***Kahwin Sejenis vs Kedatangan Muhammad ke ii***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Petronas perlukan wang tajaan kembali untuk menaja pelajar lain....

Salam ceria. Baca paper on line semalam, Johor buka 2 pusat mangsa banjir. Cabaran perubahan cuaca rakyat Malaysia, biasanya banjir. Tapi tak kena semua tempat. Di Johor agak pelik, kotanya tinggi tapi kena banjir juga. Mudah-mudahan Allah jadikan kita sabar dalam ujian ini. Di bumi Syam ni, setiap tahun pasti kena semua tempat, iaitu cabaran musim sejuk. Sebab itu disebut dalam Quran tentang aktiviti orang Arab Quraisy ialah ‘rehlata syita’ie wa soif’, iaitu rombongan atau kafilah perniagaan di musim sejuk (syita’) dan panas (soif). Orang Quraisy berniaga di musim sejuk ke Yaman yang lokasinya di selatan semenanjung tanah Arab, kerana cuaca di Syam sangat sejuk ketika itu. Manakala di musim panas mereka berdagang ke negeri Syam yang terletak di utara semenanjung tanah Arab, kerana kawasan selatan tersangat panas.

Jadi, cuaca juga satu cabaran besar di sini. Lebih-lebih lagi kalau tak biasa atau tak berhati-hati menjaganya. Sy Lan, dah lebih 4 hari sakit. Solat pun kadang-kadang secara duduk. Mudah sesak nafas. Atk. Nizam dah sehat dan ceria nampaknya. Khubaib je belum sehat sangat, malam-malam batuk teruk dan muntah-muntah. Dia ada asma rupanya. Sekarang tukar sift siang. Malam sejuk sangat.

Sini sejuk, tapi Malaysia macam panas je dengan berita sensasi budak tajaan Petronas kawin sejenis. Ya Allah, ampun dosa-dosa kami semua. Jauhkan semua maksiat lahir batin. Semasa remaja, belajar di Jordan pernah xpdc ziarah maqam-maqam di sana dengan Abuya. Antara tempat yang kami pergi juga ketika itu ialah Laut Mati. Abuya tak turun Coaster ketika itu, Abuya kata, cepat-cepat. Jangan lama-lama. Makruh. Sekadar mengambil iktibar. Sebab tempat ini dilaknat Allah. Kena rasa takut. Kampung Sodum, dimana Nabi Luth diutus Tuhan mengajak kaumnya yang mengamalkan hubungan sejenis agar kembali kepada Allah.

Malangnya, bukan sahaja mereka enggan, malah malaikat yang datang berupa pemuda-pemuda yang kacak pun mereka minta Nabi Luth serahkan pada mereka kerana tak dapat melawan nafsu. Bila Nabi Luth tawarkan berkahwin dengan anak-anak perempuannya, mereka enggan. Nak lelaki juga. Parah… Setelah berdegil dengan kekefuran dan maksiat, lalu Allah datangkan malaikat, menyodok (tak pasti word anjang ni tepat tak BM nya) tanah kampung kaum Nabi Luth dengan hujung sayapnya, diangkat tinggi ke langit. Sangat tinggi hingga penduduk langit mendengar jerit pekik tangisan mereka lalu diterbalikkan dan dihempaskan ke bumi. Ya Allah, sangat dahsyat apa yang berlaku… Terjadi jurang yang sangat dalam di kampung kaum Nabi Luth hingga tercatat sebagai ‘The Lowest point in the world’. Jadilah ia tasik yang sangat besar tetapi peliknya, airnya terlalu masin tanpa kehidupan. Ya tanpa kehidupan. Mati. Di panggil ‘Laut Mati’, walhal ianya tasik. Tiada ikan dan lain-lain hidupan air. Burung pun tak terbang di atasnya, nak terbang wat pe, wat penat je, sebab burung ke laut cari ikan. Kawasan yang dilaknat Tuhan, binatang pun tak datang.

Tapi kes budak Melayu tajaan Petronas ni anjang tak tau detailnya. Cuma yang anjang tau, ramai dah yang dah terjebak dengan cara hidup begitu, cuma tak masuk media je. Kalau dah jadi habit, susah nak buang, walaupun dah berkahwin dan beranak pinak. Maka macam-macam komen yang kita dengar. Ada yang mencemuh, mengutuk, mengata-ngata. Petronas lak, minta balik duit la. Kira nak saman, yang penting duit dapat balik. Ada pula yang komen, ko nak kawin, tu ko punya pasal, antara ko dengan Tuhan, tapi yang ko biarkan orang tua kena bayar saman, ni kes zalim peringkat tinggi.

Sebenarnya menanggung malu tu lebih parah dari bayar saman. Bayar saman masih boleh diusahakan. Malu, kena tanggung beb! Minta dijauhkan Tuhan. Atk. Tapi siapa yang mendabek dada mampu mengelakkan ianya berlaku dalam keluarga kita? Yahudi dah masukkan budaya lucah, prono dalam semua teknologi yang mereka ada. Via hp sahaja kita dah tak boleh mengawalnya dengan apa-apa akta pun. Hasilnya hari-hari anak-anak haram dikutip merata negara, malah ada yang dah berani kahwin sejenis secara legal, walaupun di negara orang. Produk pendidikan kita, tak takut Tuhan. Tanyalah para lulusan Azhar, Jordan, Madinah… Pewaris para Nabi….Apa nak buat sekarang?! Dulu ni kerja Nabi-Nabi, mendidik umat. Apa pendapat JAKIM dan jabatan-jabatan agama? Ada ke altenatif lain selain kita tagih sungguh-sungguh kedatangan hero kita. Hero semua umat Islam, Imamul Mahdi yang dengan keberkatannya rahmat Tuhan melimpah ruah. Maksiat dan kezaliman berubah menjadi taat dan keadilan. Dengan karamahnya, musuh-musuh gagal tewaskan. Dialah Muhammad kedua yang ditakuti yahudi.

Menunggu saja?! Tak, menunggu dan menyediakan program-program pendidikan agar masyarakat takut dan cintakan Tuhan. Agar kedatangannya disambut oleh para rijal yang sanggup mati berjuang bersamanya. Disamping menyediakan sistem yang tepat dengan kehendak Tuhan dalam semua aktiviti kehidupan seperti memahamkan kebaikan seks suci Islam berbanding homoseks dan lesbian. Itu yang cuba dibuat oleh GISB walau karihal munafiqun….

Ya Allah datangkanlah pemimpin dariMu. Kami akan tetap menunggu. Tingkatkan iman dan takwa kami. Anugerahkan kami rasa rindu kepada RSA. Jadikan kami orang-orang roh. Atk

Ikhwan Homestay Damascus,

7.24am, Dis 20, 2011

Anjangmuor.wordpress.com

PETRONAS tamat taja Ariff Alfian

Oleh Syuhada Choo Abdullah

choo@bharian.com.my

2011/12/20

KUALA LUMPUR: PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *