***Sambal ada dalam Syurga?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Abu Anas seorang kenalan lama kita di sini. Sangat mesra dengan Toriq, Us Hafiz dan orang-orang lama di sini. Korang jangan sangka dia pemuda awal 30’an yang segak dengan kulit putih-putih kemerahan seperti majoriti orang di sini. Abu Anas ni seorang yang dah lebih 70 tahun umurnya. Rendah, agak gemuk badannya, putih warna kulitnya, berspek mata dan bertongkat. Airmukanya jernih, sangat mesra. Fasih berbahasa Inggeris. Mempunyai beberapa kelulusan seperti sijil farmasi, sijil sastera Arab dan syariah.

Punyai sebuah maktabah di Suq Jumaah. Lorong sebelah kiri simpang Jami’ Bazna jika kita menghala ke Jami’ Muhaiyuddin Ibu Arabi. Tetapi sangatlah tidak tersusun, mungkin kerana usianya dah meningkat, ditambah belakangnya yang selalu sakit-sakit. Tak mampu Abu Anas menyusun atur segala buku-buku, alat tulis, cenderahati dan segala macam ‘jajan’ di kedainya.

Rasanya bukan alasan, mungkin dah watak bangsanya begitu kerana kawannya Zahir yang masih sangat muda itupun punyai maktabah yang hampir sama susunannya dengan maktabah Abu Anas. Zahir yang berspek bingkai besar dan tebal powernya ini pandai khat. Suka tuliskan khat nama anak-anak kita lelaki atau perempuan. Yang letih berhadapan dengannya ialah kerana dia suka berceramah panjang. Tak mampu mendengarnya. Panjang sangat.

Semasa program Maulid yang kita adakan, Abu Anas datang tetapi lewat petang. Lauk dan nasi dah habis. Maklumlah diserbu hampir 300 orang. Akhirnya hidangkan kat Abu Anas, nasi yang baru masak, tuang dengan kuah adas (dal), sedikit baki pedal goreng dan sambal.
“Apa ni?” Kata Abu Anas, Us Hafiz dah beritau aku pedal dalam bahasa Arab, aku pun bukan tau. Bila sebut je, Abu Anas kata: “Orang Syam tak makan ni.” Allah, malunya aku. Tapi aku rasa sekarang mereka dah mula makan, sebab harganya dah melambung naik. Tentu ada yang beli.

Anjang asal orang Jawa,(tak tau orang Jawa lain) kalau seekor ayam tu semua di makan kecuali najis, darah merah di tulang selangka, tulang, hempedu, bulu (tak de sapa nak makan) dan kuku. Tongkeng (brutu), usus (buang najisnya, cuci goreng dengan kunyit dan garam), kepala, kaki dengan jari-jarinya semua anjang makan. Apalagi hati, pedal, jantung. Sedap apa…

Jadi hidang kat Abu Anas, nasi, kuah dal, pedal dan sambal tumis pedas masakan Hazim. Datang Zahir merungut,
“Toriq paksa aku makan sambal ni.Boleh mati aku.”
“Takkan sampai mati.” Aku menyangkal.
“Ya, aku ada buasir, kami tak mampu makan.”
“Tapi sambal ni bagi kami sedap sangat.”
“Huuh, tak mampu.”
“Sambal ni, ada dalam syurga… InsyaAllah.” Kataku confident.
“Macam mana kau tau?!” Kata Zohir yang suka ceramah berjam-jam, kehairanan. Macam nak terangkat spek besarnya.
“Ye la, kan dalam syurga kau boleh minta apa-apa, Tuhan akan kabulkan. Bole je aku nak minta sambal, tentu dapat.” Jawabku.
Abu Anas yang kurang pendengaran bertanya, “Apa, apa yang Harun kata?!” Bila Zohir ulang, berderai ketawa Abu Anas. Akhirnya, nasinya habis, sambal tetap berbaki.

Sebelum balik, Abu Anas sempat memberi sumbangan wang tunai untuk mendapat saham majlis Maulidur Rasul saw 1433 Hijrah. Begitu juga Zohir yang datang membawa halawiyat untuk diagih-agihkan. Sesungguhnya, Paduka Tuanlah Ya Rasulullah saw yang menghadiahkan kasih sayang dan kemesraan di antara dua bangsa yang ribuan km jarak geografinya, berlainan politik pemerintahannya, berbeza cuaca, budaya, selera makan minumnya tetapi satu aqidah, satu idola iaitu Nabi Besar Muhammad saw, Sollu ‘alan Nabi…

Damascus, Syria
6.51pm, Feb 7, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *