Salam ceria. La…

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Lama tak jenguk blog, sibuk pindah dari Damsyik ke Irbid. Bukan jauh sangat pun. Kalaulah tiada border politik antara 2 negara, anjang rasa dalam 1jam setengah ke 2jam je. Tapi, dek kerana urusan cop mengecop paspot dan kastam, rasanya haritu, 4 jam baru sampai. Barang punyalah banyak, tapi berkat RSA, selamat semuanya tanpa perlu digelidah turun. 3, 4 hari pastu dok berlegar mencari premis yang sesuai untuk dijadikan mat’am. Pelajar Malaysia sangat ramai di sini, alhamdulillah. Mudah-mudah dapat berkasih sayang dengan mereka dengan membuka kafe di sini, menghibur, menjamu mereka makan minum seperti yang dihasratkan RSA.

 

RSA yang memberitahu kita, kita masih ada Nabi saw. Nabi yang masih berperanan secara roh. Maka, bagindalah yang membela jemaah ini dari musuh-musuhnya. Sabda baginda yang bererti: 

 

‘Akan sentiasa ada sebuah toifah di kalangan umatku, yang mereka itu menzahirkan kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh sesiapa yang menentang mereka hingga sampai ketentuan Tuhan.’

 

Ya, terdapat banyak bukti usaha-usaha musuh untuk memusnahkan jemaah ini tetapi tidak berjaya. Bukti Nabi roh bersama GISB.

 

Antaranya terlepas dari tuduhan membunuh yang boleh dihukum pancung. Yang sangat diharap-harapkan berlaku oleh musuh-musuh. Dengarnya Pak Ghufron pun dah terlepas kata, ‘Omar akan dipancung’. Tetapi ia tak berlaku. Mereka merancang, tetapi Allah di atas segala perancangan mereka. Diselamatkan dengan cara yang sangat luar biasa. Ya Rasulullah, sesungguhnya Paduka Tuan sangat berperanan melepaskan kami dari ujian ini. Terima kasih Rasulullah saw.

 

Mendapat sebuah ladang kurma di Madinah yang sangat dikuasai oleh puak Syiah juga adalah kemenangan berkat Rasulullah saw. Sedangkan puak wahabi berusaha untuk menguasai ekonomi Madinah khususnya ladang-ladang kurmanya yang terkenal, tetapi gagal. GISB berjaya lakukan. 

Itulah bukti Rasulullah saw berperanan.

 

Ada juga usaha secara serius dan terancang, antara dua buah negara untuk menangkap bonda UJ kerana dianggap menghina Rasulullah saw. Strateginya bagaimana? Seorang warga Saudi di Malaysia dihantar balik ke Saudi atas tuduhan menghina Rasulullah. Ketika tu heboh satu dunia, Korang ada dengar berita dia lagi? Sonyap je. Tujuan asal nak tangkap orang Malaysia yang dituduh menghina Rasulullah di Saudi. BUJ le tu. Tetapi hingga hari ini, masih lagi selamat. InsyaAllah terus selamat. Dalam lindungan Rasulullah saw.

 

Kat Jerman pulak, kononnya pernah membunuh jutaan yahudi di zaman Nazi tetapi terbukti sekarang sangat dikuasai yahudi. Golongan yang sama, yang ingin menutup chalet Rasulullah saw di Mekah, tak putus asa lalu menghalang rombongan staf GISB yang cuba masuk untuk pembukaan mat’am. Dihantar pulang. Pada mereka, yang datang ini sebenarnya bukan pelancong, bukan juga nak bekerja tetapi pejuang-pejuang kepada Muhammad ke 2. Mereka sangat mahu orang-orang ini dibunuh tetapi pulang dengan selamatnya. Berkat RSA… 

 

Di Malaysia pula, Pihak GISB diajak untuk berbincang mengenai pilihanraya di Malaysia. Pelik, bukan mereka tak tau, GISB tak terlibat dalam sistem ini, tapi tentu ada sesuatu yang bermain di perasaan mereka untuk menemui GISB. Siapa yang memainkan perasaan mereka. Kami yakin, itulah roh Nabi kita yang masih hidup berperanan.

 

Sebelum ini ada tempat-tempat GISB diserbu oleh Jabatan Agama, rutin biasa. Tapi ada pula tempat yang ditarget sangat untuk serbuan tetapi Rasulullah saw selamatkan dengan cara yang tak diduga.

Moga-moga ia menambah keyakinan kita, jemaah ini dalam kebenaran. Kalau tidak masakan Ibrahim Ali datang memohon maaf atas kenyataannya supaya ditangani bekas Arqam seperti menangani Komunis.

 

Korang tau, komunis pun dah percaya, orang yang diyakini sudah mati oleh semua orang, boleh je, tiba-tiba belum mati. Sedang memasak di dapur. Itu tahap komunis yang tak percaya Tuhan. Tentulah Malaysia, negara yang semua dunia Arab kagumi sebagai negara Islam, Tuhan akan lakukan lebih dari itu. Sebab dah ramai yang tak yakin, ada individu pilihan Allah yang sebenarnya belum mati, masih berperanan. Adapun Rasulullah saw dan ramai lagi manusia pilihan Tuhan, masih berperanan dengan rohnya walaupun diwafatkan jasad mereka. Dan sekarang giliran GISB mendapat kemuliaan, didampingi roh baginda yang mulia. Menjanjikan ‘Islam tak akan kalah-kalah lagi!!’

 

Bilik Sy Wahab, Jerash, Jordan.

9.30am, Mac 1, 2012.

Anjangmuor.wordpress.com

 

GEMPAR! : Nenek ‘Kembali’ Hidup Keluar Dari Keranda 

 

CHINA – Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba ‘memanjat’ keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan ‘mati’ selepas enam hari.

 

Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu.

 

Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari ‘tidur’ tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.

 

Selepas Xiufeng ‘disahkan’ tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu.

 

Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan ‘mayat’ Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

 

Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong.

 

“Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan,” kata Qingwang dalam Daily Chilli.

 

Ekoran dari kehilangan ‘mayat’ Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng.

 

Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya.

 

“Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan,” kata Xiufeng selamba.

 

Ketika tersedar dari ‘tidurnya’, Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang didiaminya itu terlalu berat.

 

“Saya menolak tudung untuk masa yang lama untuk memanjat keluar,” katanya.

 

Perkara pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah ‘meninggal’ hampir selama enam hari.

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *