***Paduka Tuan sangat diperlukan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam  ceria, apa khabar semua? Moga sehat selalu. 2 hari lepas Syh Daud masuk Syria dengan isterinya, Atikah, Hajar anak Syh Cikgu Zaki dan Zainab. Dari Amman, Jordan yang aman ke zon perang di Syria. Syria yang melaksanakan undang-undang darurat sejak 1963. Dan dah bergolak lebih 7 bulan yang memakan korban lebih 4000 orang. Dah hampir menyamai angka tentera AS yang terbunuh di Iraq selama 9 tahun penjajahan. Syh Cikgu Megat Jiwa pula, semalam meninggalkan Damascus menuju Amman. Malam tadi dah terbang ke Tanahair tercinta. Sayang tak sempat ziarah maqam-maqam sekitar Babus Soghir. Hiba mendengar cerita Sy Daud, setiap kali ziarah maqam-maqam isteri Rasulullah saw, Umahatil Mukminin, Saiyidatina Ummu Kalthum ra, Ummu Salamah ra, Ummu Hafsah ra. Zainab akan kata: ‘Ni mak Zainab…’, kalau kita katakan, Zainab kan cucu Rasulullah, dia tak mau. Dia nak jadi anak Rasulullah ra. Begitulah Zainab, rohnya berbeza dengan kanak-kanak sebayanya malah dengan ramai dari kalangan orang dewasa.

Moga kita merindui Rasulullah hingga perasaan rindu ini berbalas. Ya Rasulallah! Kami umatmu di akhir zaman sangat merinduimu. Selama ini rasa terputus denganmu tetapi oleh Abuya diikatkan kami kembali dengan latihan berselawat bertahun-tahun lamanya. Latihan-latihan melawan nafsu dan yahudi yang ada dalam hati dan fikiran. Panduan-panduan yang diberikan oleh BUJ sentiasa. Anugerahkanlah kami ya Allah, rindu kepada kekasihMu. Sumber segala keselamatan. Umat Islam sangat memerlukan pembelaan. Musuh-musuh sudah semakin lemah. Pemimpin-pemimpin yang zalim, jatuh satu persatu. Tetapi umat Islam belum nampak benar-benar berwibawa tanpa zahirnya pemimpin dari Tuhan. Tingkatkan takwa kami untuk layak menyambutnya. Datangkanlah pemimpin yang Allah janjikan melalui lidah Nabi Akhir Zaman!..

Amin….

Ikhwan Homestay, Damascus.

10.07am, 19 Dis, 2011

Anjangmuor.wordpress.com

Tentera AS gembira meninggalkan Iraq....

Amerika ceria henti jajah Iraq

2011/12/19

SEMPADAN KUWAIT: Kumpulan terakhir tentera Amerika Syarikat keluar dari Iraq dan memasuki Kuwait semalam menandakan berakhirnya penjajahannya di negara Teluk itu hampir sembilan tahun atas alasan Presiden Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar (WMD) selain membantu pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, sesuatu yang kemudian terbukti tidak benar.

Sebanyak 110 kenderaan membawa 500 askar Amerika daripada Briged ke-3, Divisyen Berkuda Pertama melintasi sempadan pada 7.38 pagi waktu tempatan, meninggalkan hampir 200 askar yang mengawal kedutaannya di Baghdad.

Pada satu masa, 170,000 askar Amerika berada di 505 markas tentera di seluruh Iraq. Pengunduran kumpulan terakhir itu menamatkan perang yang mengorbankan beratus-ratus ribu penduduknya selain hampir 4,500 askar Amerika selain menyebabkan 1.75 juta lagi kehilangan tempat tinggal.

“Saya berasa bagus sekali keluar dari Iraq. Perang agak lama, tiba masa untuk pulang sekarang,” kata Sarjan Duane Austin.

Seorang ibu empat anak, Umm Mohammed, bagaimanapun, berkata: “Kami tidak dapat maafkan sama sekali Amerika atas apa yang mereka lakukan ke atas kami.”

Baghdad yang kini dikuasai pemimpin Syiah dan Washington menandatangani perjanjian pada 2008 bahawa pengunduran tentera akan tamat tahun ini. Tahun lalu, Amerika mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan, tetapi mengekalkan 50,000 askarnya di Iraq.

Selain itu, Kedutaan Amerika juga mempunyai 157 askar yang akan ditugaskan melatih tentera Iraq manakala sekumpulan Marin bagi melindungi misi diplomatik itu.

Pengunduran fasa terakhir itu berlaku ketika Iraq terus dilanda kebuntuan politik selepas blok parti Sunnah memutuskan untuk memulaukan Parlimen menyebabkan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki bertindak menyingkirkan seorang timbalannya yang juga daripada puak Sunnah. – AFP

Kongsikan kepada yang lain
Share

One thought on “***Paduka Tuan sangat diperlukan***

  • December 20, 2011 at 2:33 am
    Permalink

    Ingatkan kuda daud dan hajar td..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *