***Pengikut Demokrasi bersatu berhadapan KTS***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Show sempena Maulid di Damsyik
Salam ceria.
Salam Maulidur Rasul saw. Moga baginda menerima sambutan yang kita adakan di tempat masing-masing walaupun di setiap tempat mempunyai cerita yang berbeza. Di Damsyik ni, dengan show yang di buat oleh anak cucu Abuya terdiri dari Jun, Hazim, Toriq, Khunais dan Aufa serta hidangan nasi kuning, ikan goreng dengan sambal, ikan goreng berempah,
sayur campur, roti canai, buah-buahan dan air sirap dapat sambutan serta ‘serbuan’ dari ratusan tetamu dikalangan pelajar dan masyarakat tempatan. Kebetulan hari semalam adalah cuti umum Maulid Nabi saw dan mat’am kita berhadapan dengan sebuah taman awam. Kena masak nasi tambahan 2 kali untuk meraikan para pengunjung.

Di tanahair Malaysia juga sangat meriah. Setiap Zon nampaknya mendirikan khemah-khemah, stage yang menarik, ada perarakan dengan sepanduk. Anak-anak yang berpakaian sedondon. Cukup indah. Persembahan yang berbagai-bagai.

Persembahan pencak sunda
Di Pahang nampaknya ada persembahan silat. Macam Us Syakur dan Ust Rahim je yang berpencak. Ada tempat, para ibu-ibu bernasyid. Semuanya untukmu Ya Rasulallah saw. Terimalah kami sebagai umatmu. Bersambung roh denganmu. Putuskan yahudi dan nafu yang menghalang kami mendapat rindu dan cinta mu Ya kekasih Allah.

JAIM merampas backdrop sambutan Maulidur Rasul di Krubong Perdana, Melaka
Tetapi wahai Rasulullah saw, orang-orang politik ada yang tak setuju. Selama ini mereka tak pernah bersatu. Jarang kami mendengar mereka bersatu dalam satu-satu isu. Mesti bercanggah punya. Tapi, yang peliknya bila timbul isu bab yang berkaitan dengan Abuya, Arqam, Rufaqa, GISB, KTS mereka seakan-akan bukan bermusuh. Bersatu. Bukan bersatu menerima, tetapi bersatu menentang. Menentang program agama atas nama agama. Masyarakat akan tertanya-tanya, Islam siapa yang betul? Masing-masing mengaku Islam.

KTS kata yang mereka bawa Islam benarkan. KTS dah bawa hujah Al Quran dan Hadis serta logik akal dan sejarah. Mereka hanya berpandukan logika dan apa kata masyarakat. Seks itu jijik, tak boleh dikaitkan dengan Rasulullah saw. Lagi-lagilah tak boleh dijadikan tema Maulidun Nabi saw. Kalau tak nak turunkan banner, ada yang ugut nak bakar khemah. Agresif. Cemas gak, main bakar-bakar ni. Nampaknya orang-orang yang menganut demokrasi ni dah tak percaya pada kebebasan. Pada hak. Kalau dah masing-masing ada hujah, ia ikhtilaf. Bawalah berbincang.

Moga Allah tunjukkan yang benar itu benar sekalipun ramai yang tak bersetuju berkat Rasulullah saw..

Damascus
3am, Feb 6, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Orang-orang JAIM serbu majlis guna tema seks

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.m

MELAKA – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan oleh sebuah kumpulan serpihan Al-Arqam kerana menggunakan tema yang tidak sesuai.

Sambutan yang diadakan di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam dan ia tertera pada sebuah kain rentang yang digantung di pentas utama.

Penguat kuasa JAIM menyerbu majlis itu kira-kira pukul 1 petang selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan, seramai 100 orang berada di khemah yang juga menempatkan sebuah kek setinggi tiga tingkat

“Apa yang dikesalkan, mereka berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang dikaitkan dengan Rasulullah dan ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam,” katanya di sini semalam.

Kongsikan kepada yang lain
Share

One thought on “***Pengikut Demokrasi bersatu berhadapan KTS***

  • February 6, 2012 at 4:27 pm
    Permalink

    Tuhan yang membolak-balikkan hati dan perasaan manusia, Ya Allah bagilah aku pemahaman dengan usaha pejuang kebenaran ini . Janganlah aku jadi penentang dengan kerja usaha dakwah mereka.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *