***Antara diperkudakan dan diperlembukan***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Ya Allah segerakan kedatangan Pemimpin pilihanMu, bukan dari undian manusia.

Salam ceria.

Sembang-sembang dengan Sy Megat baru-baru ni tentang politik pilihanraya. Anjang manalah masuk politik, tentu ada knowledge yang anjang tak faham bab ni. Lebih-lebih lagi bila orang tanya, anjang di bawah parlimen mana? Wakil rakyat anjang sapa? Tang ni kantoi. Ye la, mereka tak pernah berjasa pada anjang. Anjang pun tak terhutang budi apa-apa dengan mereka. Manalah nak ada hubungan? Manalah nak ada ikatan? Anjang pula duduk merata. Dalam satu tahun biasa bertukar 2 atau tiga tempat. ‘rumah mereka merata-rata, rezkinya tidak menentu, tidur baringnya tak berwaktu’… Teringat pula lagu sunnah orang berjuang, nasyid yang paling sebati dengan Sy Zamri, asal suruh nasyid je, mesti bawak lagu ni… hehehe. Sejak tinggalkan Kampung Tengah Bakri pada tahun 1986, anjang tak balik dah kecuali ziarah keluarga. Adik anjang, Md Ali merantau satu dunia, sebagai anak kapal dagang. Tapi sekarang dah duduk di kampung. Anjang tak…Lagilah, mereka sering bertukar-tukar ikut sapa yang menang dalam pilihanraya.

Anjang ikut Abuya, Abuya kata Islam tak akan boleh naik memerintah dengan politik pilihanraya. Islam bukan naik dengan kuasa. Nabi Muhammad saw pernah ditawarkan kuasa, dengan syarat-syarat tertentu, Baginda tolak. Rasul tak buat, kita amik dulu, nanti kita baiki pelan-pelan dari dalam.Islam tetap akan naik dengan dakwah dan tarbiyah. Arahan Tuhan kepada para Rasul dalam usaha memperkenalkan diriNya dan syariatNya ialah dengan menggunakan kalimah: أدعوا…ّ-Ud’uu.., serulah, berdakwahlah. Tak pula Allah guna: سوسوا…ّ’Susu…’ Bersiasahlah… Berpolitiklah… Terlalu banyak hujah-hujah Abuya dalam menafikan politik demokrasi ini. Malah ikut pengalaman kita pun parti yang menang dalam pilihanraya, akhirnya tidak juga mampu laksanakan hukum-hakam Tuhan kerana banyak pihak yang belum bersedia. Belum terdidik. FIS menang di Algeria, tapi bila pihak perisikan dan keselamatan belum bersedia, ‘inqalabatil umur’… Sebab itu untuk daulah yang dijanjikan, Malaysia… Abuya ditangkap, di ISA kan supaya Abuya boleh secara langsung atau tidak, memperkenalkan Islam yang sebenar kepada pihak keselamatan. Islam yang tidak militan, tidak pula jumud. Sangat berakhlak tetapi tegas dengan prinsip. Akhirnya, mereka faham Islam yang Abuya bawa berbeza dengan Islam politik. Berbeza dengan Islam Jabatan Agama, berbeza dengan Islam di pondok pengajian atau di masjid-masjid.

Tapi macam mana kalau kita tak dapat elak, kena mengundi juga? Atas sebab-sebab tertentu. Apakah nak rosakkan kertas undi? Ni yang anjang nak kongsi, ilmu dari Sy Megat, dia kata Abuya pernah beri panduan. Kalau kena mengundi juga, inilah caranya:

1. Kalau ada calon Islam dan bukan Islam, pilih yang Muslim. Tak kira apa partinya sebab orang Islam tidak boleh menjadikan orang kafir sebagai pemimpin.

2. Kalau calon-calonnya adalah beberapa orang Islam, pilih yang kuat islamnya, yang lebih wara’ atau yang memberi laluan pada Islam. Kalau semua pengundi berfikiran dan bertindak begini, negara akan mempunyai pemimpin yang lebih berkualiti dari yang ada sekarang.

Alhamdulillah anjang tak joint pilihanraya, tengok bahasa-bahasa mereka yang dah jadi menteri pun cemas kita dibuatnya. Seorang kata parti polan telah diperkudakan. Seorang lagi jawab, diperkudakan tak mengapa, jangan diperlembukan. Main binatang-binatang je sekarang ni…Hangpa paham ke? BM itu hari masa PMR dapat berapa? Tak amik PMR?…Okla… Yang penting boleh beribadah dan berjuang. Tapi untuk pengetahuan remaja Ikhwan semua, diperlembukan tiada dalam istilah Bahasa Malaysia, kata Syh Megat. Moga disegerakan kedatangan Imam Al Mahdi kerana dunia sangat merindukan kepimpinan dari Tuhan yang sangat berakhlak walaupun terhadap musuh-musuhnya. Amin…

Ikhwan Homestay, Damascus

10.02am, Dis 14, 2011 anjangmuor.wordpress.com

Biarlah PAS ‘diperkuda’ dari Umno ‘diperlembu’

Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 4 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS ‘diperkuda’ berbanding Umno yang ‘diperlembu’. Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih. “Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS. “Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih,” katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin.

Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP. Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman. Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka. Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam. “Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam. “Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara,” katanya lagi.

Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kongsikan kepada yang lain
Share

0 thoughts on “***Antara diperkudakan dan diperlembukan***

  • December 14, 2011 at 5:25 pm
    Permalink

    Betapa jelas dunia memerlukan pemimpin penyelamat, Ya Allah, segera datangkanlah penyelamat utk memimpin Ummat Akhir Zaman ini… RSA tk

    Reply
  • December 16, 2011 at 8:06 am
    Permalink

    “Mengapa peristiwa belum terjadi, mungkin kami belum mempersiapkan diri, janji Mu pasti akan berlaku, ia pasti akan terjadi… Kerana Engkau yg memberitahu melalui lidah Nabi Mu, Mahasuci Engkau daripada berdusta kerana itulah kami yakin pasti berlaku…”

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *