***Bertaubatlah diri!! jangan putus asa!***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Image Salam ceria. Bangun tidur, hati ini selalu menyesal. Menyesal semalam yang ku sia-siakan. Hari semalam yang tidak akan kembali selama-lamanya. Sepanjang hidupku selepas ini. Tetapi penuh dengan dosa-dosa. Kurang dengan kebajikan. Rasanya tanpa kebajikan. Walau sedikit. Kerana ‘huzuzun nafsi’ masih banyak. Lintasan-lintasan sentiasa menganggu. Sedangkan usia yang berlalu terlalu banyak. Baki umur belumku tahu. Berjanji untuk tidak terlibat dengan dosa. Tapi, alangkah malangnya, di penghujung hari… Aku gagal lagi.

Hari ni dapat berita kematian Hj Ismail. Adik Ibu Mak Pah ra. Kematian yang indah. Kematian seorang murid yang taat kepada mursyidnya, mengheret jasadnya yang sakit, menyahut panggilan Haramain. Datang, setelah berkorban habis-habisan selama ini membangunkan Islam di Phuket, bersama kakaknya Ibu Mak Pah 77 tahun, yang sangat berjasa. Akhirnya sampai ke istana RSA di Mekah al Mukarramah. Di usianya ke 66 tahun, masih berpencak bersama jemaah di musolla istana. Taat setaat-taatnya. Akhir umurnya, tidur yang selama ini adalah mati yang sementara rupanya menjadi tidur yang terakhir kerana rohnya terus menuju kampung abadi. Bertemu roh Rasulullah saw dan para rijal. Beruntungnya beliau…

Ya, kematian akan datang menemuiku. Entah di mana? Entah bila? Sedangkan sembahyangku tak khusyu’, kalau solatku belum tentu diterima, dalam solatku masih membesarkan selain Allah, haqqan aku seorang yang berdosa.

Bumi mana yang tak ditimpa hujan?!

Setiap anak Adam adalah pesalah-pesalah. Dan sebaik-baik orang yang bersalah, orang yang bertaubat…

Suatu masa ada seorang badwi datang kepada Sayidina Ali ra dan bertanya,

‘Wahai Ali, aku ini banyak membuat dosa, apa perlu aku buat ?’.

Jwb sayyidina Ali, ‘Bertaubatlah!’.

Dengan gembira si badwi itu pun beredar. Selang beberapa hari dia datang kembali kepada Saiyidina Ali bertanya lagi.

‘Aku berbuat dosa lagi, apa perlu aku buat…?’.

Jawab Sayidina Ali, ‘Bertaubatlah….!’.

Si Badwi itu termenung sebentar, tetapi sayidina Ali segera memberi isyarat dan memberi semangat kepadanya. Merasa puas dengan jawapan itu, lalu ia beredar.

/p>

Selepas beberapa minggu si badwi itu tiba-tiba muncul kembali mengadap Sayidina Ali ra. Lalu dia bertanya lagi sekali soalan yang sama seperti sebelumnya. Dengan tenang Sayidina Ali menjawab, jawapan yang sama seperti dahulu. Kerana tiada jawapan lain yang diberi dia beredar dengan keadaan sedikit kecewa.

Namun belumpun jauh dia beredar, dia berpatah balik kepada Sayidina Ali lalu bertanya,

‘Sampai bila perlu untuk aku berbuat dosa…, kemudian taubat lagi….?’.

Lalu Sayidina Ali menjawab, ‘…..sampai yang putus asa adalah syaitan.., bukan kamu!!’.

Beberapa tahun selepas itu Sayidina Ali ra terjumpa semula badwi tersebut dan dia sudah pun menjadi tabiin yang sangat soleh.

Uhibbus solihina wa lastu minhum….

Ampun maaf.

Musolla GI Irbid, Jordan.

6.18pm, Mei 22, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Bertaubatlah diri!! jangan putus asa!***

  • May 25, 2012 at 3:51 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,Semua bentuk amalan dari Rukun Islam ke 3 hingga ke 5 ada KAFFARAH.Waima,mengucap dalam sakratal maut pun boleh di lafazkan dalam 3 cara & disunnahkan kalau kita lafaz atau dengar KALIMAH TAUHID,ditegakkan jari telunjuk.Satu Latihan,insya’Allah.Semua ada KAFFARAH,kechuali Solat,kechuali Solat,kechuali Solat.Ada banyak rahsia lah dalam solat.
    Tentang TAUBAH ni,jawapan dia adalah dari Saidinah Ali {RAKW} kepada si hamba yang berdosa tu tadi.
    Kita ada SERIBU SATU macam kebajikan untuk kita “tebus” solat kita yang kurang/tanpa khusuk tadi.20% dalam 4 rakaat selama 8 minit tu pun payah {9.6 saat}.Mungkin dalam rakaat pertama,OK aje.Rukuk/Sujud dah ke Barcelona.Alamak.Tarik Balik.Ini tak boleh jadi ni.Tarik Balik.Tengah2 ,pergi ke Pasar Giant pulak.Lepas tu OK OK lah.Tengah Attahiyat,BABY PRITI {cat no 3},pulak MENGEOW.AI SE MEN.Selazimnya,AlFatihah & Attahiyat nak kena jaga2,insya’Allah.
    Dalam KUBUR pun boleh ada KAFFARAH.Ada riwayat tentang anak2 murid Sheikh Abdul Qadir Jailani & Imam Mazhab Ghazali Shafie melalui mimpi.
    Dalam keadaan BERPUASA,khususnya pada Solat Luhur & Asar pun boleh.Ini MELAYANG HABIS.Sedap tapi TAKUT tau.HEHEHE.
    Atau AZAN 7 KALI {nanti bilal resign pulak}.TUTUP MATA,dorang cakap MAKRUH.Boleh pergi ni,seperti dalam keadaan duduk ketika AURAD.Itu sebab ada orang “selubung” dengan kain.Kes besar di seberang selat.Jemaah ini yang bantu ana & orang rumah pindah dari kedai runcit Bedok Reservoir Road ke Jalan Minyak.7 orang kejar SATU cat,Intan Baiduri.Masha’Allah.HEHEHE.
    Allah mafhum,”PANDANGLAH AKU”.Subhanallah.
    Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *