***gas oh gas…***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Gas... di mana kau gas??!

“Macam mana Faah?Dapat ke?”
“InsyaAllah, lepas Zohor.”
“Enta dengan sapa?”
“Aufa.”
“Bawa berapa tong?”
“Tiga, minta Abang Jaed datang semula, Aufa nak sembahyang ni.”
“Ramai ke orang?, Banyak ke tong?”
“Lebih dua ribu tong…”
“Satu lori bawa berapa tong?”
“Seribu tong…”
“Ok le tu, insyaAllah dapat… Tapi kita nombor berapa?”
“Dalam 1800…”
“Allahhh… banyak tu…”
Kesian aku dengan remaja-remaja ni. Dari jam 6 pagi, keluar ke Hamiesh untuk isi gas, dah dekat Zohor begini, masih belum dapat lagi. Macam ni la realiti kehidupan di Damsyik sekarang. Dar’a, Halab dan Homs lagi parah.

Warga Malaysia yang dapat kesedaran agama, minat mendalami Bahasa Arab, ramai yang bermukim di Syria ni. Bawa family sekali. Macam En Khairol yang datang dengan isteri dan tiga orang  anak perempuannya. Kesian mereka, dah sebulan tak de gas, masak guna rice cooker je.Abang Ali dah mula masak guna heater kat rumah dia, nanti tunggu je la bil letriknya.Gerenti melambung punya.Sama la dengan rumah syabab tu, aku tengok masak nasi goreng, goreng telur mata kerbau pun bantai guna heater.Dari 4 batang filament dalam rod gentian kaca tu, dua dah terbakar.Mungkin terkena bahan-bahan masak.Nak buat camane, tak kan nak guna dapur kayu. Mana nak cari kayu api kat Ruknuddin ni. Kalau ada pun, nak masak tang mana?Tak kan nak masak guna cebisan kotak kertas macam Abu Salam jerang syaie di kedai kayunya.

Rumah aku apa kurangnya, seminggu ni dok pulun Indo mi. Dah yang ada cuma kettle je. Beli Indo Mie 1 kotak dalam LS (Lera Syria)200, lama gak bertahan. Tengahari dan malam, kalau rajin boleh makan kat kafe Ikhwan di pintu Hadiqah dekat Abu Nur. Nasib baik Abuya ada buat kafe kat Syria ni, ramai yang dapat manfaat.Pedulikan la boikot dari setengah kumpulan pelajar. Buat le kafe lain, kalau mampu. Boleh jadi alternative.Setakat boikot je, tak jadi.Perut lapar, kena makan. Takkan nak makan sandwich Syria dan sawarma setiap hari.Hari-hari falafel dan musabbah, tak jadi. Nak gak nasi goreng pattaya dan mi bandung.

Jaied balik sebab temankan Ajwad.Ajwad cuak sebab driver teksi dok pandang dia penuh prejudis. Salah dia juga, yang dia pegi snap gambar suasana faudho (huru hara, kelam kabut) di tempat agihan gas kenapa? Aku pun silap, tak pesan awal. Tak boleh snap gambar ikut suka kita je. Tahun 2005, masa mula bertapak di sini, kamera Lokman pernah hampir di rampas askar Syria sebab amik gambar di kawasan rumah orang-orang kenamaan di sini. Baru-baru ni, Abu Khair kata, ada budak Asia Tenggara, mungkin Thailand…ambil gambar dari dalam bas, bas itu ditahan polis. Budak tu diheret keluar, entah apa nasibnya. Si Ajwad ni, bila ditarik tangannya oleh driver teksi yang kemungkinan besar infomer, bila ditanya: “Kenapa ko snap gambar?” “Gambar kenangan…” Katanya spontan. “Kenangannn?, Mari amik gambar kenangan di balai polis pulak…

Jenuh berdoa, hangit bertawassul, akhirnya ramai orang yang menghulurkan tangan membantu. Selepas delete gambar rakyat Syria berebut-rebut dan beratur panjang tu, barulah Blackberrynya  dipulangkan. Fuuh… Lega gila.Kalau tak, tak tau la, penjara mana dia kena sumbat.Dulu Atho’ kena masuk penjara Jordan, sebab revese Pajero, terkena kereta orang.Nasib baik jumpa Bangla boleh speking Melayu dalam tu, boleh buat kawan.Word yang aku tak boleh lupa, Atho’ cerita, Bangla tu tanya dia, ; “Bang, nangis kaa?”, dengan slang Banglanya yang pekat.

Si driver teksi tu macam tak puas hati je kat Ajwad. Sebenarnya, dia nak BB Ajwad tu. Mahal tu beb. Tapi malangnya, kat sini tak ada servis BB, Regim Assad ni takut kerana  BB susah dikawal. Boring tak dapat rampas BB Ajwad, driver tu asyik usya kat dia, sambil berbual dengan tentera. Tu yang Ajwad cuak…Balik rumah.Dah Ajwad sendiri kata masa pegi pagi tadi, nak cari pengalaman di sini.Kan dah dapat pengalaman. Hehe…

Teeet  Teet  NC5 aku berbunyi. YM masuk lagi. Mesti Si Faah ni.
“Apa cite? Khair InsyaAllah?”
“Makin teruk…Orang bergaduh.Kami pun terlibat, dah macam perang.”
“Huuh, bahaya tu. Teruk sangat ke?”
“Mula-mula ok, bila sampai dekat lori, semua berebut… bertolak-tolak…, kami terselit di tengah-tengah…”
“Kalau rasa bahaya, balik je la… kita cuba cara lain.” Aku buat keputusan. Tak nak biarkan depa macam tu. Risiko tu. Takut berlaku apa-apa.Di suasana begini, semua perkara boleh berlaku. Semasa menapak balik ke rumah petang tu, meyusuri jalan depan Mujamma’ Abu Nur menuju Masjid Labu, kepalaku ligat berfikir dan terasa di hati…keadaan akan jadi bertambah buruk. Dah la letrik dicatu.Malam hari, satu jam ke dua jam, blackout.Terpaksa guna lilin.Tu alternative untuk pencahayaan.Tapi heater untuk panaskan badan, mana ada alternative?Kena masuk dalam selimut atau pakai baju tebal. Nak tidur awal pun tak syok sebab Isyak jam enam, Subuh jam lima. Malam panjang sangat.Sebab tu Akma, isteri En Rizal kata, blackout je, kami masuk kereta, pusing-pusing.Tak larat duduk rumah…sejuk.

Petang tu, ada janji dengan Abu Humam nak makan malam di rumahnya.Aku dan Sibah keluar rumah 3.50pm.janji dengan Ustaz Hafiz nak jumpa di Sahah Syamdin. Dengan ‘snow cap’ ala juruterbang kimikazi, dia muncul tepat pada masanya.Ain, isterinya dah balik Malaysia dengan penerbangan ihsan dari kerajaan Malaysia, rombongan kedua.Kalau tak, boleh bawa dia dan anak-anak.Naik je kereta KIA Abu Humam, kami terus buka maudhu’ gas. Susahnya mendapatkan gas di Syria.Kawan-kawan kami yang beratur sepanjang hari nak isi gas, sampai azan magrib, balik hampa.Bukan saja gas tak dapat, mereka bawa 3 tong, balik tinggal 2 tong. Satu tong kena rembat. Nasib…nasib.Abu Humam dengar penuh simpati.
“Kenapa tak maklum awal?”
“Boleh kita bawa tong ke tempat aku. Cuba dapatkan gas di sana.” Kata Abu Humam, ingin menolong. Tapi dia speak dalam bahasa Arab le. Aku dah translate ni.

Abu Humam ni Area Manager KFC di Damascus ni. Dah enam tahun kerja dengan KFC, tinggal di Harasta.Tempat yang panas juga di sini.Banyak kali berlaku pertembungan antara pihak keselamatan Syria dengan penduduk yang memberontak, tak puas hati dengan regim Assad.
“Kamu bawa pasport tak?”Abu Humam bertanya kepada Ustaz Hafiz.“Biasa bawa tapi hari ni tertinggal.” Jawab Us Hafiz, serta merta Abu Humam menghimpit ke kanan jalan dan memberhentikan kereta. Dengan nada yang agak mendatar dia sebut, “…Boleh ke kamu berjalan ke sana sini tanpa bawa paspot? Bahaya tu…”, katanya sambil memikirkan sesuatu. Abu Humam kata nak ke rumahnya ada road block tentera, takut mereka tanya dokumen diri. Dia teragak-agak samada bawa kami terus ke rumahnya atau patah balik, ambil paspot aku, Hafiz dan Sibah, tapi akhirnya dia tekad bawa kami masuk melalui jalan potong yang tiada sekatan.Cuma dia masih bimbang kerana, bila menghantar kami pulang nanti, mau atau tak kena lalui sekatan jalan.Malam tu, kereta Abu Humam tak diperikasa sangat kerana taktiknya Tuhan jayakan, iaitu bawa bersama Ummu Humam. Bila pihak keselamatan tengok ada perempuan di seat depan, ini kereta keluarga. Dia tak chek sangat.Cemas juga kami ketika kereta beratur menunggu giliran.

Malam itu, on the way balik, Abu Humam tunjukkan tempat penembak tepat menembak Jemaah yang keluar dari masjid dari atas sebuah flyover yang berlaku beberapa hari sebelum itu.Kami balik ke rumah membawa pelbagai cerita tetapi gas tetap belum diperolehi.Perniagaan kena diteruskan.Itulah khidmat yang boleh diberi kepada masyarakat khasnya pelajar Malaysia di Damascus.Akhirnya, kami terpaksa membeli tong gas yang besar, khas untuk mat’am.Harganya melambung naik.Apa nak buat, kena beli juga kerana tong besar ni kurang persaingan. Hanya boleh digunakan di kedai.Kalau bawa balik rumah, boleh kena tangkap. Dengan 2 tong gas besar, Alhamdulillah dapatlah memasak seperti biasa.

Program berjalan seperti biasa. Selawat Badawi, solat berjemaah, wirid zikir, pencak, kelas tambahan begitu juga aktiviti perniagaan. Lebih menggembirakan bila semua dikuarantinkan dengan disiplin ibadah dan menghayati perjuangan Abuya melalui buku PPADZ, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan berkat RSA mendatangkan pada kami Abu Ammar yang menawarkan kedainya untuk disewa. ‘Pucuk dicita ulam mendatang’, Selamat tinggal Abu Khalid yang sentiasa mutaraddid untuk sewakan premisnya, juga Abu Salam yang nak bayaran sewa tahunan.Kami ambil kedai Abu Ammar yang dah hampir lengkap, macam ‘cuci tangan’ je.Sehari dua lagi boleh niaga. Kafe ‘Nur Muhammad’, yang kami nantikan sekian lama untuk secara khusus memperkenalkan roti canai dan murtabak di Syriaakan dibuka segera. Mujahid pula dapat isi 3 tong gas dengan harga yang berpatutan. Terima kasih A.
Pepatah Arab ada menyatakan, ‘Angin tak selalunya bertiup seperti yang diidamkan sampan’, ya… setiap nikmat, ada ujiannya.Nikmat untuk kita bersyukur, malu dengan Tuhan.Mana layak menerima nikmat, kerana selalu saja ingkarkan arahanNya.Tapi tetap diberi nikmat jua.Ujian pula supaya sabar, untuk diberi pahala.Pahala tanpa hisab. Pemurahnya Tuhan. Kalau mampu, tingkatkan hingga mampu redha, sangat menerima apa sahaja dari Allah. Kita hanyalah hamba.Ya, ujian yang tak diduga datang juga, tepat pada pagi tahun baru.

Jam 7am, 1hb Januari 2012
“Wa alaikum salam, ya Fiz!”,
“Mat’am kita kena pecah masuk malam tadi, 3 tong gas termasuk yang besar dan yang full belum guna kena curi… kami sampai ni dah terbuka!”
“Allaaah, Atk… ana on the way, dekat hentian Abu Nur ni…Jumpa di sana”

Rasa disentap jantung. Baru semalam rasa gembira dapat kafe baru, gas pun baru je beli, hari ni, awal tahun dah kena curi. Bersalahnya aku.Ampunkan dosa kami ya Allah. Pagi itu, selain bertahlil dalam kafe baru, bersyukur kepada Allah dan berterima kasih pada RSA kerana menghadiahkan kami kafe baru, disertakan juga majlis muhasabah atas apa yang berlaku. Di saat krisis gas begini, kami kehilangan tiga tong gas. Menjadikan premis GISB mangsa ketiga pecah masuk di kompleks perniagaan Sahah Maisat.Bila baca buku PPADZ sepanjang kuarantin ini, meneliti sejarah kesusahan perjuangan Abuya, tangga rumah pun di buang orang, tentulah Allah akan rasakan realiti sedikit dari keperitan berjuang, hilang tong gas, di saat krisis gas. Mendengar kemalangan melibatkan gas juga di dapur kafe Mansuroh dan dapur Bandar Jerash serta kemalangan pick up di Jerash, rasanya para remaja ni boleh bersabar dengan ujian ini dan muhasabah kelemahan diri. Lebih-lebih lagi anjang.Itulah yang diluahkan oleh Khubaib, Aufa, Mujahid, Nizam dan lain-lain.Rasa diri sendiri yang paling bersalah.Tak langsung menyalahkan pencuri tersebut, mungkin anak dan isterinya sakit, sejuk dan kelaparan sedangkan gas tiada di musim sejuk begini dalam suasana krisis pemberontak dengan kerajaan.Moga Allah mendengar taubat kami, mengampunkan dosa-dosa dan menggantikan yang hilang dengan yang lebih baik… Amin. Maaf, cerita lama, tertangguh-tangguh menulisnya…

Ikhwan’s Homestay, Damascus.
10.30pm, Jan 15, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *