***Ikut Sunnah vs Ikut Yahudi***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ikut Sunnah, Berkahwin dimudahkan, mahar dimurahkan...
Salam ceria,
“Woi, tang status ni nak tulis ape?!”
“Engkau bujang ke dah kawin?, atau duda… tulis tu.”
“Ok, ok. Tak le susah mana isi borang ni…Dah anak 3, tak pandai tulis borang lagi… eish, eish…” “Eh, satu lagi… sex ni nak tulis apa pulak?!”
“La, tak kan tu pun tak tau?”
“Ye la, apa dia?”
“Tulis 3 times a week.”
“Apa benda tu?”
“Berapa kali ko bersama isteri.”
“Bior beno ko, bukan sex tu dia nak tau jantina kita ke?”
“Eh, ye rasanya… aku pun confuse.”

Ha, begitulah penggunaan perkataan sex atau seks yang mempunyai berbagai pengertian. Bila seseorang tak faham seperti yang kita faham, cuba fahami kefahaman dia dan beri faham tentang kefahaman kita. Bukan kita dengan kefahaman kita lalu menyalahkannya dan menuduh yang bukan-bukan. Paksa orang terima kefahaman kita. Mentang-mentang kita ada kuasa. Ha… anjang dah berfalsafah. Korang pening ke?

Jadi seks suci Islam, nampak sebutan dan tulisan macam sama dengan seks tajaan yahudi, tapi sangat berbeza. Satu halal dan suci. Satu lagi haram dan dikeji. Tapi kita kan ‘anak zaman’, maka tanpa sedar kita sangat terpengaruh dengan suasana zaman ini. Sedangkan Abuya beritau, sekarang ni, udara pun dah diyahudikan. Apa ertinya? Salafus Soleh, sangat yakin pada Tuhan dan sentiasa mengingatiNya. Maka setiap kali menarik nafas, mereka yakin Tuhan Amat Mampu untuk mematikan mereka on the spot tanpa sempat menghembuskannya. Setiap kali tarik nafas dan lepaskannya, dia sangat mengingati Allah dan takut padaNya. Sebab Islam mereka masih ‘pure’. Akhir zaman ini, udara pun telah diracuni yahudi, mana ada orang yang tarik dan lepas nafas dapat Tuhan? Sebab itulah kita diminta berlindung dari jalan yahudi dan nasoro setiap hari paling kurang 17 kali di dalam solat kita. ‘Ghairil marghdubi ‘alaihim waladholin’

Ikut sunnah makan berjemaah dalam talam.
Yahudi kata, jijikla, kongsi-kongsi, beli burger makan sorang sorang.
Ikut sunnah makan kena sampai bersih licin, jangan membazir.
Yahudi kata, apalah nampak pelahap sangat, tak standard. Tinggalkan sikit.
Ikut sunnah, makan guna jari, suap dengan tangan kanan.
Yahudi kata, makan guna garfu dan pisau. Suap dengan tangan kiri.
Ikut sunnah, lepas makan jilat jari.
Yahudi kata, malu lah, macam kebuloq sangat.
Ikut sunnah, makan minum kena tutup kepala dan duduk.
Yahudi kata, hadis tu dhoif, makan berdiri je. Tak de tutup-tutup kepala weh. Ulama pun makan minum berdiri.
Ikut sunnah, Pakaian kena longgar-longgar, jangan nampak bentuk badan.
Yahudi kata, pakai ketat-ketat, fesyen sikit. Pakai jean Levi’s yang memang yahudi. Jangan kampung sangat.
Ikut sunnah, potong kuku pendek setiap hari Jumaat.
Yahudi kata, biar panjang. Paling tak, satu panjang, senang korek lubang hidung.
Ikut sunnah, tunaikan hajat orang, lebih-lebih lagi kalau dia meminta.
Yahudi kata, jangan beri, kau dah penat-penat cari. Dia tu malas.
Ikut sunnah, mahar dimurahkan, kahwin dimudahkan.
Yahudi kata, anak ko grad ‘u’, paling tak RM6K. Malu murah-murah, anak jiran yang SPM je pun dah 4K serba satu.
Ikut sunnah, ramaikan anak, Rasulullah bangga. Rezki dah Allah tetapkan di azali.
Yahudi kata, sapa nak beri makan nanti? susah….
Dan ada 1001 satu alasan yahudi agar kita terpisah dari Rasulullah saw. Yang malangnya, yahudi itu dah ada dalam fikiran dan perasaan kita. Sangat susah melepasinya. Tanpa guru mursyid, hampir mustahil mampu selamat darinya.

Sebab itu bila KTS kaitkan seks dengan Rasulullah saw, ramai yang melenting. Kononnya menghina Rasulullah saw. Walhal kehidupan mereka, bab makan pun dah tak ikut Nabi saw, rasa jijik makan berkongsi dan menjilat jari selepas makan. Lepas makan, mencari port untuk ‘berasap’, tak payah nak fikirkan sunnah yang besar-besar. Tapi korang jangan bimbang, sikap mereka membuktikan kebenaran Rasulullah saw.

Rasulullah saw kata, mafhumnya, di akhir zaman, perkara yang hak dikatakan batil, yang batil dikatakan hak.

Jumpa lagi,

Damascus, Syria
1.25am, Feb 7, 2012
anjangmuor.wordpress.com

  • anjangmour (987)
  • anjangmuar (263)
  • anjangmuor blogspot (157)
  • anjungmuor (115)
  • anjangmour wordpress (99)
  • anjangmuo (67)
  • anjangmuor weblog (51)
  • anjangmuors (44)
  • anjangmo (36)
  • yhs-fh_lsonsw (22)
  • blog anjang muors (13)
  • Anjangmoar (12)
Kongsikan kepada yang lain
Share

6 thoughts on “***Ikut Sunnah vs Ikut Yahudi***

  • February 7, 2012 at 2:36 am
    Permalink

    Satu tulisan yg ringan tapi informatif. Dpt memberi idea dlm menghadapi brbagai persoalan. Semg sntiasa dlm rahmat Allah.

    Reply
  • February 8, 2012 at 12:44 pm
    Permalink

    btl tu tuan. org lain bangga mkn dgn sudu garfu pisau tp sy lebih selesa mkn guna tgn jilat jari lg.

    Reply
  • February 17, 2012 at 3:14 am
    Permalink

    Perlu tegas n sungguh

    Reply
  • February 13, 2014 at 3:35 pm
    Permalink

    as salam Tuan Harun Taat al-Muary,
    ini cerita wabak penyakit baru; Tolong komen?
    Wabak penyakit baru “SELFIE”
    Petikan dari: http://mymedialab.blogspot.com/ [dated 11 Feb2014]

    KUALA LUMPUR: Trend popular ‘selfie’ masih belum surut dan kini, ia dikaitkan pula dengan masalah mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri.

    Selfie yang popular di kalangan generasi muda dikatakan boleh menyebabkan ketagihan selain memberi impak negatif kepada individu tersebut.

    Persoalan komen?[ atau bahasa baku dalam penelitian/research ialah the “research problem statement”, maaf guna bahasa penjajah, sebab tak pandai guna bahsamelayu, ana anak orang jawa, tak reti sangat bahasa melayu, SPM dulu BM pun dapat 7 sahaja, tak layak masuk universiti lebihlebih lagi jadi staf keranaan, tapi dah allah izinkan, jadi juga malah dah pencen pun…ini pun penyakit selfie juga kot, harap dapat baiki diri sama macam cerita berikut ini lagi
    Apakah ini sebagai dampak/kesan atau hasil usaha tangan manusia yang menyebabkan berlakunya kerosakan di daratan dan di lautan……( ar Rum:41)?
    Persoalan Komen?
    Teringat saranan Imam AlGhazali, jika anda ingin membaiki diri dan kenali dirimu, pergilah ke tengah orang ramai dan nanti apa kata mereka terhadap dirimu. Ada satu kesah seorang alim di zaman dahulu bertemu Ibrahim Idham[ atau Syeikh Jonid al-Bagdadi] meminta nasihat bagaimana nak baiki diri membuang sifat mazmumah terakhir iaitu “ego atau sombong”. Syeikh Ibrahim kata: “Tuan tak akan mampu melakukannya”.Lalu dijawab oleh orang alim tersebut, “ tak pe, sekurang-kurang saya tau bagaimana caranya walaupun tak mampu melakukannya. Syeikh tersebut pun menerangkannya, agar ulamak tersebut pergi ke tengah orang ramai tanpa memakai baju dan membawa sebakul keranjang berisi buah dikalongkan pada lehernya sambil berteriak kepada orang ramai dengan menghina-hina dirinya.Sesiapa yang mentertawakanya diberi hadiah buah dari dalam keranjang tadi.Lantas ulama tersebut menyatakan kalau gitu memang aku tak mampu melakukannya, tapi terima kasih atas makluman yang diberikan….gitulah ahli rohani mendidik individu yang ingin membaiki diri membersihkan mazmumah. Jadi apakah ini ada keselarian dengan kaedah Syeikh yang diceritakan dalam kesah di atas tadi???? another research problem statement.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *