***Belasungkawa Buat Syh Mustafa Khusaini***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,hidup ini penuh dengan warna warni, mencorak diri kita. Penuh dengan rasa-rasa, masam, manis, pahit, maung… yang berguna untuk kita meneruskan kehidupan dan perjuangan. Ada peristiwa yang kita tak inginkan berlaku, tetapi ia terjadi dalam hidup kita. Malah padanya sumber kebaikan yang berpanjangan untuk kehidupan.Ada juga perkara yang kita harapkan terjadi tetapi tak berlaku. Semuanya penuh hikmah dari Tuhan yang tak mampu kita fikirkan. Ketika melihat rombongan pelajar Arqam yang dibawa oleh Ustaz Zaki/Khomsin yang Abuya gelar Pak Kiyai ke Kampung Tengah, hati anjang teringin nak pakai jubah serban seperti mereka. Rasa seronok melihat wajah mereka yang tenang dan ceria dengan gamis dan serban serba putih. Turun dari van hijau tua, berlogo Arqam. Tetapi tak terfikir langsung anjang akan dapat belajar di tempat mereka. Walaupun Ustaz Zaki orang kampung anjang, tetapi sangat jarang melihat sosok tubuhnya kerana dari kecil sudah belajar di tempat Arqam. Dia adalah salah seorang 12 pelajar awal Yayasan Al Arqam. 1 batch dengan Syh Fakhrur dan Syh Nizam. Hinggalah bila abg Akub sertai Al Arqam, dia mula buat perubahan dan mengajak ahli keluarga membuat perubahan diri agar lebih bersyariat di dalam kehidupan. Menghantar majalah-majalah Al Arqam ke kampung, bercerita tentang perkembangan jemaah, kehebatan Abuya dan Saidi Syeikh. Akhirnya mengajak anjang ke Kursus Kefahaman Islam di Sg Penchala.

Ringkasnya, akhirnya anjang berpeluang belajar di Yayasan Al Arqam Alai, Melaka. Kalau tak silap mudirnya Us Rashid Keramat, dia mengajar tafsir, kitab Jalalain. Guru-guru yang lain ramai, Us Solehuddin Ghazali ajar khat dengan apa ntah, Us Rujhan ajar nahu, Us Ariffin (adik Abuya) ajar mutola’ah, Us Rashid Rasul ajar tajwid Us Mohd Noor, Us Kheiril Anuar Maaruf ajar silat. Us Zaki ajar Bahasa Arab rasanya. Banyak yang anjang lupa. Tapi anjang ingat sangatlah Syh Mustafa Khusaini ketika itu dipanggil Ust Mus. Kurus, tinggi lampai. Beliau muroqib kami. Selepas Asar hari apa ntah, anjang lupa ada kuliahnya tentang kehidupan sahabat-sahabat Rasulullah saw. Segar lagi dalam ingatan bagaimana Ust Mus ceritakan kisah Saiyidina Abu Bakar ra. Ceramahnya memang sedap, menarik hati.

Pernah suatu ketika, di tahun 1986 ada kuliah Syed Omar Idrus tentang ‘Alam Kerohanian’ di Kuala Terengganu, anjang ketika itu timbalan ketua usrah dapat peluang pergi ke sana. Van dipandu bergilir-gilir antara Ust Mus dan Ust Zaki. Ketika itu mereka masih muda belia. Punyalah laju mereka pandu. Macam Fomula 1. Lalu jalan Mancis yang berliku-liku, macam ular kena palu. Selamba je mereka lipat. Bagi anak kampung macam anjang, dapat ke KT dah besar sangat nikmatnya. Jauh perjalanan, luas pandangan.

Syh Mustafa ni adalah batch pertama Qismu Dakwah Sg Penchala 1978 yang belajar direct dengan Abuya. Anjang baru 8 tahun. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Rasanya sekali dengan Syh Nasir ra, Abg Al, Ust Sobri Ghani, Ust Wan Arifin (bapa mentua anjang tapi tak sempat jumpa sebagai bapa mentua sebab jadi menantu ketika dia dah pergi…Al Fatihah) Abg Syh Jaafar, Zulkefli pun 1 kelas dengan mereka. Termasuk Dr Nordin rasanya. Tapi Sy Nasir dapat peluang yang berbeza, ketika itu umurnya dalam 15/16 tahun, Syh Aziz Ismail dah bawa dia ikut ceramah Abuya di merata Malaysia. Duduk di seat belakang. Rupanya sedang dilatih menjadi driver dan PA Abuya. Balik dari ceramah, esok paginya Abuya akan buat kelas dengan student Qismu Dakwah ni.

Sebab itu pelajar-pelajar ini majoritinya pandai berceramah termasuk Syh Mus kita. Mereka semua juga pakar direct selling. Jual paper. Sampai naik flight KL-Kelantan harga pelajar, kerana jual paper Arqam. Power tuuu. Korang jual apa? Naik apa? ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ .

Di awal penerokaan Sabah Sarawak, Us Mus antara yang dihantar ke Sarawak. Sebagai muballigh di Sarawak tentulah banyak pengalaman beliau, sayang tak sempat anjang bertanya. Lama rasanya dia di Sarawak. Di era Rufaqa’ banyak berkhidmat membantu kafe Abuya di BCH. Sangat sopan dan lemah lembut melayan pelanggan. Tawadhu’nya ketara. Walaupun anjang hanyalah anak muridnya. Suka speeking Jawa dengan anjang, kerana dia Jawa Perak. anjang bukan faham pun. Dah nipis jawa anjang ni.

Lama menderita sakit kencing manis. Akhirnya ketentuan Tuhan pun tiba dan ia belum berakhir sebenarnya, Syh Mus pergi meninggalkan kita semua ketika bertugas di Sarawak. Ia baru permulaan pengambaraan Syh Mus yang lebih jauh lagi. Mudah-mudahan Syh Mus diterima Allah sebagai orang-orang Tuhan. Sebagai pejuang agamaNya. Berjasa untuk kebangkitan Islam kali ke 2. Lalu diselamatkan dari siksa kubur dan azab neraka berkat Mursyidnya.

Belasungkawa Buat Syh Mustafa Khusaini… Al Fatehah

Jadikanlah hati kami mengenang-ngenangkankan kematian setiap saat,

dengan penuh gentar padaMu.

Syh Abd Wahab’s Suluk Room, Jerash.

7.25am, Apr 27, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Ingati mati mampu tingkat kesihatan

2012/04/22

Cara terbaik bina keinsafan diri, tanam sikap positif

WASHINGTON: Mengingati mati adalah cara terbaik dan paling mudah untuk membina keinsafan selain menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang. Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula keutamaan matlamat dan nilai hidup. Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai kematian seperti berjalan berhampiran kawasan perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, kata pakar psikologi.

Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan keinginan melakukan keganasan tetapi jarang menyelongkar faedah mengingati kematian.

“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial.

“Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat bagaimana mengingati kematian boleh memberi motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain serta menggalakkan orang ramai berkelakuan baik,” kata ketua penulis kajian, Kenneth Vail, dari Universiti Missouri.

Kajian disiarkan dalam edisi online Personality and Social Psychology Review bulan ini.

Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan perkuburan mendorong individu membantu orang asing.

“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran mengenai kematian akan memberi motivasi dalam meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” kata Vail.

Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui kawasan itu.

Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan orang ramai mengenai nilai membantu orang lain atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya.

Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan bagaimana orang ramai membantu orang asing.

“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri utama, bilangan orang ramai yang membantu orang tidak dikenali 40 peratus lebih baik di kawasan perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” katanya.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. – Agensi

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Belasungkawa Buat Syh Mustafa Khusaini***

  • April 29, 2012 at 3:20 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Apa khabar Ustadz Anjang???.Ana harap Ustadz berada dalam keadaan sihat & walafiat di samping isteri3 & anak15,insya’Allah.WAH!!!.Ustadz ada ramai guru,Alhamdulillah,Masha’Allah.Ana tak ada yang khusus,kechuali ABUYA,itu pun melalui buku2 & hati.Kalau ke masjid2 di S’pura,dari kuliah Maghrib hingga ke kuliah lepas Ishak & di ikuti dengan syarahan2 di penghujung bulan.Itu aje.
    Menjaga Sunnah dalam segala aspeck kehidupan boleh menjaga kesihatan kita,terutama dalam bab MAKAN.Menyandu,menyandu jugak,tapi jangan lah menyandu tajaan YAHUDI.HEHEHE.Allah memang benci perbuatan makruh ni.Asal usul benih pokok tembakau adalah dari najis IBLIS {laknatullah}.Kita cuma boleh usaha kepada yang baik.Yang lain tu,biarlah Allah menentukan.Mesti ada HIKMAH NYA,seperti apa yang Ustadz utarakan diatas.Kadang2,ikut punya ikut pun tak menjadi.Ada sakit tu,ada sakit ni.Macam tak percaya.REDHA aje & cari penawar seperti yang disabdakan oleh Nabi {SAW},”Semua sakit ada penawar kechuali tua”, & “Janganlah sampai melarat”.Kalau ada orang jaga tak pe & yang jaga sama2 REDHA,Masha’Allah.
    SAKIT ni sebenarnya RAHMAT.Allah mengangkat dosa pesakit,dosa ibu bapa,dosa generasi yang lalu.Dan jika dia bersalam salaman dengan orang lain,boleh jadi PENEBUS DOSA seperti seorang Ustadz di S’pura.Madang sakit aje.Selalu MISS kelas pengajian dia.Dia RUB juga.”Tak pe”, dia ujar,”jadi penebus”,Masha’Allah.
    Ada sebuah hadis,”Allah lebih mecintai muslim yang MUDA, tapi ingat MATI”.Ana jumpa hadis ni sebelum masuk jemaah Arqam & selepas/sebelum mimpi tentang “mati” yang ana pernah cerita,ana RASA yang ABUYA lah jawapan dia.
    Sangat dianjurkan dalam Islam untuk menziarahi tanah perkuburan.Boleh memberi kesedaran/peringatan kerana hidup ni sementara aje,seperti sabda Nabi {SAW},”Ibarat berteduh di bawah pokok yang rendang”.Boleh memupuk disiplin diri kepada kebaikkan,amar maa’ruf & nahi mungkar,nasihat menasihati,insya’Allah.
    Mari kita bersama sama hadiahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Ustadz Mustapha Khusaini.SSS dari ana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *