***Lelaki bermata biru dan KTS***

Kongsikan kepada yang lain
Share
belakang anjang tu masjid labu la....

Salam ceria,
Anjang tinggal di Tal’ah Layali Syams, Awal Syari Asaduddin dekat Sahah Syamdin. Tak jauh dari Masjid Labu. Budak Melayu namakan Masjid Labu, orang sini namakan Masjid Rukniah. Dipanggil labu oleh anak pelajar kita mungkin kerana kubahnya berbentuk seperti labu berwarna coklat kemerahan. Tak ubah seperti labu. Tal’ah Layali Syams diambil sempena kedai menjual kaset-kaset penyanyi-penyanyi Dunia Arab dengan nama ‘Layali Syam’, terletak betul-betul di awal lorongnya. Pemilik kedai kecil comel ini-sepertilah banyak premis di Damascus ni, Abu Fadi seorang pengarah dan pelakon filem di Syria. Agak berumur tetapi tampak segak dengan topi dan kot hitamnya walaupun seluruh rambut, misai dan janggutnya sudah putih menggambarkan usianya yang telah berlalu. Aku kerap berbual-bual dengannya mengenai pelbagai topik, kerana pada wajahnya seperti ada kejujuran. Mungkin dia keturunan orang baik-baik.

Suatu hari kami berbual mengenai isu perkahwinan, kebetulan aku berkunjung ke premisnya dengan Nasibah. Abu Fadi,: “Kamu sudah beristeri 3 sedangkan aku telah menduda selama 17 tahun…” Katanya dengan nada bergurau tetapi seperti menyembunyikan sesuatu di sudut hatinya. “Kenapa tidak berkahwin, bukankah Abu Fadi, sebagai pelakon terkenal, ada ramai kawan-kawan dan peminat?” Aku menduganya. Abu Fadi bercerita panjang mengenai kesukaran mencari pasangan yang baik. Pernah dia cuba merisik seorang janda beranak satu. Bila dia berkunjung ke rumah keluarga wanita tersebut, soalan pertama yang diajukan,:”Adakah kamu mempunyai rumah?”, dia menerangkan yang dia tinggal di rumah sewa sejak puluhan tahun. Dan dia mampu membayar sewanya. Keluarga perempuan tersebut mahukan sebuah rumah dan terus ditukar milik kepada nama wanita tersebut, disamping kenderaan, perabut dan lain-lain. Berang dengan permintaan yang bermacam-macam, Abu Fadi mengatakan, “Kalau rumah peribadi, aku ada. Tapi kecil sangat.” “Di mana?, berapa luasnya?” bersemangat mereka bertanya. Dengan selamba Abu Fadi menjawab, “Saiznya 2 meter kali 1 meter, iaitu lobang kubur di tanah perkuburan!” lalu terus meninggalkan keluarga itu yang sangat marah dengan jawapannya. Sampai saat ini, duda beranak dua ini belum berkahwin.

Di tepi pintu hadiqah berdepan dengan Mat’am Sehah, aku berbual dengan seorang pemuda Syria yang hansome. Dia Pekerja bengkel Abu ‘Amer, dengan badan yang tinggi, bermata biru, rambut berombak-ombak, boleh saja jadi hero filem di Malaysia. Di sini dia hanya tukang kimpal besi, yang duduk menghabiskan rokok bila letrik ‘blackout’. Dia bertanya apakah sebenarnya hukum ‘adah sirriah’ (onani). Sambil mengadu hal anak saudaranya yang sudah tak boleh hentikan tabiat tersebut. “Kalau dalam jemaah kamu, apa yang syeikh hukum jika ada remaja lakukannya?” dan bermacam-macam soalan lagi. Dia mengadu hal anak saudaranya tetapi, dalam masa yang sama, bila lalu perempuan-perempuan muda di pintu hadiqah itu, kedua mata birunya sudah tidak memandang aku lagi. Susahnya bernikah di negara Timur Tengah ini. Ia disusah-susahkan. Sudah tentu adalah perancangan jangka masa panjang untuk merosakkan umat ini. Akhirnya, kamu akan melihat seorang yang dah agak berumur sedangkan anak sulungnya baru masuk pra sekolah. Waktu muda sebelum berkahwin sudah terlibat dengan berbagai maksiat terancang tajaan yahudi.

Sedangkan perkahwinan dan seks itu suci di dalam Islam. Ia adalah anugerah Allah untuk hamba-hambaNya. Jika tepat perlaksanaanya, ia juga ibadah. Ia mendekatkan hamba pada Tuhan. Tetapi, oleh yahudi diselewengkan. Maka apa yang terjadi adalah kerosakan demi kerosakan. Bila GISB menubuhkan ‘Kelab Poligami’ diikuti dengan ‘Kelab Taat Suami’, maka timbullah bermacam-macam andaian dan kecaman. Tak kurang juga fitnah dan tekanan. Pepatah Arab mengatakan, (lebih kurang mafhumnya) –

‘Jika sesebuah hutan itu tidak terbakar, tak akan diketahui adanya pohon gaharu di situ.’

Rupanya, sedikit kesakitan dan tekanan mendatangkan ramai lagi manusia yang ingin mengetahui perihal yang sebenarnya. Tuhan ada cara bagaimana nak memberitahu manusia kebenaran, walaupun ramai manusia cuba menghalangnya.

Ok, jumpa lagi.

Rumah Syabab, Abu Nur.
7.52pm, Jan 25, 2012.
Anjangmuor.wordpress.com.
“Kelab Taat Suami semakin dapat sambutan selepas buku seks diharamkan,” kata presiden
 
KUALA LUMPUR — Walaupun kerajaan mengharamkan terbitan buku panduan seks namun Kelab Taat Suami yang mempunyai keahlian seramai 2,000 orang percaya kelab itu akan terus mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, pengharaman buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” tidak akan menyekat sambutan orang ramai.

Beliau juga berkata pihaknya akur dengan pengharaman dibuat Kementerian Dalam Negeri itu menambah rakyat akan “menilai mana yang baik dan mana yang buruk.”

“Buku itu sudah diwartakan sebagai haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jadi kita tidak terbitkan lagi namun orang ramai beranggapan ia sangat berguna kepada perkahwinan mereka kerana buku itu memberi makna yang besar.

“Kami tidak mahu timbulkan kontroversi, kita tidak mahu timbulkan masalah dan kita akan membiarkan masyarakat menilai mana yang baik, mana yang buruk,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, komuniti Islam atau pasangan suami isteri masih boleh mendapat kaunseling dari pihaknya walaupun buku panduan seks itu tidak lagi diterbitkan.

“Kalau mereka rasa ia (buku) baik, mereka akan datang untuk mendapatkan kaunseling, maka kita terbyka untuk beri kaunseling kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, masih ramai komuniti Islam bertanyakan tentang buku panduan seks itu walaupun selepas ia diharamkan.

Fauziah berkata Kelab Taat Suami pimpinannya juga semakin mendapat sambutan selepas kontroversi yang berlaku.

“Saya katakan ya, kita memanng mendapat sambutan…memang orang kata setelah kerajaan menghalang apa yang kita lakukan tetapi sokongan semakin bertambah dan keahlian kita semakin ramai.

“Walaupun hanya 2,000 orang di Malaysia tapi ia adalah ukuran yang besar. Sebenarnya jumlah yang tidak menjadi ahli dan mendapatkan kaunseling daripada kita jumlahnya lebih besar,” katanya.

November lalu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami.

Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.

Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia”, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

 

  • cerita lucah dengan budak kecil (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *