***Firdaus: Dari Mansuroh ke Irbid***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Setelah lama berkhidmat di mat’am RSA di Mansuroh akhirnya dapat juga Firdaus dan isterinya Kak Long menziarahi Jordan. Ziarah Jordan dengan Ust Wadud At Tamimi. Ziarah Jordan dapat jumpa Pak Mentua dan Ummi Mentua, Sy Mazlan dan Kak Siti. Lagi beruntung sebab dapat ziarah maqam-maqam di sini. Anjang pun tak pasti berapa lama dia di Mesir, tapi sampai dah habis visa pelancong, patut kena gharamah (denda duduk lebih tempoh), kira macam PATI di Malaysia la, tapi kasih sayang Tuhan kerana berkhidmat dengan Kerajaan Ajaib, tak kena denda. Lamanya juga dikira kerana rentetan peristiwa yang berlaku padanya. Sebagai penggerak di mat’am kita, dia bertanggung jawab membeli barang basah.

Di awal pembukaan mat’am, kenderaan yang ada hanya basikal. Syh Kadiaq kata: gerek. (Tapi dia maksudkan lain). Maka berbasikallah Firdaus ke pasar. Balik dari pasar, dah macam bukan basikal sebab BDM (berat dengan muatan)nya sangat luar biasa. Hampir hilang penunggangnya. Yang nampak barang. Sohon/tobaq/papan telur bersusun di depannya. Kadang-kadang 10papan. Dah macam Us Hisham Muar jual paper zaman Arqam. Polis tahan pun, susah nak beri respon. Mana taknya, paper di bakul motor cup tu dah paras dagu. Tugas dagu, menekan susunan akhbar supaya stabil. Macam mana nak jawab soalan polis. “̮=D=))”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮=D=))”̮,

Macam tula si Firdaus ni. Handle kanan penuh barang. Kiri penuh barang. Belakang lagi. Habis semua sayur, ikan, ayam nak dibawa naik basikal. Sayang tak ada simpan gambar kenangan awal pembukaan mat’am di Mansurah. Mujur bumi Mansurah ni landai. Dibuatnya kalau macam Ruknuddin, Syria. Berbukit-bukit, tok dopek den nolongnya. Tapi tak pe, sanggup mati untuk Islam demi memberi khidmat kepada pelajar-pelajar Melayu di sana.

Bercakap tentang sanggup mati untuk Islam ni, Firdaus dah rasakan macam nak mati bila kafe kita terbakar akibat kebocoran gas. Malah dia rasakan macam hidup semula. Dia rebah di dalam api yang menjulang dan asap tebal, bila badan rebah dan kepala terhantuk ke lantai terus tersebut nama Abuya, tapi bila ingat Abuya hati jadi tenang dan terus mengucap kerana ingat waktu tu ajal dah tiba. Detailnya dia ceritakan pada anjang. Ngeri mendengarnya. Muka dan tangannya habis melecur. Kak Long kata, dia datang ke sini sebenarnya dengan rupa yang baru. Semua bulu kening, bulu mata, malah kulit muka terbakar. ᴬᵗᵏ. Mungkin ini benar-benar sempadan antara alam glamournya sebagai duta produk kecantikan kepada duta RSA di Mesir.

Jadi lama tak dia di Mesir? Lama la, kerana banyak peristiwa. Anjang duk Mesir tahun 1989. Umur baru 19tahun. Masa tu tumpang belajar di universiti Azhar, mustami’ je. Sepatah haram tak faham, bahasa ammi Mesir belum masyi lagi. Naik metro turun metro. Naik bas turun bas. Masa tu Jemaah Arqam Mesir kuat gak. Dah ada van Volkswagen. Tapi bila imtihan qabul, kami ke Maahad Buuth. Di buuth kantoi. Anjang diminta buat jumlah fe’liah yang ada fe’I, fa’I’ll dan maf’ulum bih. Anjang bantai: ‘dhorobtuka dhorban’. Ustaz tu dah suka dengan anjang, dia tambah: ‘syadidan’. Tapi yang anjang kantoi sebab nak tegas tak kena tempat. Biasala, Ustaz-ustaz Mesir di Azhar ni, minta macam-macam. ‘Kau datang lagi, bawalah apa-apa hadiah untuk aku.’ Anjang dengan brutal dan tak cerdiknya baca hadis: ‘Ar rasyi wal murtasyi fin nar’. Pemberi dan penerima rasuah masuk neraka. Bila dapat result, kena masuk kelas bawah, tsani ‘ikdadi. (Tingkatan 2). Padan muka. Berlagak sangat. Syh Farul minta pindah Jordan. Rendah sangat kelas tu dibanding umur anjang. Akhirnya pindah la ke Jordan sedangkan bukan anjang nak ke Jordan memandangkan kos kehidupannya yang sangat tinggi dibanding Mesir. Tapi itulah percaturan Tuhan, yang akhirnya di sinilah paling lama anjang tinggal. Jan 1990-Ogos 1990. Perang Teluk yang pertama, Abuya arahkan kami keluar. Pada tahun 1993, anjang datang lagi ke Jordan, tinggal di sini hingga 1997.

Pengalaman di Mesir, anjang mudah nak berinteraksi dengan orang Mesir kalau jumpa di mana-mana. Maklumlah, rakyat Mesir ni ramai, mereka menjadi buruh di merata negara-negara Arab. Di Jordan, sektor pertanian di Aghwar, petani-petaninya ramai dari mesir. Begitu juga pembinaan dan pekerja am majlis bandaran. Orang Jordan tak mau kerja macam ni. Bila jumpa je orang Mesir, anjang cuba skill ammi Mesir yang dah berkarat tu: zayyak?! Amel eea ya ‘ammu syeikh? Soeidi am Fallahi? Miah miah wa la firakh jam’iyah… Min barra Allah Allah, min juuwa, beya’lam Allah… Dan yg paling dia orang suka, bila anjang ceritakan pengalaman di Mesir. Orang Mesir sangat berbangga dengan Mesir dan Kaherah. Selalu mereka sebut Misr Ummud dunia. Anjang akan balas: Malizia Abuha…. “̮=D=))”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮=D=))”̮, depa mesti ketawa. Orang Malaysia tak mau mengalah.

Terima kasih RSA beri peluang mengenal bangsa-bangsa di dunia. Tanpa tuan-tuan, aku mungkin hanya seorang tua di kampung Tengah, Mengayuh basikal dari surau ke rumah, ke kebun di baruh atau ke Temiang. Menyambung kerja abah sebagai penoreh getah. Keja suci yang sangat berjasa padaku tapi sudah tentu tidak luas ruang pemikiran dan pengalaman. ᴬᵗᵏ.mzb.ht .

Bilik suluk villa GI Irbid,

8.26am, Apr 23, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

6 thoughts on “***Firdaus: Dari Mansuroh ke Irbid***

  • April 23, 2012 at 1:02 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.HEHEHE.Ana tergelak benar membaca bab tentang basikal {BDM} yang membawa barangan pasar & suratkhabar.Teringat pada tahun AUG 2002-mid 2004.Ana dan keluarga menolong bapak & ummi mengendalikan kedai runcit “wet & dry” yang diambil alih dari ahli jemaah kita {ARQAM}.Tiap2 pagi ana menjadi saksi skuter bapak.Skuter aje bergerak.Penunggang tak nampak.Ana sarankan bapak beli lah “side carriage”,macam motor askar Jerman di WW1 demi keselematan.Dia cakap kalau begitu,sewa parking=sewa kereta.MAHAL.
    Bab MAUT pulak,ana ada mengalami sebuah mimpi pada mid 20’s.Terlalu NGERI hinggakan ana dah takut nak tidur.Ummi terpaksa duduk sebelah & mengaji waktu ana nak tidur.Ketika ini lah ana disuruh masuk jemaah Arqam di markas Changi.Disana,Allah Azza Wajallah temukan pulak ana dengan Azharuddin Sanif,sahabat karib ana di sekolah menengah.Bertambah lah ukhwah kami hinggalah pengharaman di Malaysia,ana terpaksa “went into seclusion” kerana ana sememangnya ada “personal” & “political” restrictions” pada waktu tu.
    Pada tahun lepas,di bulan Ramadhan 2011,mungkin pada tanggal 19th/20th,ana “dikejutkan” dengan CAHAYA yang amat terang didalam kamar ana.Padahal,lampu bumbung dah lama mati sejak orang rumah hijrah balik ke S’pura,2 hari selepas kewafatan ABUYA.Terang macam TRIP FLARE,macam 1000 lilin menyala.Ana nampak silhouette wanita bertudung dihadapan ana.Mungkin arwah Ummi.Kalau nak “berpesan” tak pe juga.Habis kalau nak “mengajak”???.Perjuangan belum selesai.Ana apa lagi,dalam sekelip mata,capai bantal peluk & tutup muka loh.Esok hari selepas buka,ana borak2 dengan bapak,konon nya nak meraih simpati lah.Tapi sebaliknya berlaku.BOSS BETUL2 RUB ANA.Alamak.Padan muka.
    1/2,bersambung,insya’Allah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • April 23, 2012 at 1:23 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.2/2,bersambung.Alhamdulillah.Pengalaman Ustadz di Timur Tengah,khususnya di Mesir & Jordan amat luas.Boleh mencorakkan keperibadian yang baik lagi matang,insya’Allah.
    Err,perenggan yang terakhir tu macam sindiran aje.HEHEHE.Sebenarnya bapak & ana dah pun mula ternak kambing JAMNAPARI di Kampung Sungai Danga pada tahun lewat 2007.Kita mula dengan 4:1.HEHEHE.Tanah kita sewa dengan orang PAS {kefahaman Wahabi}.Habis kambing kita.Dari 47 ekor,tinggal 3 aje,up to date.Konon nya,tanduk2 kambing diserang ulat.Dia sapu krim.Bukan nak panggil VET.Ana & bapak macam nak KRIM dia aje.
    Dia sanggup bayar ganti rugi kerana mengabaikan tanggungjawab dia.
    Kalau ada rezki,kita nak buka kedai makan,runcit,autoshop & memperluaskan ternakkan kambing,insya’Allah,atas nama NUR MUHAMMAD,GISB.Itu sebab ana sedang cari seorang muslimah dari kalangan jemaah sejak SEPT 2011.Masih belum ada HEK,masih belum ada HOK.HEHEHE,insya’Allah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • May 2, 2012 at 3:43 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Post ni Ustadz dah email ana pada 23/4/2012 {tanpa 2 gambar}.Syukran.Yang ana terima hari ni ada 2 gambar.Kalau tak silap,gambar2 Ustadz Firdaus & Isteri dan juga Bapa & Ibu Mertua Ustadz lah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • May 9, 2012 at 10:57 pm
    Permalink

    Persoalan kerajaan ajaib merujuk pada apa? sungguh terkejut, bila ditimpa musibah teringatkan Abuya,kot ingat Allah ke? Rasulullah ke? nak kata taksub tak bleh juga sbb belum dengar penjelasan tuan punya badan.

    Reply
  • June 28, 2012 at 9:04 pm
    Permalink

    . Jwpn sye utk sdr budak irbit. Sewaktu sye diambang maut Abuya hadir dn menghubungkan sye kpd Allah dan Rasul melalui kalimah syahadah [ini keterangan lbh jika sdr ✗ faham ape yg anjang kite story] ….Inilah dikatakan kerajaan ajaib,bkn kerajaan biase… Marilah bersihkan roh, insyaAllah segalanya akan terungkai…

    Reply
  • June 28, 2012 at 9:11 pm
    Permalink

    Sykrn ya Sy Harun ar meraikan ana dn is3 smasa d jordan… Dan…. Mendairykan story diblog…. Atk.. mzb…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *