***Jom ke Mat’am Nur Muhammad, Irbid!***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Dah lama tak jenguk blog ni. Dulu alasan tak ada BB, skrg dah ada. Zain lagi, tak ada problem setakat ni macam Orange yang selalu meragam & makan kredit dan Umniah yang 2g tu, “̮=D=))”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮=D=))”̮, . Zain ni, sebulan kena JD13 sekali dengan dhoribah. Tak sehebat Malaysia, ada yang hanya RM70++ setahun, kalau ada ‘orang dalam’ RM38 setahun.lumayan. Jadi BB bukan alasan. Agak sibuk siapkan mat’am jadid di Irbid ni.

Sy Mazlan la yang melakar sejarah. Pegi Damsyik buka Kafe Nur Muhammad, pastu tutup. Sebab arahan berpindah ke Irbid, Jordan. Dapat pengalaman buka dan tutup mat’am. Pastu pindah Irbid, buka mat’am lagi. Kak Siti, isterinya yang pakar memasak tu pula datang. Baru 1 hari berniaga, isteri Menteri Kabinet Kerajaan Jordan datang ziarah, memberi sokongan moral dan berdoa. Berkat RSA, dalam seminggu jualan melonjak dari JD85 ke lebih JD300. JD1 lebih kurang RM4.30.

 

Irbid ni terletak di utara Jordan. Dekat dengan sempadan Negara Syria. Dalam peta GISB, Irbid di bawa Zon Perak/Syria. Majoriti pelajar Malaysia sekarang belajar di sini. Mereka yang mengambil jurusan Perubatan biasa dan dentis belajar di JUST (Jordan Uni of Siences and Tech). Yang belajar agama samada iqtisad islami atau lain-lain takhasus adalah siswa/i Universiti Yarmuk. Dulu Sy Norhan, Us Ghazali Othman dan beberapa orang lagi belajar di sini.

 

Perniagaan di kalangan pelajar dibuat di rumah-rumah dengan diberi nama warung seperti warung Usom, Nyio’, NM Sedap Corner. Medium pengiklanan yang banyak digunakan adalah Facebook. Cara jualan selalunya harga pakej, dari JD1.50-JD1.75 utk nasi, lauk dan sayur. Setiap warung akan iklankan lauk pauk mereka di FB, siapa yang berkenan akan pilih warung yang mereka kehendaki lalu samada makan di warung-warung itu atau safari/take away atau minta khidmat tausil/delivered. Tapi bila Mat’am Nur Muhammad dibuka, segala-galanya berubah.

 

Anuar seorang pelajar medic di JUST (Jordan University of Sience and Tech) berkata: 

‘Kalaulah mat’am ini ada sejak aku first year di sini, tentu best.’ 

 

Sekarang dia sedang praktikal dan akan selesai kursus musim panas ni setelah 6 tahun di sini. Para siswi pula berkata: 

‘Tak aci la, semua kerusi siswa conquer, kami nak duduk mana?’ Malam tadi, ada 6 orang siswi dari Mafraq, asal Sabah dan Labuan makan dibahagian luar MNM. Udara sejuk tak menghalang mereka untuk menunggu order nasi goreng dan roti canai. Lama tunggu tu sbb ada seorang yang order 14 roti telur. Berhempas pulas juga si Rofiq menyediakannya. Sian aku, dia bukan expert macam Jaeid dan Khubaib. Apa nak buat, Jaeid siapkan masak panas. Khubaib pula sedang menguli tepung, sediakan doh untuk hari esok. 

 

Saudara Fauzi yang datang dengan isteri dan anak kecilnya, Ahmad Fateh bertanya pada kawannya,:

‘Kau dah berapa kali makan di sini?’, dijawabnya spontan: 

‘Hari ni je dah kali ke 3’. 

 

Ada pula yang berkata: 

‘Habislah duit tabung aku kali ni, mana boleh tahan dengan nasi lemak Nur Muhammad.’

 

Ya, Mat’am Nur Muhammad sedang jadi fenomena satu dunia. Irbid adalah satu daripadanya. Inilah penangan kerajaan ajaib. Yang benar sedang naik, yang batil sedang jatuh. Sedang lenyap. Islam tak akan kalah-kalah lagi. Tumbuh mekar, di Mekah, Madinah, Jerash, Kaherah, Mansurah, Frankfurt, Paris, London, seluruh Indonesia, seluruh Malaysia, Singapore, Thailand, Australia dll. Moga kita diterima sebagai warga kerajaan ajaib. Dapat takutkan Allah hingga gementar hati. Ok, jumpa lagi.

 

Masjid Nuh Salman, Jamiah Yarmok, Irbid.

7.45pm, Mac 31, 2012

anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Jom ke Mat’am Nur Muhammad, Irbid!***

  • April 1, 2012 at 3:33 am
    Permalink

    Subhanallah

    Reply

Leave a Reply to Zharie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *