul Dakwatul Islamiah, Ikhwan dan ABIM

Namun hati tidak puas

Semuanya aku tinggalkan

Aku bangunkan jemaah sendiri, Darul Arqam namanya

Sempat aku pimpin 28 tahun lamanya

Di dalam jemaah sendiri, ke luar negeri perkara biasa

Bahkan tinggal di luar negara berturut-turut 7 tahun lamanya

Di dalam jemaah, berbagai-bagai aktiviti dapat dibangunkan

Hal ini tidak payah diceritakan

Ramai orang yang faham dan tahu ceritanya

Ujian-ujian di dalam perjuangan

Memang banyak yang dirasa

Tangga rumah dibuang, motosikal dibubuh garam

Beberapa kali hendak dipukul orang

Dipanggil ke Jabatan Agama dua kali disoal siasat

Kerana tidak senang dengan perjuangan yang aku lakukan

Pernah di waktu malam rumah dikepung polis beberapa kali

Namun tidak menangkapnya

Tohmah, fitnah perkara biasa

Inilah yang paling banyak dilemparkan kepadaku

Akhir sekali aku ditangkap,

diambil di luar negara secara ekstradiksi

Direman dua bulan, kemudian diasingkan

di Rawang di bawah akta ISA

Sekarang sudah memakan masa enam tahun

Namun belum dibebaskan lagi

Kalau aku panjang umur

Entah apalagilah peristiwa-peristiwa

yang akan berlaku pada diriku Tuhan sajalah yang tahu

——————————————————-

Ok, itu saja kali ni. Mula taip post ni dalam flight, sambung di homestay Jordan. Terima kasih pada RSA menghantar Abu Mubarak dan Hussam yang setia menunggu di Queen Alia International Airport dengan Dodge merah. Penat safar ditambah jalan yang jam dan brek Dodge dah makan disk hilang bila pekena ‘Mandi Hadra Maut’… Fuuh, Ras Ghanam pulak. Aduh… Kalau lah ada Humam, tentu lebih berselera makan.

P/s Sapa yang ada tarikh sajak biografi Abuya ini ditulis, mohon maklumkan pada anjang ye…!

Ikhwan’s Homestays Jerash,
9.30pm, Nov 2, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

4 thoughts on “***Milad Abuya ke 74***

  • November 4, 2011 at 3:30 am
    Permalink

    x sempat jumpa , dh balik k syiria, anyway slmat meneruskn perjuangn, n saling mn doa moga dpt a 100% A

    Reply
  • November 7, 2011 at 4:28 pm
    Permalink

    salam anjangmuor. anjang pecaya ke abuya tu belum mati cuma dighaibkan. tuhan buat muka orang lain macam abuya dan nampak mati tapi sebenarnya abuya masih hidup di gua ashabul kahfi. nak tanya sikit macam mana kalau 2017 nanti imam mahdi dan pemuda bani tamim muncul tapi mukanya tak sama seperti yang disangka-sangka selama ni. 100 mukanya lain. adakah waktu tu anjang akan menentangnya atau nak ikutnya. tentu cuakkan. keliru. sila lawat alamjin tuan kelarias. he-he. tq. wassalam

    Reply
  • October 24, 2012 at 8:54 am
    Permalink

    Anjang Muor, biasakan syukur kpd Allah, bukan kaitkan dgn RSA. Itu yg Nabi sendiri ajarkan. Saya harap saya dapat jumpa awak satu hari nanti. Awak masih boleh berfikir dan menerima kebenaran.

    Satu lagi, biasakan berdoa terus kpd Allah. Itu adalah permulaan hidayah. Jangan tawasul dgn cara ygtak pernah ditunjukkan Nabi SAW.

    Wassalam
    Din Taliban

    Reply
    • December 27, 2012 at 6:37 pm
      Permalink

      Klau cik taliban sakit nti sila berubat dgn Tuhan terus k,,jgn jumpe doktor,,cik taliban direct la trus dgn Allah cm cik T ckp tu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *