***Antara Ujian dan Nikmat***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Dalam kenderaan polis Saudi ke Makhfar Syurtoh....
Salam ceria.
Warna-warni kehidupan dalam perjuangan yang penuh cabaran boleh segera mematangkan seseorang yang ingin mengambil penganjaran. Samada pengalaman orang lain, lebih-lebih yang kita sendiri lalui sendiri. Kadang-kadang untuk menerima hadiah yang besar, ujian besar mesti dilalui. Mungkin itulah yang Allah lakukan sebelum Maulid Nabi esok hari. Satu hadiah besar untuk kita, kalau dapat merayakannya. Bersama rentetan ujian yang tak diduga.

Anjang cemas yang amat bila dapat berita dari Jerash berkenaan apa yang berlaku di chalet RSA. Hati yakin dengan pembelaan RSA tapi sebagai manusia biasa, tetap rasa bimbang dengan kawan-kawan di sana.Tetapi segera tenang semula bila dapat mesej rasmi dari Ibu Azwa ra. Kullu ‘ala ma yuram, insyaAllah. Moga-moga, abg, Abil, Sy Omar dan semua di sana khasnya bonda UJ ra dan kita semua selamat dunia akhirat.

Di sini, Dhirar yang tak dapat bas waktu pagi untuk balik ke Amman disebabkan ramai rakyat Syria berpusu-pusu ke Jordan, ambil bas jam 3pm. Ingatkan, itu sahaja ujiannya, rupanya ada lagi. Di hudud (boarder), pihak Jordan tidak benarkan dia masuk kerana tarikh luput paspot tak sampai 1 bulan. Allaaah. Ujian. Kena patah balik ke Damsyik, waktu malam, musim sejuk begini. Mujur ada teksi yang sudi hantar. Atk.

tak boleh balik, boleh bb ok la,Dhirar di port bb Syria.

Di Damsyik, rejim pemerintah menggunakan berbagai taktik demi kembalikan kawasan-kawasan yang telah dikuasai pemberontak. Dulu jarang nampak tentera lengkap bersenjata di tempat awam, yang ada tentera dan polis anti rusuhan. Tapi baru-baru ni nampak 3 buah bas penuh dengan tentera lengkap bersenjata menuju lokasi operasi. Kedai-kedai roti penuh dengan orang ramai beratur panjang, membeli bekalan roti kerana ada khabar angin, bekalan roti akan disekat.

Baru-baru ni, kerajaan mendakwa, bekalan air diracuni pemberontak. Jadi air pun disekat, kononnya untuk pembersihan. Sebelum ni, tak de gas, pastu letrik dicatu, la ni tak de air. Lagi perit. Air utk bersuci dan makan minum. Kita pula ada bisnes mat’am, sangat perlukan air. Atk. Pengumuman putus bekalan tak meluas. Cari air mineral atau minuman di baqqalah pun dah habis. Rakyat dia dah beli semuanya. Ke masjid, kalau lepas solat jemaah, berkunci. Wah,,, gawat. Juha pernah solat, angkat kaki sebelah. Bila ditanya mengapa, jawabnya yang tu tak dan dibasuh ketika whudu’. Hehehe. Anjang kena korbankan air minum untuk berwhudu’, mujur tinggal 1 kaki je. Kelas tambahan ulangkaji Matan Jurmiyah di rumah ni pun, beberapa orang balik awal, nak buang air. Mujur rumah Syabab, ada lagi air. Mudah-mudahan sambutan maulid esok, bekalan air akan pulih kembali.

Kerajaan dakwa apa saja di sini, majoriti rakyat dah tak percaya. Selalu sangat. menipu. Dah berpuluh tahun. Macam kisah pengembala kambing yang menipu penduduk kampung, kambingnya nak dimakan serigala. Lebih-lebih lagi zaman internet, youtube, FB, smart phone, info cepat tersebar, samada betul atau tak.

Semoga direstui RSA....
Berita betul, yang juga sampai ke sini ialah projek pembenaan masjid yang ke 3 oleh Sy Ishak, Sy Nasar ra, Sy Abu Bakar Hashim, Sy USu, Azhar (baru nak bina masjid) anak Pak Abri, mantan GISB Syria dan majlis perkahwinan Husam dan Qaniah. Moga Tuhan rahmati rumahtangga kalian berkat RSA dan berkat bulan yang mulia ini. Allahumma solli ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘ala aalihi, wa sohbihi ajmaien….

Ikhwan’s Homestay, Damascus.
2.02am, Feb 4, 2012
Anjangmuor.wordpress.comn

Kongsikan kepada yang lain
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *