***Panggilan Haramain iii- Pilunya Sejarah Uhud***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Bumi Madinah, bumi yang sangat berkat. Padanya dimaqamkan jasad Rasulullah saw yang sangat mulia. Di atasnya baginda pernah bergelanggang dengan para sahabat. Memperkenalkan Tuhan dan syariatNya. Sanggup, susah, payah, lapar, dahaga, miskin, dihina. Berperang demi aqidah. Sanggup mati terputus-putus anggota, bergelimpangan, berlumuran darah untuk Islam. Bukti perjuangan mereka ada hingga ke hari ini, antaranya Medan Uhud. Peperangan yang sangat memilukan bilamana baginda Rasulullah saw, cedera parah malah terjatuh di dalam sebuah lubang, merangkak keluar. Melarikan diri buat sementara ke celah gunung. Seorang Rasul, kekasih Allah yang sangat mulia. Di perlakukan begitu sekali. Siapa kita yang terlalu ‘mulia’ untuk menolak ujian dan penghinaan? Ia amat perit tetapi sangat perlu bagi diri kita sebagai hamba. Mari kita tinjau sejarahnya. 

Permusuhan antara orang Quraisy Mekah dan orang Islam tidak berakhir selepas Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah. Selepas perang Badar, terjadi Perang Uhud yang merupakan peperangan kedua dalam sejarah Islam iaitu pada tahun ke-3 Hijrah di pinggir Bukit Uhud. Tentera Islam dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad saw dan tentera Quraisy diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb. Punca utama yang mencetuskan peperangan ini ialah perasaan marah dan dendam kaum musyrikin Quraisy yang telah dikalahkan oleh tentera Islam dalam Perang Badar. Mereka berasa sangat terhina kerana tentera Islam yang kecil bilangannya, kurang kelengkapan berjaya mengalahkan mereka pemuka-pemuka Arab yang terkenal gagah berani. 

Bilangan kaum musyrikin Quraisy seramai 3000 orang tentera termasuk 3000 ekor unta, 700 tentera berbaju besi, 200 ekor kuda dangan ketua pasukan berkuda Khalid al-Walid, pasukan pemuzik dan pasukan kaum wanita yang berjumlah 15 orang bergerak menuju ke Madinah. Mendengar persiapan orang Quraisy itu, Nabi Muhammad saw telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk melindungi kota Madinah.

Cadangan baginda untuk bertahan dalam Kota Madinah disokong oleh Abdullah bin Ubay tetapi dengan niat yang berbeza. Bagaimanapun, golongan muda bersemangat untuk menghadapi kafir musyrikin di luar kota. Ramai di kalangan mereka tidak berpeluang berperang di Medan Badar lalu baginda bersetuju untuk berperang di luar kota Madinah.

Angkatan tentera Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad saw hanya berjumlah 1000 orang yang dibahagikan kepada tiga batalion. 

1-Batalion Muhajirin diketuai oleh Mus’ab bin Umair.

2-Batalion Aus diketuai oleh Usaid bin Hudair.

3-Batalion Khazraj dipimpin oleh Al Habbab bin Al Munzir.

Di dalam perjalanan, Abdullah bin Ubay bapa munafik bersama 300 orang lagi telah keluar daripada barisan tentera dan pulang ke Madinah. Beginilah sikap orang munafik, umpama gunting dalam lipatan. Sangat menyusahkan. 

Pertempuran antara tentera Islam dan tentera musyrikin Quraisy meletus di pinggir Bukit Uhud. Pada awalnya, kemenangan berpihak kepada tentera Islam tetapi bilamana tentera Islam mengingkari arahan Rasulullah saw mereka mula menerima ujian besar. Pasukan pemanah meninggalkan kubu masing-masing untuk mengejar harta rampasan perang. Pada masa itu, Khalid Al Walid mengambil kesempatan mengumpul pasukan berkudanya dan menyerang dengan pantas untuk merampas kubu pertahanan pasukan pemanah tentera Islam. Ramai sahabat Nabi Muhammad saw terkorban termasuk bapa saudara baginda, Saiyidina Hamzah ra

Detail suasana cemas itu boleh kita lihat begini; Mus’ab Bin Umair ditugaskan memegang panji-panji Islam dalam Perang Uhud. Dalam perang itu, beliau berlawan dengan seorang tentera Quraisy iaitu Ibnu Qami’ah. Mus’ab memegang bendera dengan tangan kanan dan senjatanya di tangan kiri. Dalam pertarungan yang sengit, tetak-menetak dan libas-melibas pedang, Ibnu Qami’ah dapat menetak tangan kanan Mus’ab sehingga putus. Mus’ab lantas mencampakkan pedang yang berada di tangan kirinya dan segera menyambut bendera Islam yang hampir jatuh.

Ibnu Qami’ah menetak pula tangan kiri Mus’ab dan bendera itu jatuh ke tanah. Mus’ab merebahkan tubuhnya bagi melindungi bendera dan ketika itulah Ibnu Qami’ah menikamnya untuk menghantar Mus’ab ke syurga sebagai syahid. Ibnu Qami’ah menyangka Mus’ab adalah Rasulullah lantas dia menjerit berulang-ulang kali, “Muhammad sudahku bunuh.”

Apabila mendengar berita Rasulullah sudah terbunuh, tentera Islam menjadi lebih kelam-kabut dan kucar-kacir. Dalam suasana yang gawat dan genting itu, Rasulullah berteriak, “Marilah datang kepadaku. Aku adalah Rasulullah.”

Rasulullah tetap dengan keyakinannya, dia adalah Rasul. Baginda akan dibantu Allah. Begitu juga para sahabat besar tetap tak goyah keyakinan mereka. Teriakan Rasulullah menaikkan kembali semangat tentera Islam, tetapi dalam masa yang sama kedudukan Rasulullah juga terdedah kepada musuh. Ketika itulah tentera Quraisy meluru dan menyerbu untuk membunuh baginda. Para sahabat bermati-matian mempertahankan Rasulullah. Dalam keadaan genting itu, sebatang anak panah meluru laju ke wajah baginda lalu menembusi pipi baginda hingga terkena gigi seri di bahagian bawah sebelah kanan. Bibir baginda juga terluka.

Baginda yang cedera terkena panah hanya dilindungi oleh Saad Bin Abi Waqqas. Nahnu Fidaka ya Rasulallah!! Dalam kekalutan perang, seorang tentera Quraisy dapat mendekati Rasulullah lalu menghayunkan pedang kepada baginda lantas terkena pada dahi baginda. Kemudian, seorang lagi tentera musuh datang dan melibaskan pedangnya ke arah Rasulullah lalu mengenai baju besi baginda. Percikan api terhasil dari pertemuan dua besi. Sangat mengerikan. Pukulan berikutnya dihalakan ke arah bahagian kepala Rasulullah. Ketika itulah bahagian atas pipi baginda terkena tetakan pedang itu. Perisai muka dan penutup kepala baginda pecah. Bersama percikan api, serpihan besi perisai yang berterbangan itu menusuk pipi dan melekat di rahang baginda yang mulia. Darah mengalir dengan banyaknya. Ketika Rasulullah dibawa oleh sahabat berlindung di celah gunung, darah yang mengalir menitis jatuh ke batu gunung lantas dengan izin Allah batu di gunung Uhud menjerit berkata: ‘Wahai kekasih Allah, jika sudah tiada manusia yang mampu melindungimu, biar aku sahaja yang melindungimu.’ 

Terima kasih pada Syh Pak Nur yang membawa anjang, Syh Husin, Syh Zulhairi, Ibu Khaulah dan Husna ke sini. Ke belahan batu gunung, tempat Nabi berlindung lebih 1400 lalu. Rasa sebak di dada memikirkan pengorbanan seorang Rasul kepada umatnya demi sampai islam kepada kita. Ketika berziarah ke Jabal Rummah dan medan Uhud dengan Bonda UJ pada musim haji 2010, bonda dimuliakan dengan dengan pengalaman kerohanian dapat bertemu sendiri dengan roh Saiyidina Hamzah ra menceritakan bahaya cinta dunia, iktibar dari ma’rakah uhud.

1-Cinta dunia menyebabkan orang kafir sanggup berperang menentang Nabi saw, berlawan dengan kaum muslimin. Menentang Tuhan.

2-Cinta dunia pula menyebabkan kaum Muslimin sanggup engkar arahan Rasul, kekasih Allah.

Ingin anjang katakan:

1-Pada pejuang-pejuang dalil dan nas-nas semata-mata, Islam bukan untuk diamalkan dan diperjuangkan tetapi dijadi mental exercise semata-mata. Bagaimanakah keadaan kita ketika dalam kegawatan perang. Dalil mana yang boleh menyelamatkan kamu bila melihat pemimpin luka parah dipanah dan ditetak pedang? Nas mana yang boleh menyelamatkan kamu bila lihat pemimpin agung kamu merangkak keluar dari lobang dengan berlumuran darah? Hujjah mana yang boleh menyelamatkan kamu bila lihat pemimpin kamu seolah-olah melarikan diri dalam perang. Bukankah keyakinan di hati yang membuatkan mereka bermati-matian mempertahankan rasul? Bukankah keyakinan yang menyebabkan para sahabat bertahan? Keyakinan yang menyelamatkan kamu bukan semata-mata dalil… Mintalah kepada Tuhan iman dan keyakinan!

2-Kepada isteri-isteri pejuang yang sedih berpisah lama dengan suami, lihatlah kekasih Allah yang berjuang bermati-matian demi Islam. Sebagai manusia yang berperasaan, bagaimanakah perasaan isteri Mus’ab bin Umair bila melihat jasad suaminya yang terputus anggota berlumuran darah? Bagaimana isteri-isteri para sahabat melepaskan suami-suami mereka berperang setiap bulan di zaman Rasulullah saw? Keluar berperang berbulan-bulan lamanya di zaman sahabat. Pergi untuk mati.

Suami-suami kita masih dalam keadaan aman. Kadang-kadang je cemas dengan baladiyah. Selalunya tenang. Tenang memesin rumput di ladang kurma. Membersihkan pelepah-pelepah tamar kering. Mengumpulkannya lalu dibakar. Menggugurkan putik-putik kurma yang kecut kering. Menyarungkan gugusan buah tamar. Memastikan taliair tak tersumbat untuk mengalirkan air bergaram galian tinggi ke akar banir kurma. Menangkap ikan di sungai. Mengambil madu lebah yang bersarang di pelepah tamar. Setelah letih di ladang, berenang di kolam, melepaskan lelah. Janganlah tanya mereka, Ramadhan ni ulangtahun perkahwinan kita yang ke 4… Janganlah sibukkan mereka, birthday anak tak sambut ke bang? Orang pegi sana, tak nak balik-balik ke? Lagilah kalau bawa cerita Raya tahun ni macam mana ye, sapa nak bawa saya dan anak-anak balik kampung? Posa pun belum…”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ 

Terimalah hakikat, kita adalah pejuang, bukan rakyat Malaysia biasa. Kita nak mati sebagai Ikhwan atau Asoib bukan sebagai pencen NAVY, Cikgu, staf kerajaan mahupun swasta.

Ampunkan kami Rasulullah saw, hadiahkan kami rindu kekasihMu Ya Allah!!!

Tepi kolam renang, Mazra’ah RSA Madinah.

6.29am, Jun 5, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

5 thoughts on “***Panggilan Haramain iii- Pilunya Sejarah Uhud***

  • June 7, 2012 at 5:14 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Sambungan 2/2.Kalau tak silap,perjuangan Ustadz di tanah Irbid & Haramain atau di mana2 sekalipun,adalan JIHAD AMAN {Peaceful Jihad}.Kalau boleh,sekiranya seseorang di hantar ke Sabah untuk jangka masa 6 bulan & beliau ada 4 orang isteri,boleh lah bergilir gilir {1.5 bulan setiap seorang}.Boleh juga sang isteri menikmati suasana perjuangan yang berlainan adat resam & budaya rakyat tempatan & mengambil ikhtibar dari pengalaman tersebut,insya’Allah.Bangsa BANGLADESHI yang selalu ana lagau sering mengujar,”SAME SAME BUT DIFFERENT”.HEHEHE.Ini HAKIKAT.Memang ana mengaku yang CINTA UNTUK ALLAH adalah SELFISH.Kalau tak,tak boleh dapat loh.Macam ABUYA ada cakap,”MUSTAHIL”.Insya’Allah ada jalan keluar yang terbaik seperti,”Pandanglah kepada yang SATU,kita nampak SEMUA & pandanglah kepada yang SEMUA,kita tetap nampak yang SATU”,insya’Allah.Boleh juga kita rujuk kata2 pujangga dari Ummi Sheikh Abdul Qadir Jilani bila beliau minta izin untuk menimba ILMU di rantauan.TAKUT Ustadz,TAKUT.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • June 13, 2012 at 5:46 pm
    Permalink

    pencen navy sape. ust yaakob taat ke hehe

    Reply
    • June 13, 2012 at 5:57 pm
      Permalink

      Pencen navy ramai, Sy sarjan Omar, Us Najri dll. Us yacoub bukan navy. Dia org awam kerja tempat navy. Kerja di dock yart bahagian kewangan. Sekarang full time dgn GISB. Tq

      Reply
  • June 15, 2012 at 9:38 pm
    Permalink

    Sebak bila teringat akan sejarah Uhud.
    Btw, ketika berkunjung ke Uhud ingatkan boleh ziarah makam Sayidina Hamzah dari dekat. Yang konon tanah makamnya senantiasa basah karena darah masih mengalir. Rupa-rupanya dipagar dan hanya dapat melihat dari kejauhan.

    Salam rindu padamu wahai Sayidina Hamzah…

    Reply
  • February 20, 2014 at 9:37 am
    Permalink

    Subhanallahh….terkenang akan swaktu ana memanjat ke gua sempit di sana.. Hampir di muka..tercium bau harummm dibawa angin…Allah hurabbi..Ya Rasulullah….kasihmu kekal abadiii
    Segar dari titisan darah baginda. MasyaAllah….mengalir airmata darah sekalipun tak dpt apa kini…nawaitu tebal yg akan menjunjung. Baginda Saw….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *