***Generasi Harapan di Iftitah Mat’am Nur Muhammad, Irbid***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Malam tadi, semasa balik dari Mecca Mall usai show GH di hadapan berbagai golongan pengunjung mall dan tetamu, anjang tumpang cooster yang bawa anak-anak ke Jerash. Driver cooster membuat permintaan nasyid. Mamad berseloroh, berapa dia nak bayar? Pastu Mamad demand JD20 satu lagu. Dia kata ok, cuma kalau tak sedap, kamu bayar pada aku JD20. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Pastu yang tentukan sedap atau tak dia. Begitu mesra driver dan anak-anak ni. Anjang amik kesempatan, minta satu nasyid, ‘menunggu janji’ dan Mamad yang tak jual mahal tunaikan.

14hb 5, kalau GH tak datang, hilanglah seri dan kurang keberkatan Perasmian Mat’am Nur Muhammad, Irbid. Tak kan nak suruh abg Bah Nasyid, dia sibuk mengatur susun anak-anak di sini. Jaeid, tak boleh gak, sibuk dengan Khubaib di meja VIP, tu pun slow servis dia sebab ruang terlalu sempit untuk dia bergerak. Nasib baik tenang dan tak gabra. Faah, Khunais, Darda’, Syuk, Aufa, Mus hatta Hazim, vokalis Syria, ada tugas masing-masing. GH lah yang paling tepat memberi makanan roh kepada tetamu yang datang.

Terima kasih tak terhingga kepada RSA kerana dengan berkat dan karamah mereka, majlis perasmian satu lagi rangkaian pernagaan GISB iaitu Mat’am Nur Muhammad oleh En Muhammad Shoha, Ketua Dewan Perniagaan Irbid di hadapan isteri Menteri Awqaf Jordan, Ummu Anas dan lebih 200 orang tetamu.

En Muhammad atau Abu Asyraf dalam ucapan perasmiannya, setelah mengalu-alukan kehadiran Ummu Anas selaku isteri Menteri Kabinet Jordan berterus terang melahirkan rasa gembira dengan cawangan terbaru perniagaan GISB yang menaiktarafkan Irbid seolah-olah setanding dengan lain-lain rangkaian restoran GISB di seluruh dunia seperti di Jerash, Mekah, Madinah, Cairo, Perancis, Frankfurt, London, Australia dan lain-lain.Lebih-lebih lagi restoran ini menggunakan nama Nur Muhammad yang merupakan sumber segala cahaya. Darinya datang segala kebaikan dan keberkatan. Abu Asyraf bukan sahaja membawa jurugambar khas dari Dewan Perniagaan Irbid untuk memuatkan liputan perasmian Mat’am Nur Muhammad, malah menghadiahkan sejambak bunga sempena majlis yang mulia ini.

Dengan dimeriahkan oleh alunan nasyid dari kumpulan Generasi Harapan yang didatangkan khas dari Jerash suasana menjadi lebih menarik persembahan penuh bertenaga dan menggetarkan roh. Bukan sedikit di kalangan tetamu yang merakamkan show yang dipersembahkan. Semua tak tau apa yang ada dihati anak-anak GH yang sebenarnya sedang sangat bimbang kehilangan ‘keyboard’ yang tertinggal di kereta yang mereka tumpang. Anjang pun tak tau yang mereka gunakan keybod yang dipinjamkan oleh seorang student di sini. Hangit ‘hantar power’.

Keyboard tu di beli pd tahun 2003 waktu tu harganya dlm RM5K. Pada tahun 2005@06, dibawa ke jordan, sampai di airpot kena tahan, katanya keyboard ni tak leh masuk sebab model tu tak de lagi di Jordan. Ketika di survey harganya di sini dalam JD1,800K. Hasil merintih, menangis, hantar power anak-anak di jerash, esoknya Allah pulangkan balik keyboard tu. Untuk Islam.

Setelah menerangkan kepada Abu Asyraf dan mudirnya, Abu Muhammad mengenai Abuya, khasnya semua nasyid yang dipersembahkan adalah dari sajak-sajak Abuya yang berjumlah lebih 5000 buah, mereka kelihatan sangat terharu. Abu Muhammad yang juga bekas tentera yang anti Amerika dan yahudi sangat gembira kerana Abuya melaksanakan sunnah dengan beristeri empat dan anak-anak dari satu ayah berlainan ibu ini mampu memberikan persembahan menarik.

Pelajar-pelajar Malaysia dan lain-lain pengunjung pula mengambil kesempatan menikmati ‘live show’ dari GH. Selama ini mereka kenal malah membesar dengan nasyid-nasyid Mawaddah, hari ini GH datang mengubat rindu mereka.

Ditambah dengan virasi makanan Malaysia yang sangat enak, mereka berulang kali mengucapkan terima kasih dan teruja dengan nasi ayam, nasi putih, ayam masak lemak cili api,rendang daging, ikan sambal, soto, kuah kacang, karipap, buah-buahan, kek sebesar meja,diberi potongan yang besar-besar pula dan air. Yang penting semuanya sangat sedap dan menyelerakan lebih-lebih lagi diberi percuma secara buffet. Cuma adalah yang jaga di meja. Si Hazim, supaya dapat mencedok kadar yang sesuai dengan saiz pinggan. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ

Layanan mesra dari ibu-ibu zon yang ada di sini menambah eratkan hubungan kita dengan warga pelajar di Irbid. Bagi siswa-siswa kursus perubatan tahun akhir Universiti Teknologi Jordan, inilah saat yang mengembirakan mereka kerana diraikan sedangkan mereka sedang sibuk dengan tekanan musim peperiksaan. Kira macam majlis ‘konvo muqaddam’ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ . Rugi sapa-sapa tak datang. Kesian Atiq yang ada urusan, datang dah lewat sangat.

Hidangan VIP bertaraf 5 bintang pula membuatkan tuan kedai yang kadang-kadang agak acuh tak acuh dengan kita, tertanya-tanya siapa di sebalik Nur Muhammad sebenarnya. Ketika menjamu selera, Ummu Anas mengambil kesempatan menerangkan lebih lanjut mengenai Abuya dan perlaksanaan Islam secara syumul oleh Abuya kepada Abu Asyraf dan Abu Muhammad. Tetamu pula kelihatan gembira kerana dapat bermesra dengan keluarga Abuya diketuai oleh Ibu Atiyyah dan adik-adik dari 4 ibu. Semoga dengan adanya projek RSA di Irbid ini, seluruh golongan masyarakat akan dapat dibawa kepada Tuhan dan dikembalikan kepada Rasulullah saw dan pejuang-pejuangnya dilayakkan kekal bersama pimpinan RSA dan jemaah kebenaran akhir zaman. Terima kasih RSA. Terima kasih GH. Terima kasih kepada semua staf dan ibu-ibu yang membantu juga para pengunjung yang memeriahkan program ini. Allah lah yang akan membalas jasa-jasa kalian.

Bilik suluk, Villa GI, Irbid.
11.54am, Mei 17, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

  • iftittahnurmuhammad (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Generasi Harapan di Iftitah Mat’am Nur Muhammad, Irbid***

  • May 20, 2012 at 2:10 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,”KEK SEBESAR MEJA”.Masha’Allah.Tergelak ana.Mujur selepas Ishak baru ana baca.Kalau tidak,terbawak bawak dalam solat nanti.HEHEHE.
    Sebenarnya,ana ni pemalu.Pemalu sangat.Tak tahu campur orang.Tak tahu ramah tamah.Tak de hidung,tak de mata loh.Kalau masuk majlis kenduri sebiji macam Mr Bean.Kalau masuk majlis Aurad,dua biji macam penyu selat.Sehingga orang nak berdiri sebelah ana ketika nak solat pun takut.Nak duduk sebelah ana di majlis aurad pun takut.Tak tahu kenapa.
    Dulu waktu bujang,kalau ada tetamu datang,rasa macam nak cabut lari.Mujur tak ada pintu belakang {rumah pangsa/flat}.Kena RUB dengan Ummi,”rezki lari tau”.Tukar pulak tactics.Tamu datang,bersalam salaman,lepas tu ghaib ke bilik bujang.HEHEHE.Pesan pulak dengan Ummi,”kalau dorang dah nak belah,kasi tahu”.HEHEHE.Sampai lah sekarang.Sejak dulu dah macam gitu lah,Ustadz.Cam ne ni???.Pendek cerita,”inferiority complex”.
    Kalau sekiranya di izinkan Allah Azza Wajallah ana ke sana,ana ingin sangat berkhidmat sebagai PEMBERSIH lah.Sapu menyapu daun2,sampah & habuk.Mop2 & scrubbing batu2 lantai,hijet & bersihkan cermin,insya’Allah.Dan kalau tak ada apa2 masa’alah,ana ingin juga bawa 3 kucing ana ke sana lah.
    Ana pun tak ada rupa lah Ustadz.Dah lah muka macam kereta kebal Taliban {dengan penuh bedilan},juling sebelah mata & jongang satu gigi.Dulu ada tahi lalat di sebelah kiri atas dagu.Dah ghaib dah.Tak tahu mana pergi kawan tu.Kalau tak,manis sedikit,macam Ramlee P.Jenis PJD {perut jalan dulu} tau.Cam ne ni???.MALU AH.Tapi Alhamdulillah.Kesihatan ada jaga,insya’Allah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • May 21, 2012 at 8:53 am
    Permalink

    Rsa tlg permudahkan segala urusan di irbit,utk kemenangan islam..mudahan kmi juga akan dpt ke sna…… atk

    Reply
  • May 22, 2012 at 1:01 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,kalau lah ana tak selak & gunting KENING ana pada tiap2 Hari Khamis & Ahad,dah macam SAYIDI dah {kening aje macam,yang lain tak tau}.HEHEHE.Umur nak masuk 48,macam 84 loh!!!.Jiran sebelah {₩¥%§%¥₩ punya owang sebelah-bukan script Nike Aziz,script Masam2 Manis lah} ingatkan ana ni Bapak & Bapak ana tu anak.Kelakar ke apa.Ana sekilas pandang tahu membezakan antara anak2 dari menantu2 dia {makan benda TU banyak sangat agaknya}.HEHEHE.
    Ada yang lebih kurang sebaya umur dengan ana atau lebih tua dari ana panggil ana,”uncle” atau,”pakchik”.Ana senyum KUDA aje {dalam hati macam nak pencak aje}.HEHEHE.Tapi,hingga sekarang,belum ada panggilan,”WAK” tau.Setakat bahasa pasar atau bahasa ROCKERS,tu biasa2 aje.Tapi benar2 jatuh makam “WAK”,belum.HEHEHE.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *