***Yatt Hamzah, Bukit Magnet, Ladang Kurma GISB***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Anjang tak kenal Yatt Hamzah. Sebab anjang dah lama tak follow perkembangan dunia artis Malaysia dan luar negara. Yatt lagilah tak kenal anjang. Walaupun dia kelahiran Muar sama macam anjang. Tapi dia dibesarkan di KL, walaupun ada sikit-sikit watak orang Muar…banyak cakap. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ anjang mana tau dia pelakon ke? pengacara ke? Pun tak tau dia termasuk dalam senarai artis yang ber’hijrah’ seperti: Jojie, Daphne Iking, Diana Amir, Siti Nurdiana dan Irma Hasmie. Ni tau sikit bila buka internet. Mana le anjang amik port dunia artis yang glamour ni. Tapi kalau Tuhan nak tu, boleh je tetiba kenal. 

Zuhari, abang ipar anjang tetiba bbm kata, kak Ju di hotel Dallah Toibah, bawa la dia jalan tempat kita. Ada artis-artis hijrah bersama dia tu. Tengahari tu anjang gi ke Haram Madinah, jumpa Kak Ju. Rupanya dah tukar hotel di Medina Mubarak. Pegi dengan Us Najri, Khairil hantarkan. Cantik betul suasana di Madinah. Bangunannya tersusun indah. Lebih nampak tersusun kerana tanahnya yang landai. Tidak berbukit-bukit. Sangat meriah dengan kunjungan muslimin dari seluruh pelusuk dunia. Pakaian je bermacam jenis. Korang boleh jumpa orang Pakistan, Kasymir, Afghan dengan kurta mereka. Wanita mereka juga berseluar besar. Orang-orang Mesir berjubah lengan besar, ada yang berkupiah ada yang gondol. Pak Cik-Pak Cik dari Magribi dengan jubah bersambung topi di belakang. Corak berjalur-jalur. Orang Saudi dengan qamis putih dan igal merah. Kadang-kadang rasa tak selesa melihat jubah yang jarang menampakkan bentuk badan. Orang Malaysia ada berjubah, baju Melayu Teluk Belanga dll. Pakaian berbeza, sosok tubuh dan ketinggian berlainan, warna kulit berbeza, bahasa tak sama, bau badan pun …eehm macam-macam bau ada, yang lain berbeza tak pe, mudah-mudahan niat dan perlaksanaan sama. Pegi ke Madinah untuk dapat cinta dan rindu Rasul. Dapat kasih sayang Tuhan.

Bukan apa, godaan dunia macam-macam di sini. Ada lorong-lorong di antara bangunan hotel dan premis-premis dipenuhi dengan jualan kaki lima, samada ada stall beroda, atau hamparan kain dan…. Campak je. Macam-macam benda ada. Jam tangan murah, tudung-tudung, stokin, alat ibadah seperti tasbih, sejadah, attar, selipar, losyen, ubat gigi hinggalah gelang-gelang, cincin-cincin dan macam-macam aksesori dengan harga yang murah kerana majoriti barangan ini tidak berkualiti Made of PRC. ‘Bido’ah Sinniyah ma tanfa’es’. Belum masuk ke dalam bangunan. Segala jenis jubah, abaya, attar berjenama, tasbih-tasbih yang menarik. Masalahnya semua peniaga boleh cakap Melayu. Abang, Akak, murah-murah, harga runtuh!! Mari-mari…jadi boleh aja niat untuk mendekatkan diri pada Allah berubah dengan sebab suasana yang tak membantu. Dunia sangat menggoda.

Pendek cerita, bila jumpa Kak Ju, rombongan mereka dah ada jadual. Pagi tadi dah ke Uhud, dah ziarah mazra’ah dll. Allah, macam mana nak ajak mereka ke Ladang Kurma GISB. Sedangkan ini penting. Tempat ini pelik tapi menarik. Mana ada ladang kurma di manage dan pekerjanya orang-orang Melayu Malaysia? Dari mengendalikan pam air, mengairkan seluruh ladang, mesin rumput, potong pelepah tamar, bungkus buah, ikat pelepah dan tandan… Semuanya orang Melayu kita buat. Ada remaja, ada dewasa, lelaki dan perempuan. Buat atas nama Allah dan Rasul. Di sini ada kolam renang dan chalet. Ternak ikan talapia kecil-kecilan. Sepasang angsa yang comel. Paling penting, ini RSA punya. Sapa pegi, insyaAllah dapat kasih sayang Allah dan Rasul. Berukhuwah dengan petugas-petugas di sini. Dapat ketenangan,Lagipun Kak Ju bukan orang lain, pelajar Yayasan Arqam gak. Rugi tak pegi. 

Anjang kata kat Kak Ju, ada satu tempat yang belum tengok di Madinah iaitu Jabal Magnet. Bla bla bla. Akhirnya, mereka setuju pegi. 6 orang. Tapi bila amik pagi esoknya, 4 orang je nak pegi. Yang lain tak jadi. Salah seorangnya Yatt Hamzah lah. Pegilah ke Jabal Magnet. Setelah bergambar berbagai posisi tak jauh dari round about Jabal Magnet. Khairil tunjukkan keajaiban ciptaan Tuhan. Biarkan kenderaan free gear. Menghala ke Madinah. Dan salah satu dari 3 kenderaan rasmi GISB Madinah itu, Ford Excursion merah10 silinder yang entah berapa tan beratnya, mula bergerak sendiri. 10km/jam… Meningkat 20km/jam, 30, 40, 50, 60, 80, 100 hingga mencecah 132km/jam. Lajuuuu tu…sedangkan RPMnya tak bergerak, bawah 1. Di point kemuncak tarikan magnet, kalau kita tuang air di atas jalanraya, air bukan menurun bukit seperti biasa, air itu akan mengalir ikut arus tarikan magnet, naik dari tempat rendah ke lebih tinggi. Malah botol mineral berisi air, yang sepatutnya ikut kebiasaan berguling dari tempat tinggi ke rendah, kita dapat saksikan di sini, berguling menaiki jalan yang agak berbukit itu… Pelikkkk. Kuasa Tuhan, semua boleh terjadi. Cemas gak tengok Yatt dok follow botol mineral berguling tengah jalan, sebab kereta yang lalu dari arah Bukit Magnet akan berada di kelajuan maksimum di situ. Takut berlaku apa-apa je. Menurut Khairil, dalam 2 bulan lepas, sebuah bas yang cuba bergerak dengan kuasa magnet, terlalu laju hingga hilang kawalan, accident dengan sebuah Camry. 1 keluarga di dalam Camry itu terkorban, begitu juga pemandu bas dan beberapa penumpang.

Selepas makan ais krim Pakistani, kami terus ke Mazra’ah Nakhil GISB.

Di sini tidak seperti di Bukit Magnet yang kontang. Hanya pekerja Baladiyah dari Bangladesh bergaji SR250/bulan yang menyambut kami. Selain itu pokok-pokok berduri yang mengait furdah Haida, pasir kasar dan halus, batu batan dan gunung berbatu pejal… Selain langit biru polos… Di Mazra’ah RSA, ibu-ibu telah sedia menunggu. Ibu Fatimah, ibu Amanah, ibu Saadiah, Ibu Yati menyambut mereka di pintu kenderaan dengan mesra. Satu jag air ‘Tang’ ais dan syai, dengan susunan gelas kecil comel telah tersedia. Disamping keropok sayur sebagai kudapan. Haaa… Tepat betul kata-kata Abuya, mereka yang dari satu negara, bertemu di negara orang lebih mesra dari bertemu di negara sendiri. Lebih-lebih lagi satu kampung, atau satu sekolah di Pancur, Muar… Tup…Tup… Jumpa di Madinah. Di bawah lambaian daun-daun kurma, sapa sangka. Itu yang anjang pelik, kenapalah Ibu Amanah tiba-tiba pukul (pukul mesra) Ustazah Habibah yang datang bersama rombongan. DJ Habibah ni lebih 20tahun berkhidmat di RTM JB, pastu pindah KL. Rupa-rupanya kawan lama. Jejak Kasih la, apa lagi…

Di sini Yatt dan kawan-kawan dapat bergambar di sumber air ladang, yang membuak keluar dari saluran paip. Menyusur di batas-batas ladang dan saliran air yang jernih deras mengalir, sambil berbual-bual dengan para ibu yang mesra melayan. Posing di celah pelepah tamar yang rendang tetapi lebat berbuah. ‘Ajwah, tamar Rasulullah yang sudah kemerahan dan akan masak sebulan lagi. Bergambar juga di tali air dan bawah dedaun tamar. Pastu melawat kolam renang chalet, kolam renang terbesar di Baidho’.

Anjang rasa, tentu mereka semua suka berada di tempat Abuya. Ustazah Hajjah Habibah dan Kak Ju dah nak minta Sykt Triways masukkan dalam pakej mereka tempat-tempat Abuya, sebab kata mereka: ‘Teruja ada ladang orang Malaysia di Tanah Arab!!’ Yatt pula ada cadangan nak shoot ala-ala jejak rasul di situ. Bulan satu ni dia akan ke Mesir shooting tv. Moga Tuhan beri kesempatan ziarah tempat kita di Haiyu Sabi’, Giza dan Mansuroh. Kak Ju pun sebut, harap-harap dapat ziarah Chalet NM bila mereka ke Mekah nanti.

Begitulah kalau Allah kehendaki, sesiapa pun akan datang kepada kebenaran, di mana jua ia berada, walau jauh dari tempat asalnya. Kerana kebenaran itu milik Allah dan hati manusia juga milik Allah. ‘Yahdi man yasyaa’….’

Firman Allah yang bermaksud: ‘Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk agama Allah berbondong-bondong’  

Ampun maaf dari anjang. Jumpa lagi.

 

Bilik BOD, Villa GISB Madinah

9.41pm, Jun 11, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

Yatt dipertontonkan azab pada WANITA YANG MENDEDAHKAN AURAT

 

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”

“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *