***Kurma ‘Ajwah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Esok anjang akan ke villa, cukup seminggu di ladang. Banyak pengalaman di sini. Seronok dengan kawan-kawan yang hebat berjuang di sini. Sekali sekala bertambah seronok bila dikunjungi tetamu seperti kedatangan ym Sy Farul, Sy Faisal, Sy Maasom, Sy USu, Sy Johan. Petangnya pula datang Sy Lokman dan Sy Fadhil. Juga Dr Darlan dan Prof Kamsiah. Tetamu datang membawa rahmat, kepulangannya memberi pengampunan kepada pengguni ladang. Terima kasih Tuhan.

Ada pembaca blog anjang sebut, kurma ajwah yang anjang tunjukkan dalam gambar, menurut bapanya bukan kurma ‘ajwah. Kurma ‘ajwah sebenar sebesar sebelah tapak tangan. Sebelum menjawab soalan ini, anjang nak betulkan fakta yang anjang postkan sebelum ini, menurut Sy Raja, kurma ‘ajwah di ladang ini sebanyak 21 pokok. Berkenaan dengan saiznya, anjang bertanya Syh Pak Nur, supir rasmi GISB di Madinah. Punya pengalaman luas. Pengetahuan amnya tentang Madinah meyakinkan. Menurutnya, Kurma ‘Ajwah mempunyai 3 saiz: 
1.Besar hampir 1/2 sebelah tapak tangan. Yang ini yang dimaksudkan di dalam hadis, siapa memakan 7 biji darinya lenyap sihir-sihir yang dihantar padanya. 
2.Saiz sederhana 
3.Saiz kecil seperti di Ladang GISB. 
Anjang juga bertanya seorang pekerja dari Kasymir yang telah lama bekerja di ladang-ladang kurma sekitar Madinah. Arsyad namanya. Dia adalah jiran kita yang baik hati. Di sini kita berjiran dengan ramai orang Pakistan, India, Bangladesh. Mereka bekerja di ladang-ladang kurma, duduk di kediaman yang dhaif dengan bayaran gaji yang sederhana. Ketika kurma di ladang ini perlu dikahwinkan, seorang pekerja Abu Yasir, (tuan punya ladang) bernama Hakim, berasal dari Pakistan yang mengajarkan kita mengkahwinkan benih-benih kurma. GISB gajikannya selama sebulan. Ye, kurma pun kena kahwin bukan Faah dan Jaeid je. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ Beruntunglah Mujahid dan Faah, berkahwin di usia muda. Walaupun belum selesai semua ijraaat, tapi sudah bernikah. Menjadi tukang masak panas di Malaysia, tak la glamour sangat. Tapi menjadi tukang masak panas di satu-satunya Mat’am Malayzia di Irbid, Jordan, glamour apa? Tv Jordan pun datang shoot la. Jaga hati…jaga hati… Hati adalah pandangan Allah dan nilaian mursyid. Kembali kepada Arsyad. Dia ajarkan, kurma ajwah dan syafawi kena diikat pelepah yang menampung tandannya kerana sangat berat, boleh patah. Dia ajar kami cara mengikatnya. Selamba je memanjat pohon kurma yang berduri tajam dan bisa di pelepahnya, berkaki ayam dengan ‘kurta’nya. Arsyad juga mengajar bagaimana membungkus gugusan buah kurma. Pendek kata, dia faham tentang kurma di lapangan, turun padang, bukan teori je. Anjang tanya dia tentang kurma ‘ajwah ni. Dia kata, yang sebenar-benar kurma ‘ajwa, asli, sedap, harga mahal, teksturnya sangat baik itulah yang di ladang GISB dan seumpamanya iaitu yang saiz kecil. Yang besar itu dah dikahwinkan dengan benih lain. Wallahu a’lam, pendapat siapa yang paling mendekati kebenaran.
Di ceritakan pada suatu hari Rasulullah saw sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh baginda.
Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah saw merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah swt supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayanganNya berbuka puasa, lalu Allah swt yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah saw berbuka puasa.
Biji buah kurma tersebut kemudiannya ditanam oleh Rasulullah saw. Bermula dari peristiwa itulah pokok kurma ‘Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Disebutkan kurma ‘Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah. Wallahu a’lam.
Jadi ‘Ajwa ni kawan-kawan, sejenis kurma berbentuk hampir bulat dan agak kecil dengan warna kehitaman selain teksturnya tebal lembut dan kering. Rasa manisya sedap, tidak memeritkan tekak. Syh Lutfi tentu kenal benar kerana dia biasa menjadi taukeh kurma di bulan Ramadhan ataupun Syh Faiz.
Diantara kelebihan memakan buah kurma ialah ia menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai. 
Sabda Rasullullah saw.: “Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.”  Diriwayatkan oleh imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud.
Sabda Rasulullah saw: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ada juga kajian mengatakan kurma mempunyai khasiat perubatan yang lain seperti meningkatkan kadar gula dalam darah darah dan mengubati katarak pada mata dengan memakan paling sedikit 3 biji buah kurma selama beberapa bulan.
Kurma memiliki banyak khasiat yang baik bagi kesihatan kerana memiliki kandungan vitamin A, kalsium dan besi yang tinggi. Sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan karbohidrat dan gula (glucose) yang sememangnya banyak terkandung dalam buah kurma. Pada kurma selain rasa manis juga mengandung karbohidrat yang mudah dicerna tubuh. Oleh karena itu kurma sangat digalakkan dimakan ketika berbuka puasa agar tubuh menjadi cepat pulih atau segar seterusnya memberi tenaga segera kepada tubuh.
Daripada makan gula-gula, chewing gum, chips, coklat yang banyak karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit, yang mengandungi macam-macam perisa tambahan dan bahan-bahan syubhat, lebih baik makan kurma. 
Rasulullah saw sendiri menggalakkan makan kurma. Kita umatnya, ikut dan taat itulah lebih utama, demi cintakan Rasulullah saw. Nanti segala nilai-nilai kesihatan yang baik kita akan perolehi secara automatik.
Sabda Rasulullah saw: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma ‘Ajwah, maka dia tidak akan dimudharatkan racun dan sihir pada hari itu”. Al-Bukhari
Hadis ini menjelaskan bahawa kurma ‘Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana kandungan yang ada di dalam kurma ini. Lebih-lebih lagi ada keberkatan padanya kerana disabdakan oleh seorang Nabi dan penanaman asalnya telah bersentuhan dengan tangan Nabi saw yang mulia.
Ada juga kajian mengatakan kurma sebagaimana mempunyai khasiat perubatan yang lain seperti meningkatkan kadar gula dalam darah darah dan mengubati katarak pada mata dengan memakan paling sedikit 3 biji buah kurma selama beberapa bulan.
Kurma memiliki kandungan vitamin A, kalsium dan besi yang tinggi. Sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan karbohidrat dan gula (glucose) yang sememangnya banyak terkandung dalam buah kurma. Pada kurma selain rasa manis juga mengandung karbohidrat yang mudah dicerna tubuh.
Untuk wanita yang hamil ada pesan khas dari Rasulullah saw kepada suami-suami mereka, 
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Jadi amalkanlah memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Setelah bayi dilahirkan, buah kurma dan madu dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ditahniqkan. Beruntung Salimah anak sulung anjang dari isteri ke 2, Abuya sendiri yang tahniqkan semasa di Labuan. Walaupun air tulang belakangnya diambil untuk dianalisa kerana sawan, tetapi berkat Abuya yang tahniqkan ditambah dengan berkat madu dan kurma, alhamdulillah dia sehat sampai sekarang. 
Di dalam Al Quran sebut, Siti Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa as.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah saw.
Nabi Muhammad saw bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Abu Abdillah berkata: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat melenyapkan pengaruh sihir”.
Imam Ja’far Ash Shadiq berkata: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Oleh kerana keistimewaannya, tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Di Arab Saudi harga kurma ‘Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg. manakala di Malaysia harganya mencecah RM 80.00 – RM 120.00/kg. (Abaikan harga lama dalam post lepas, “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ – qaul qadim). Walaupun kurma di’tuai’ setahun sekali sahaja tapi kalau satu tandan Ajwa ada 10kg kurma, korang kiralah 10kg x 80 riyal, banyak tu. Pastu, 1 pokok ada beberapa tandan… 
Moga-moga semakin dekat kita dengan Rasulullah saw kerana mencintai seluruh kehidupan baginda. Moga kita dapat rindu Rasulullah saw. Layak mendapat bantuan rohani dan fizikal dari Allah berkat kekasihNya.
 
8.40am, Jun 7, 2012
Surau Mazra’ah RSA Al Madinah Al Munawwarah
Anjangmuor.wordpress.com
 
RALAT: Pokok Kurma ‘Ajwah di Ladang GISB ada 21 pokok, maklumat dari Sy Raja.
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

4 thoughts on “***Kurma ‘Ajwah***

  • June 7, 2012 at 3:32 pm
    Permalink

    oleh kerana kurma dituai setahun 1X je, patut la org M makan kurma hny pada bulan ramadhan (kalo makan kurma byk2 mana nak dapat bekalan) Kurma ajwa ni byk juga didapati di M, semua org mendakwa kurma dia adalah ajwa, mcm mana nak pastikan tu, sedangkan ajwa hanya terdapat di Madinah dan bkn ditempat lain tp mcm mana boleh byk sangat ajwa sana sini.

    Reply
  • February 3, 2015 at 12:13 am
    Permalink

    Info bermanfaat untuk muslim yang cintakan makanan Sinnah
    Harga Ajwa sekarang MYR100 -MYR180.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *