***Kuasa Parlimen vs Kuasa Tuhan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.  Apa pendapat korang, ada puak yang menyangka Parlimen lebih berkuasa dari Tuhan? Lalu sakan bergembira bila usaha-usaha mereka untuk melihat jemaah kebenaran berkubur seakan-akan hampir berjaya bilamana nama BUJ disebut di Parlimen atas tuduhan menyelewengkan penggunaan wang dari rumah-rumah anak yatim. Sebelum ini macam-macam usaha dilakukan pelbagai pihak untuk hentikan usaha mendaulatkan Islam cara Abuya sejak Abuya pergi.

Anjang ingat lagi ketika PR nak diadakan di Bt Hampar, dah siapkan khemah lengkap untuk sambut para BOD dan Ibu, BUJ pun dah sampai Bt Hampar tapi petang sebelum program bermula dimalamnya, BUJ mendapat gerakan hati supaya tinggalkan Bt Hampar. Ya, malam itu serbuan dilakukan di Bandar RSA Bt Hampar dari 3 agensi Kerajaan; Jabatan Agama Islam, KDN dan Polis dengan kekuatan lebih 100 orang. Anjang dan Us Zar lah yang kena ‘melayan’ tetamu yang tak diundang ini jam 1 pagi dalam hujan renyai-renyai. Kesian juga bila melihat kesungguhan mereka membuka meja yang bertutup banner putih di atas ‘stage’ yang mereka sangka keranda untuk ‘ritual’ Parlimen Roh, siap dengan kamera masing-masing… Rupa-rupanya ‘PA system’ •нëнëнëнëнë•‎•нëнëнëнëнë•‎

Senyap sekejap, timbul isu Banglow Ummu Jah di Mekah. Dengan segala cerita negatif dipaparkan dengan harapan pemerintah akan menghukum jemaah ini tanpa perbicaraan seperti sebelum ini atau rakyat akan terpedaya dengan cerita media, lalu memulaukan GISB. Tapi ianya tak berlaku. Dah ramai orang yang menziarahi istana RSA atau banglow yang dimaksudkan, bukan sahaja mendapat gambaran jelas bagaimana ia berfungsi, malah mendapat layanan istimewa dari orang-orang RSA khususnya BUJ. Berbual mesra dan bertukar fikiran dengan BUJ sambil makan-makan secara santai di bilik tamu julus Arabi dengan layanan ala Arab Tradisional tetapi jamuan masakan Malaysia yang lazat, air tangan Sy Inaamullah At Tamimi. Dunia di tanganku, Jemaah dihatiku adalah kata-kata keramat dari Nabi Muhammad saw yang tetap hidup di hati para Ikhwan.

Macam biasa, tak sempat tenang lama timbul isu Seks Suci Islam dari Kelab Taat Suami. BUJ bukan sahaja dituduh berimiginasi malah bermacam-macam label diberikan semata-mata tak bersetuju dengan apa yang BUJ sampaikan tentang seks walaupun asalnya untuk memahamkan masyarakat umat Islam tentang serangan yahudi terhadap semua aspek kehidupan hatta seks. Entah berapa ramai anak-anak haram dibuang hasil zina, tiba-tiba bila GISB memperjuangkan seks suci Islam melalui KTS, ada pihak yang menentang. Tak tau la, mereka ni tau atau tak, yang mereka sedang sangat diperalatkan yahudi. Islam tak akan kalah lagi… Macam-macam kata nista dilemparkan pada BUJ di FB kerana dengki dan ego dengan kebenaran. Tapi semua rakyat macam tu ke?

Sekarang rakyat dah cerdik. Ingat senang nak bagi rakyat percaya orang Abuya bangunkan jemaah dengan duit anak yatim? Sedangkan orang tahu Abuya punya banyak duit di berbagai-bagai bank. Anjang dapat info, ada staf sebuah bank melihat penyata bank atas nama Abuya dengan simpanan wang yang sangat banyak. Sebenarnya banyak pihak yang mendakwa mengetahui simpanan wang Abuya yang luar biasa jumlahnya. Boleh ke wang rumah amal menampung over head bisnes GISB yang sangat banyak? Ke rumah-rumah Amal banyak dapat beras, gula, keperluan harian dan tunai sekadar OH rumah amal je…?! Sebelum ada rumah amal, GISB jalankan bisnes guna duit mana? Dari mana Bandar RSA BCH mendapat wang hingga bertahan lebih 10tahun? Sedangkan penganalisa ekonomi di kalangan orang Cina yang kita kenali mengatakan bandar itu dibacking oleh 4 buah bank.

Semua serangan fitnah terhadap BUJ ini berlegar di benak majoriti rakyat yang mengikuti perkembangan perjuangan Abuya. Siapa yang percaya?!! Orang Malaysia sekarang bukan bodoh, dah pandai menilai. kalau tuduhan tak konsisten dan macam-macam sangat, sapa yang bermasalah? Yang menuduh atau yang dituduh? Begitulah kalau korang nak tau berlaku di sini, Syria.

Regim Al Assad sangka rakyat Syria boleh diperbodohkan macam 30 tahun sudah. Sekarang setiap peristiwa yang berlaku, dengan cepat tersebar melalui smart phone via internet. Satu dunia boleh tau dalam hanya beberapa detik dan boleh menilai. Sebab itu, kisah bandar RSA di Haramain, Kampung Tradisional Arab, chalet, restoran dan lain-lain sudah menjadi buah mulut ramai kenamaan hingga menggugat orang-orang tertentu maka tindakan tanpa perbicaraan ingin dilakukan pada BUJ dan GISB tapi Tuhan lebih berkuasa dari seluruh penguasa. Malikul Muluk. Sapa boleh menahan hati penguasa dari berkata-kata,: ‘Jangan main-main dengan puak ni!, biarkan mereka. Tiada siapa boleh menghalang mereka!!’ Maka hasutan para pemegang PHD (pingat hasad dengki) berlalu begitu sahaja. Maha Besar Tuhan yang mendengar rintihan hamba-hambaNya. Ok, jumpa lagi. Nak tido….. Mujahid, Khunais dan Khubaib baru balik dari bertugas di kafe…  di luar sejuk macam peti ais, dalam rumah ni macam pasang heater. Atk.

Rumah Syabab, Sahah Syamdin, Damsyiq, Syria.

11.02pm Nov 19, 2011.

(anjangmuor.wordpress.com)

Nasib malang rakyat Syria

WADI Khaled kawasan pergunungan di Lebanon yang bersempadan dengan utara Syria menjadi lokasi penempatan pelarian Syria.

ABIR bersama suami dan dua anak lelakinya bangkit daripada lena pada musim sejuk yang julung-julung kali dirasainya sejak menjadi pelarian Syria di Lebanon. Lokasi yang didiami keluarga malang itu dikenali sebagai Wadi Khaled iaitu sebuah kawasan pergunungan berdekatan dengan sempadan utara Syria.

Wanita itu kemudiannya mengunci pintu belakang. Dia segera menanggalkan hijabnya yang berwarna hitam dan duduk bersama dua anaknya di atas tilam empuk. Hidup sebagai pelarian membuatkan keluarga ini hanya mampu berkongsi satu bilik kepunyaan sebuah sekolah terbiar yang terletak di sebuah perkampungan di Mashta Hammoud. Lokasi itu mempunyai pemandangan semula jadi yang cukup indah.

“Percayakah kamu bahawa saya tidak mampu membelikan baju tebal untuk anak-anak saya? Semua pelarian di sekolah ini bersedia dan hanya memikirkan tentang musim sejuk yang bakal tiba. Namun, saya sebenarnya memikirkan tentang nasib kami yang masih belum boleh pulang, sedangkan musim sejuk makin tiba,” kata wanita yang berusia 29 tahun itu memulakan perbualan.

Abir sedikit pun tidak menoleh ke arah wartawan ketika berbicara. Sebaliknya, dia sibuk menyalakan penunu bunsen untuk mendidihkan kentang untuk kedua-dua anaknya yang berusia empat dan dua tahun.

Sejak rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan tindakan keras ke atas penentang prodemokrasi pada bulan Mac lalu, lebih 3,580 penduduk Syria mendaftar sebagai pelarian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di utara Lebanon.

Ketinggalan pelajaran

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) menjangkakan 900 orang daripada jumlah pelarian itu adalah mereka yang berumur di antara empat hingga 17 tahun yang masih memerlukan pendidikan di sekolah.

“Melihat keadaan itu, Menteri Pendidikan Lebanon bersetuju untuk membenarkan kanak-kanak Syria ini berdaftar di sekolah-sekolah awam dan UNHCR akan membayar yuran tuisyen mereka,” kata Jean Paul Cavalieri, wakil pembantu UNHCR di Lebanon.

Namun, kepada para pelarian ini, masalah yang mereka hadapi lebih sukar daripada segala yang tercatat di paparan kertas.

Salah seorang daripadanya yang hanya mahu dikenali sebagai Nazha berkata, dia agak gementar kalau-kalau anak lelaki dan dua anak perempuannya akan berdepan dengan masalah diskriminasi di sekolah.

Paling menakutkan Nazha ialah kemugkinan anak kesayangannya akan diculik oleh penguatkuasa Syria di Lebanon.

“Saya takut kepada mereka tidak kira pangkat, jadi saya tidak menghantar anak-anak ke sekolah,” kata wanita yang berusia 35 tahun itu. Anak lelaki Nazha sepatutnya sudah memulakan persekolahan sejak beberapa bulan lalu.

Seperti pelarian-pelarian lain, Nazha sangat yakin bahawa rejim Assad mempunyai proksi yang kuat di Lebanon. Itu semua ekoran kerajaan negara itu didominasi oleh kumpulan militan Syria dan disokong Iran Hezbollah.

“Saya gerun setiap kali suami pergi ke luar untuk bersiar-siar. Saya sentiasa takut rejim (Syria) atau sekutunya menemui dia,” kata Abir.

Sekurang-kurangnya 600 rakyat Syria memasuki Lebanon secara persendirian di antara 1 hingga 7 September lalu. Namun lebih ramai yang tersekat di sempadan.

“Kita mempunyai laporan-laporan keselamatan yang menyatakan beberapa bahagian Syria telah mengetatkan kawalan dan ada banyak yang mencuba untuk memasuki sempadan tetapi tidak berjaya,” kata Jean Paul.

Kebanyakan pelarian yang berjaya merentas masuk datang dari Heet, Tal Kalakh dan Homs dikesan melalui sempadan haram. Mereka terlebih dulu merentas melalui tanah berbatu-batan sepanjang Sungai Kabir, tambahnya lagi.

Bunyi tembakan

Sejak kebelakangan ini, beribu-ribu pelarian telah menggunakan laluan itu dan seringkali pendengaran mereka dijamu dengan bunyi tembakan di setiap penjuru.

Cerita pelarian ini amat memilukan. Ada antara pelarian hanya mampu membawa bekalan asas namun tidak kurang juga ‘berjuang’ dengan sehelai sepinggang.

Kebanyakan pelarian mendapatkan perlindungan daripada saudara-mara mereka di Lebanon.

Kepada Abir, segalanya dilakukan secara bersendirian. Dia memohon bantuan daripada PBB atau daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara tersebut.

Di Sekolah Mashta Hammoud, majoriti kanak-kanak tidak mandi selama beberapa hari dan berkaki ayam.

Kanak-kanak ini akan diberi beberapa permainan untuk mengisi masa lapang mereka. Ada yang melukis peta bandar-bandar di Syria atas kertas kadbod. Mereka juga memiliki perasaan yang aneh. Apabila kedengaran batu jatuh, mereka memikirkan peperangan akan meletus. Peperangan membawa maksud, akan ada kematian.

PBB menganggarkan lebih 2,700 rakyat Syria telah dibunuh sejak pertengahan Mac lalu iaitu ketika bantahan meletus. Kebanyakannya adalah orang awam.

Beberapa pelarian yang ditemuramah berkata, mereka cukup takut sekiranya konflik itu akan meleret-leret untuk satu jangka masa yang panjang. Ia akan menjadi lebih parah, jika kuasa Barat tidak campur tangan dengan memaksa Assad keluar.

Kepada Abir, meninggalkan ibu bapanya dan tinggal di rumah yang mempunyai dua bilik tidur di Tal Kalakh ialah satu-satunya pilihan terbaik selepas adik- beradik lelakinya yang juga kembar seiras lesap dalam satu bantahan tiga bulan lalu.

Salah seorang daripada kembar berkenaan cedera dan retak tulang belakang, tapi umurnya masih panjang. Seorang lagi dijumpai di bilik mayat hospital tempatan dan telah dikebumikan dalam masa 24 jam sebelum Abir melarikan diri ke Lebanon.

“Anak saya ketakutan. Anak saya yang tua cepat berpeluh hingga katilnya basah. Mereka akan menjerit dan bersembunyi dalam bilik apabila mendengar bunyi tembakan.

“Dunia perlu tahu bahawa rakyat Syria mahu melepaskan diri daripada terus terkandas dalam peperangan,” kata Abir yang menahan air mata dan dengan bangga menunjukkan gambar adik- beradik lelakinya yang disimpan dalam telefon bimbit. – AFP

 

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *