***Penyakit Lemah Jiwa***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Kenangan Bersama ASZ 1994. Al Arqam Jordan.

Salam ceria. Moga Allah sehatkan kita semua dari segala penyakit. Ya Allah taubatkan kami, ampunkan dosa-dosa kami. Terimalah kami sebagai hambaMu yang kau redhai. Ya Allah, Kau Pencipta kami, Kau juga pencipta penyakit, selamatkan kami dari penyakit-penyakit. Wahai Nur Muhammad, ubat dari  segala penyakit. Rawatlah penyakitku ini. Korang semua sehat ke? Anjang banyak penyakit. Atk.

Masa sekolah Arqam dulu, hampir semua pelajar pernah sakit. Macam bergilir-gilir pulak. Agaknya Allah nak bagi rasa hamba. Allah nak, masuk pendidikan Arqam jangan sombong, rasailah sakit. Mungkin juga Allah nak hilangkan rasa jijik bagi yang sehat. Rasa jijik pada orang sakit tu tanda tebal lagi sifat sombong. Oleh itu Tuhan paksa hidup, makan, minum, tidur, baring dengan pesakit-pesakit. Biasanya ketika itu kena sakit kulit seperti kudis, kurap, kayap. Hak ni je dah 3K. Kudis je, entah berapa kategori. Ada kudis buta, jenis halus-halus. Tak de mata, sebab tu buta. Gatal gila. Rasa miang. Susah sembuh, sebab hamanya susah mati. Kena rebus pakaian. jemur tilam, bantal dan selimut. Dah gatal, asyik garu je, tak kira tempat. Pakai jubah serban minda, punya ‘wasim’. Bercakap pandai, semua hujah keluar. Tapi malangnya, tangan kejap mendarat kat ketiak, kejap kat punggung, kejap kat kangkang… depa kata tarekat gataliah… Nak wat camne, dah gatal. tindakan luar kawalan.

Kudis yang jenis nanah pun ada. Anjang kena masa belajar di Yayasan Arqam Masjid Tanah. Masa tu muraqib Us Razak Bahar. Ketua Kampung, Pak Teh… Ayah Nazim, bapa mentua abg Zul ALAM. Di celah-celah jari bernanah. Hijau kekuningan. Tak le gatal sangat, tapi bisa. Berdenyut-denyut. Terutama masa dia kumpul nanah. Nak cucuk bagi buang nanah kena tunggu betul-betul masak. Baru cucuk. Kena guna duri limau, tak bisa. Kalau jarum, tak elok, bisa. Lepas cucuk tekan bagi keluar semua nanah dan baki darah, baru sapu ubat krim. Tapi masa amik whudu’ kena pastikan sampai air. Yang jenis ni, bukan kita je teruji, kawan-kawan pun terseksa. Terutama masa makan. Maklumlah, masa tu makan guna talam/dulang. Sekarang pun, siapa yang masih ikut Abuya, masih makan guna talam khasnya di rumah. Yang tak ikut, anjang tak taula. Bila guna talam, rasa jijik beb bila makan dengan orang berkudis. Nak wat camne, rasa bukan boleh kawal. Ia datang spontan. Mana tak jijik, makan berlima. Datang seorang berkudis macam tu. Talam pulak jenis dah kemik-kemik. Kuah berkumpul tempat kita. Masak lemak cili api. sedap tu!!! Tapi, bila tertengok kudis member. Dah pecah-pecah pulak tu. Warna semacam kuah je. Hijau kekuningan. Bila dia amik nasi dan lauk, berkumpul kuah depan kita… boleh hilang selera… ketika itu teringat kuliah Ustaz-ustaz: ‘Rasulullah saw itu sanggup makan bersama-sama orang yang berkudis-kudis tangannya.’ , timbul kekuatan untuk mujahadah. Atk

Yang kurap lain pulak. Time gatal, makin garu, makin syok. Tau tau dah berdarah-darah. Kena kain pelikat. Teringat anjang, kawan nama Abd Kahar dari Tanjung Bidara, Melaka. Suaranya sedap. Vokalis zaman Arqam dulu. Suatu malam, anjang dengar orang mengipas-ngipas buku tulis dengan kuat. Rupanya, dia sedang operasi sakit kurapnya. Dia garu sampai berdarah-darah, pastu disapunya dengan minyak 3 senapang kalau tak silap anjang. Ubat kurap yang power. Apa lagi terbakar kulit tu. Lalu dikipas dengan buku tulis sekuat-kuatnya. Mujarab. Habis kurap. Tapi kena tahan le. Ada kayap. Yang bahaya, kayap bengkung. Katanya, kalau dia bersambung di keliling pinggang, boleh bawa maut. Yang mujarab rawat ialah, bujang yang berkahwin dengan janda. Allah beri dia kelebihan boleh rawat penyakit ini kerana dia ikut sunnah Rasulullah saw dan sanggup jadi pembela serta tidak hiraukan cacian manusia.

Tak tau la, nak kata tempat Arqam ni kotor sangat, tak juga. Tapi majoriti penghuninya pernah kena penyakit. Mungkin ia sangat perlu dalam pendidikan rohaniah manusia. Dah tu bila dewasa, Allah uji dengan penyakit-penyakit yang lain pula. Ramai di kalangan orang Abuya kena kencing manis, darah tinggi, ghout, sakit buah pinggang, jantung, saraf dan lain-lain. Mudah-mudahan segala penyakit yang Allah timpakan menjadi kaffarah dosa-dosa kita. Semakin mendekatkan diri kita kepada Allah, Rasulnya, Imam Al Mahdi dan Abuya. Melatih kita sabar dan redha serta tidak putus memanggil-manggil orangNya. Katakanlah: ‘Ya Allah, jika sakitku ini semakin mendekatkan aku kepadaMu, biarlah aku sakit. Tapi jika ianya menghalang ibadahku kepadaMu dan menganggu perjuanganku, sehatkanlah aku!’

Sakit lahir, kalau sabar dan redha, balasannya pengampunan dan syurga. Yang kita takut penyakit batin. Penyakit hati atau mazmumah. Kalau gagal di rawat, ertinya kita dalam kemurkaan Allah. Balasannya neraka. Neraka di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat sana. Kalau tiada Tuhan di hati, kerana tak mendapat didikan dan pimpinan dari orang Tuhan, akan suburlah penyakit-penyakit hati yang memang sudah ada benihnya. Akibatnya, lemah jiwa, mudah keluh kesah. Mudah kecewa. Kemuncaknya putus asa. Bunuh diri. Ni la akibat tiada Tuhan. Tak reti nak mengadu padaNya. Atau melalui orang-orangNya. Kita beruntung, diajar secara praktikal bertawassul. Ada masalah, mudah bergantung kepada yang lebih power. Ada yang pertikaikan, kena minta direct dengan Allah.

Abuya: 'Allah pun bertawassul.'

Abuya kata, Allah pun bertawassul, mengapa kita pula sobong tak nak tawassul. Allah Maha Berkuasa. Apakah Allah tidak mampu memberi wahyu kepada para nabi secara direct, Dia sendiri turunkan hujan dan memberi rezki, cabut nyawa, menulis kebaikan dan kejahatan. Mengapa menggunakan atau bertawassul dengan Jibril, Mikail, Izrael, Roqib dan Atid? sebab Allah nak pamerkan kebesaran kerajaanNya.

Moga kita dapat jiwa yang kuat walaupun lahirnya disakit-sakitkan. Hidup disusah-susahkan. Bukan macam rakyat negara jiran di selatan yang hidup mewah, semua fasalitinya lengkap tetapi jiwa sangat lemah, mudah kecewa dan berputus asa. Kut-kut jemaah apa tu, entah apa nama, yang tanpa wasilah mampu merawatnya. Orang kuatnya pun dari sana. Supaya kurangkan statistik bunuh diri dan cubaan bunuh diri di negara jiran kita. Ok, jumpa lagi.

Oh… sempena Muharram ini. Menangkanlah aku terhadap nafsu dan yahudi.

 

Rumah Syabab Sahah Syamdin, Damsyiq, Syria

10.50, Nov 24, 2011

anjangmuor.wordpress.com

4 atau 5 orang di Singapura cuba bunuh diri setiap hari

24/11/2011 2:37am

EMPAT atau lima orang dilaporkan cuba membunuh diri di Singapura setiap hari. Sekurang-kurangnya seorang berjaya.

Doktor dan pekerja sosial perubatan berkata mereka yang cuba membunuh diri kini merebak di kalangan lebih muda, lapor The Straits Times.

Harian itu menyebut Ketua Perkhidmatan Sosial Perubatan, Hospital Besar Singapura (SGH), Esther Lim sebagai berkata masalah itu pernah menjejas orang-orang tua saja, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini ia merebak di kalangan mereka dalam usia 30-an dan 40-an.

Bagi mereka, penyebabnya biasanya adalah perhubungan yang gagal dan hutang yang besar, kata beliau.

Kadar percubaan bunuh diri ini berdasarkan maklumat hospital. Hospital lebih besar seperti SGH dan Hospital National University (NUH), berkata mereka menangani satu kes sehari. Hospital kecil seperti Hospital Khoo Teck Puat menangani kes itu selang sehari.

 

  • penyakit dari tilam yg miang (1)
  • penyakit lemah jiwa com (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

0 thoughts on “***Penyakit Lemah Jiwa***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *