***Ust Ramadhan dalam kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. ‘Bangun-bangun!!’ ‘Subuh-subuh!!’, begitulah suara Us Hafiz mengejutkan syabab di rumah ‘qabu’, awal syarie Asadud Din, dekat Sahah Syamdin, Dimasyq walhal jam belum pun pukul 4 pagi. Di kedinginan awal ‘syita” ini, masing-masing kena paksa diri bangun awal kerana Subuh awal. Lambat alamat terlepas solat tahajjud, hajat dan witir. Di bawah selimut tebal, di musim sejuk begini, tiada siapa yang mampu menggugat keindahan mimpi walaupun pijat-pijat yang merayap-rayap mencari rezki setitik darah cuma. Tapi bila dikejut, terputuslah mimpi, muncullah realiti.

Realitinya, hidup penuh ujian. Allah sebut dalam Al Quran: … Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian orang yang disayangi dan dan kekurangan hasil buah-buahan. Berilah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar. Al Baqarah: 155.

Us Ramadhan ketika tenat di HUKM... Al Fatehah

Buka ym dapat berita U Ramadhan dah meninggal pukul 1 pagi tadi. Terperanjat dan sedih. Ustaz yang banyak jasa padaku telah pergi. Dia bukan orang lain pun, kakak Us Ramadhan berkahwin dengan Us Hassan Mokhtar. Us Hassan Mokhtar tu, kalau ikut pangkat keluarga anak sedara anjang. Tapi anak sedara entah berapa pupu. Kira sedara la. Kali terakhir bertemu Us Dhan ketika berkunjung Raya di rumahnya di Bkt Jelutong, Shah Alam Aidil Fitri 1431H. Terlalu banyak zikrayat bersamanya khasnya ketika tinggal serumah di markaz Al Arqam Jubaihah, Amman tahun 1990. Bersama Sy Farul, Sy Jaafar, Sy Fateh, Aruah Asri Rabbani, Asmadi Naim dan beberapa orang lagi. Giliran masak anjang berdua dengannya. Anjang manala pandai masak, tukang beli barang je. Us Ramadhan yang masak, sayur kobis goreng, atau bunga kobis dengan telur dan sedikit serbuk kunyit. Lauk? Telur dadar je… Berkongsi kehidupan dan satu perjuangan sangat indah. Bila pergi ziarah diajak sekali. Us Ramadhan dan Sy Jaafar yang bawa. Ke mana? Rumah Abu Mus’ab, Samer, Abu Omar Lozi, Abu Yaldan, Abu Anas Madaba, Aruah Sy Noh Qudha, Sy Hassan Saqqaf dan ramai lagi. Di situlah banyak belajar praktik Bahasa Arab.

Banyak jasa Us Ramadhan. Jangan silap cakap Arab depan dia, nanti di rumah dia akan ulang-ulang kesilapan kita secara sindiran. InsyaAllah akan ingat sampai mati. Pernah seorang tersilap sebut, maak baarid (air sejuk) dia sebut maak bariid… Korang tau apa maknanya? Silap ‘mad’ (panjangkan) yang pendek… Jadi air pos (pejabat pos)… jauh beno maknanya. Apa lagi, kena sindir selalu. Diulang-ulang. Nasib ko le jang…•нëнëнëнëнë•‎•нëнëнëнëнë•‎

Selalu gak dia ajak anjang berbincang. Antaranya nak naikkan sapa jadi ketua pelajar Arqam Jordan ketika itu antara Sy Nik Hazani dan Asmadi Naim. Anjang beri pendapat je, dia yang tentukan. Tak lupa juga bila musafir dengannya ke Syria dengan Ghazali Ibrahim. Duk hotel murah di Dimasyq, ziarah maqam-maqam Nabi, sahabat dan wali Allah seperti yang Abuya ajar dan ke Homs ziarah maqam Sy Khalid al Walid, Khalifah Omar Abd Aziz dan anak-anak Sy Jaafar At Toyyar. Tak sangka, sekarang anjang kena bertugas di Damsyik ni. Tak sempat nak ajak Us Ramadhan ke sini, makan-makan di kafe Abuya dan mengulangi ziarah tempat bersejarah dan maqam yang berkat.

Ketika bujang lagi Us Ramadhan ni suka minum air gas. Setau anjang, ketika tu dah ada kencing manis tapi dia masih suka minum air gas. Kalau balik kuliah, terus ke dapur. Di peti ais memang sentiasa ada air gas botol besar. Apa lagi… Walaupun musim sejuk. Anjang pun tumpang sekaki, •нëнëнëнëнë•‎•нëнëнëнëнë•‎ tapi tak le istiqamah.
Di Labuan, ketika memicit-micit kaki Abuya, pernah Abuya tanya Us Ramadhan tentang sakit kencing manisnya…jaga pantang tak?!

Selepas Us Ramadhan jawab soalan Abuya, giliran Abuya pula ceritakan sakit-sakit Abuya. Abuya kata, badan Abuya selalu panas-panas. (Aku yakin Abuya di sihir). Kepala Abuya selalu pening-pening. Abuya buka mulut dan tunjukkan di bawah bibir, di bahagian dalam pipi, malah dekat dengan tekak ada mata ikan. Putih. Besar lobangnya. Aduh, kesiannya. Patutlah aku pernah lihat Abuya bila makan, air matanya mengalir,
Mungkin menahan pedas yang kena di mata ikan tu. Pastu Abuya kata, Abuya Tuhan uji dengan buasir. Susah buang air. Bila buang air, darah keluar macam anak kambing kena sembelih. Isteri-isteri je tau, ‘Abu pun tak tau!,’ kata Abuya sambil mengangkat jari kepada Sy Abu Ubaidah yang ada bersama. Tapi kasih sayang Tuhan, buasir Abuya tak menganggu ibadah. Selesai di bilik air, darahnya berhenti terus. Ada orang yang lepas buang air, nak solat darah masih keluar. Kena kain pelikat dan saf sembahyang. Sangat menganggu ibadah.
Tentulah ada maksud Abuya menceritakan penyakit-penyakitnya yang tak menganggu hubungan dengan kekasihnya dan langkah-langkah perjuangannya kepada kami ketika itu. Abuya kata, Ayah Abuya pesan, kalau sakit jangan layan, dari syaitan. Lawan, jangan layan dan manja-manjakan. Agaknya sebab itu anjang lihat, Us Ramadhan seorang yang kuat melawan rasa kesakitan…

Tapi semua itu telah berlalu, kini Us Ramadhan telah pergi. Bertemu Tuhan. Amalannya yang mengiringinya bersama doa semua yang mengasihinya. Solat jenazah pukul 9.30 pagi tadi waktu Malaysia di Bukit Jelutong dan dikebumikan di Kuang seperti ym yang Ummu Miqdam hantar padaku. Moga Ustzh Khaulah, Ustzh Syikin, Fajrul, Nur dan semua anak-anak redha dan sabar dengan takdir Tuhan ini. Aku hanya teresak menangis dari jauh tak mampu iringi jenazah Ustaz seperti kita sama-sama iringi jenazah Sy Nizam ke perkuburan BCH. Lebih-lebih lagi sedih bila membaca ym yang ceritakan Ibu Om bercakap dengan Us Ramadhan, (Pak Njangnya), dia minta maaf kerana tak dapat nak balas jasa Pak Njang di dunia tapi Om berjanji akan balas jasa Pak Njang di akhirat. Ya Allah, selamatkanlah Us Ramadhan berkat Abuya FAT. Al Fatihah….

Rumah Syabab, Ikhwan Damsyik.
7.29am, Nov 12, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Us Ramadhan di HUKM.... Al Fatehah
Kongsikan kepada yang lain
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *