***li yaqul kullun ma syaa an yaqul***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Tunggulah, kamu tak akan rugi walau sesaat. Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang menunggu-nunggu janjiMu. Jangan jadikan kami orang yang berputus asa dari rahmatMu. Malanglah orang yang tak tau menau tentang janji Tuhan untuk umat Islam di akhir zaman, lalu tidak terlibat langsung menagih janji Tuhan. Lebih-lebih lagi rugi bagi mereka yang telah direzkikan kebenaran di akhir zaman tetapi tak pandai mensyukurinya, lalu keluar meninggalkan jemaah. Berganda-ganda lagi malang dan rugi jika meninggalkan kebenaran kerana maslahahnya tak diperolehi lalu menghina jemaah sesuka hati. Allahummahdi qaumi fainnahum…. Dalam perjuangan kebenaran, kamu diperkenalkan siapa kawan, siapa musuh. Berapa kategori musuh, bagaimana berhadapan dengan setiap kategori musuh. Malah rahsia-rahsia strategi musuh dibuka sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Itulah yang berlaku. Tapi bila berlaku kepincangan dalam masyarakat, maka ditanya pendapat kepada semua orang tanpa melihat latarbelakang masing-masing, lihatkan keperlbagaian jawapan, yang belum tentu kebenarannya.

Kamu tak akan dapati satu pun dari jawapan mereka mengatakan inilah wajah akhir zaman. Orang-orang Islam akan mengikut yahudi sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hingga kalau mereka masuk lobang dhab pun nescaya umat Islam akan mengikutinya. Kamu juga tak akan jumpa mereka membaca ayat Quran yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan redha kepada kamu yahudi dan nasrani hingga kamu mengikut cara hidup mereka.” Dua perkara besar yang dilakukan oleh yahudi untuk melemahkan umat Islam yang jarang dihighlightkan ialah: 1.Memisahkan umat Islam dari persoalan roh, kepercayaan kepada alam ghaib, dari bantuan-bantuan Tuhan secara luar biasa, mukjizat, karamah, ma’unah, barakah, tawassul. Mereka cipta mazhab wahabi untuk menyerang Islam dari dalam. Di tanam dalam pemikiran umat Islam, yang ghaib itulah hantu, momok, syaitan. Boleh bawa syirik kononnya. Disembunyikan rijal-rijal, roh-roh suci, malaikat dan lain-lain kekuatan berbentuk roh. 2.Menyembunyikan seks halal yang indah. Mempertikaikan poligami yang jelas halal. Memandang hina mereka yang beranak ramai. Dalam masa yang sama, menaja seks haram. Seks bebas. Secara tersusun dan sisitematik. Beribu-ribu anak haram lahir setiap tahun, tak sapa peduli. Sebab itu apabila muncul TVRSA – Saluran Roh Suci dan Seks Suci Islam, sudah tentulah yahudi paling tercabar. Anak-anak murid yahudi paling kuat menentang. Samada sedar atau di bawah paras sedar. Katakanlah apa yang kalian ingin katakan, yang benar tetap benar walau satu dunia menentangnya. Ok, korang dah buat apa untuk TVRSA kali ni? Jumpa lagi. Bilik Suluk, Villa GI Irbid, Jordan 6.59pm, Mei 18, 2012 Anjangmuor.wordpress.com KOSMO 25 April 2012 “Pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan menjadi penyebab kepada masalah ini, jadi jaga tingkah laku anda” Ridza Azzurra “Faktor umur dan tahap kematangan remaja menyebabkan mereka terbabit dalam jenayah seksual” Mohd Radzi Ramli “Gadis remaja hendaklah menjaga penampilan dan pemakaian mereka bagi menghindarkan diri daripada menjadi mangsa” Mohammad Shukur “Berikan didikan agama yang mencukupi kepada gadis remaja bagi mengelakkan mereka terjebak dengan pelbagai aktiviti tidak sihat yang menjurus kepada jenayah seksual” Que Nur Are Liff “Minta pihak berkuasa mengenakan hukuman lebih berkuasa mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah jenayah seksual dalam kalangan remaja” Arif Ief U’c “Gadis remaja diingatkan agar tidak terjebak dengan gejala sosial yang menjadi antara penyumbang kepada jenayah seksual.” Mohammad Sharul Acai “Pantau dengan siapa anak-anak gadis kita berkawan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.” Davis Kimend “Ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak-anak gadis mereka demi keselamatan.” Zuriman Zakari

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***li yaqul kullun ma syaa an yaqul***

  • May 22, 2012 at 1:45 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,tukilan ini ana “pinjam” dari Nur Muhammad’s Buletin yang bertajuk,”Mengiringi Kelahiran Yang Agung” yang ana post tapi GHAIB.Dengan peristiwa “semalam”,dah hampir 18 posts GHAIB.Tak tahu kenapa.Mungkin “di gam” di sebelah moderator/administrator atau masa’alah WP/GRAVATAR.COM.Kalau senang,insya’Allah,boleh lah ana semak semula & exercise ibu jari.
    Pada hemat,pandangan & pendirian ana,nikmat yang paling AGUNG adalah kita dilahirkan dalam RAHIM IBU ISLAMIAH.Syukur Alhamdulillah YA RABB.Subhanallah.Pendidikkan kita sejak kechil hinggalah sekarang dalam lingkungan ISLAMIAH juga.Walaupun terdedah dengan sekularisme dan ukhrawi yang “tercemar & dipantau”,KEBENARAN DI ATAS NUR MUHAMMAD {SAW} tetap dapat menyisip dicela cela dada hingga ke HATI sejak muda2 lagi.KEBERKATAN dari DOA2 ibubapa,muslimin & muslimat & seruan,ajakkan & panggilan ABUYA.Terima Kasih Ya Abuya,Terima Kasih Ya Sayidi & Terima Kasih Ya Rasulullah {SAW}.
    Kita sama2 sebagai jemaah berikhtiar lah untuk KESUDAHAN HUSNUL KHATIMAH dengan garis panduan & telunjuk RSA.Kita dizahirkan untuk perjuangan akhir zaman ini.Ini lah yang kita cari2-kenapa & tujuan apa kita dilahirkan {selain mengenal Sang Pencipta & Amar Ma’ruf & Nahi Mungkar}.Yang Terpilih Sahaja.
    Ya Allah,YANG,pandu lah kami ke matlamat ini dengan berkat Kekasih Mu,Nabi Muhammad {SAW},Imamul Mahdi & Mursyid kami,Abuya Ashaari Muhammad As Suhaimi At Tamimi.Amin,Amin Ya Rabbul Alamin.Syukran,Selawat & Salam dari ana,Jahfar Said Mohamed.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *