***Salam Akhir Tahun 2011***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Abuya yang dirindui...

Salam ceria. Jam baru menunjukkan pukul 7.45pm waktu Syria, Disember tahun 2011. Di Malaysia dah 1.45pm, Januari 2012. Aku cuba menaip sikit sementara menunggu Us Hafiz modified risalah perlancongan dia. Sejak krisis penentangan rakyat dan tindakan brutal rejim Assad, grop-grop pelancong tak datang Syria dah. Malam ni malam terakhir 2011, ada seorang beritau anjang, jangan masuk tandas pada jam 11.59malam sebab sudah pasti hanya akan keluar tahun depan…LOL. Alhamdulillah, tadi dah bayar sewa kafe baru pada tuannya Abu Ammar. Punyalah susah nak sewa dari Abu Khalid dan Abu Salam, tiba-tiba Allah bagi mudah je dengan Abu Ammar. Dia yang datang tawarkan kedainya.

Mat'am Jadid Qurb Mat'am Qadim, jamb hadiqah

Seperti biasa di Syria, kecil saiznya tapi berdekatan dengan kafe lama. Alhamdulillah, semua peralatannya baru, feezer, kuali burger/roti canai, deep frier, micro wave, lengkap dengan basikal letrik untuk tawsil atau beli barang. Kita amanahkan pada Jaied la untuk run bisnes roti canai Nur Muhammad. Rizal datang lusa ni boleh belajar dengannya cara buat roti canai yang power sampai boleh jual 400 keping sehari di Jordan. Dengarnya menggunakan majerin paling mahal dan zeit zaitun. Berkat betul Rizal dan Izzah ni sejak berlakon untuk iklan Kem Perikanan di TV RSA. Hehe. Moga RSA bantu Syria siapkan satu slot untuk TV RSA, Atk.

Wahai Nur Muhammad, tolong tarik bisa-bisa dari Firdaus....

Dapat e mail dari Sy Isnil bersama gambar Firdaus. Rasa tak sanggup melihatnya. Moga Firdaus bersabar. Kata Sy Isnil “Ni gmbr hari ni.muka tu dh kering n dh tanggal kulit tbakar tu tp ada nanah plak.kata Dr sbb minum air manis.jd byk gula.tu yg bnanah tp dh kurg dh.tgn tu plak bru bkak balutnya tp cre Dr Msir..dsentapnya..tu yg nmpk tkopek kulit tu..bdarah jgkla mse tu..smpai frdaus ckp nk lari je dr hosptl.”

Akhir tahun ni kita bawa satu hadis terjemahannya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah akan panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi)

Cuba amik zahir hadis je. Yang dalam-dalam mana kita tau. Ada ke pernah Allah panjangkan hari sampai boleh diutus seorang pemimpin untuk mengembalikan keadilan yang telah hilang ratusan, malah ribuan tahun. Pernah kita dengar hadis Allah panjangkan hari untuk Nabi Yusya’ berperang membebaskan Bait Maqdis di zaman Bani Israel (panjang ceritanya). Tapi, panjangkan hari sampai keadilan, kemakmuran, keselamatan, kekayaan hati melimpah ruah dari sebelumnya yang sangat dahsyat kezaliman…Sangat tidak logik. Itulah kejadian yang akan berlaku, tak logik sama sekali. Abuya pernah umpamakan, macam nampak unta di atas bumbung rumah, logik tak? Macam mana dia naik? Tak logik sangat unta panjat bumbung rumah.

Semua cerita tentang peristiwa akhir zaman penuh rahsia dan tak masuk akal. Tuhan akan lakukan semua itu kerana majoriti manusia sudah sangat bertuhankan akal. Orang kata, betul ke Abuya ghaib? Tak logik lah. Anjang nak tanya, ada ke yang Abuya buat logik? Boleh ke orang buat jemaah macam Abuya? Karang berpuluh buku macam Abuya? Buat beribu sajak-sajak seperti Abuya? Bermadah seperti Abuya? Istiqamah beribadah khasnya awal solat sepertinya? Berpoligami dan memperjuangkannya seperti Abuya? Semua anak-anaknya ikut jadi pejuang sepertinya? dan 1001 macam perkara yang tak logik di buat oleh orang lain telah Abuya buat. Abuya memang pemimpin paling ajaib.

Oh Tuhan, anugerahkanlah kami rasa menunggu dan merindu…. amin.

Rumah Syabab, Qurb Abu Nur,

8.37pm, Dis, 2011

anjangmuor.wordpress.com

 

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *