***Ujian***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria. Peribahasa Arab: ‘laisa man sami’a kaman roaa…’ Tak sama orang yang mendengar seperti orang yang melihat adalah menceritakan hakikat sebenar sesuatu peristiwa diketahui oleh syahidul a’yan (saksi mata). 

Ada satu perumpamaan Melayu yang punyai maksud lebih mendalam: ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.’ 

Satu perumpamaan yang diungkap untuk menceritakan tekanan perasaan di hati apabila mata penderitaan orang lain betapalah orang yang menderita itu sendiri, tentu lebih berat perasaannya.

Tetapi kadang-kadang berlaku sebaliknya, tuan punya diri mempunyai jiwa yang besar, sanggup menanggung penderitaan. Tabah dan sabar dapat dilihat dari perkataan yang keluar dari bibirnya. Kita yang lihat dah tak mampu. Orang kampung anjang kata: selisih malaikat 44. Tak tau malaikat yang mana satu. Ngeri. Ni yang anjang nak kongsi post kali ni. 

Malam Selasa 12hb, ketika anjang di bilik villa RSA Madinah, anjang bb Sy Sarjan tanya dari apa material saluran air dari pam air ke mazra’ah dan berapa cm diameternya? Dia beritau materialnya dari polypype tapi tak pasti berapa diameternya. Pastu Sy Sarjan ajak makan malam. Tertanya-tanya juga anjang, kat mana, lalu terus BBM bertanya: ‘Di mana?’ Sarjan: ‘Depan dapur villa ni, sedang mengadap hidangan.’ Anjang keluar bilik, jenguk ke tangga pusing dari lantai ii ke lantai i, rupanya geng mazra’ah semua di situ: Sy Raja, Sy Sarjan dan Sy Husin. Punyalah besar villa ni, kadang-kadang tak dapat menghidu aktiviti lantai lain. Kalau di Mazra’ah masing-masing dengan baju kerja yang lusuh, malam tu semuanya tampak segak bila bergamis, tinggal pakaikan kupiah Khurasan dan serban Turki 3 lines…pasti dituduh hidupkan Arqam. •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• Sy Husin kata, diameter polypaip tu 4 inci. Setelah makan, mereka beredar untuk servey harga freezer. Tanpa siapa mengetahui apa yang akan berlaku esok hari.   

Ya, rupanya ujian sedang menunggu untuk hamba-hambaNya yang sabar. Ada mesin rumput yang semua orang mengatakan inilah satu-satunya mesin rumput di Saudi. Dibawa khas dari Malaysia. Selalunya ia dikendalikan oleh Sy Cikgu Zambri. Kalau ada Sy Amin, dialah yang uruskan. Sy Zambri selalu mengeluh, kalau pakai mata tali, sekali kena batu terus putus. Power betul batu-batu di sini. Keras dan pecahannya sangat tajam. Sebab tu Sy Zambri guna mata besi, cuma bahaya kalau terkena… Ngerinya… Kena batu, batu-batu kecil yang terbang tu pun bahaya, betapa lagi kalau terkena mata pisaunya. Tapi, dah takdir Tuhan. Tuhan Maha Mengetahui maksud-Nya. Bila pisau tumpul, Sy Husin tolong asahkan, bila dah asah tajam setajam-tajamnya, bersemangatlah Sy Zambri dengan berkobar-kobar lalu men’yetat’ mesin rumput bertuah, tanpa menyedari si pengasah masih ‘qarib jiddan’ dari mata pisau yang terus berputar laju, melompat, tak sempat mengelak, singgah di kaki Sy Husin …..A tolongggg. Malang tak berbau. Terbelah beberapa inci di tepi tumit kanan. Darah yang mengalir, banyak. Cuaca panas pula. Bisanya, mangsa sahaja yang tahu. Tapi Sy Husin ni kuat jiwa, ditambah bangsa asal Dusun Sabah. ‘Pendek-pendek tagap’. Dia boleh kata: ‘Lukanya tak besar sangat tapi bisanya boleh tahan juga.’ Sedangkan anjang tengok, automatik rasa ngeriiiii. Dalam tu, dah le panjang.’ Ke Hospital, Dr inject bius kat tempat luka dua kali,,,, fuuuuh, eeeergh. Di bahu sekali. Jahit 11 jarum… Aduhhhh… Tak mampunya….Pastu setau anjang dia ada kencing manis, apa dia kata: ‘Moga di bumi Madinah ni kencing manis tu tak beri kesan….darah tinggi tu semua macam dah tiada..semalam tu darah banyak keluar sepatutnya dah pengsan tapi berkat bumi ada jasad R, tak berlaku… 

Hah.. Ni orang kuat jiwa. Power punya…

Macam manalah sahabat-sahabat berperang? Luka parah, syahid. Dalam keadaan anggota bercerai-cerai, berpisah-pisah. Bukan setakat luka begitu. Tusukan lembing menembusi dada dan jantung, tembus ke belakang. Tangan yang putus terkulai, kaki yang luka parah dek libasan mata pedang yang tajam berbisa, tak mampu berdiri. Mata panah berbisa yang menembusi pipi dan rahang. Malah kepala yang terpisah dari badan, meninggalkan jasad menyembah bumi. Dengan simbahan dan percikan darah merah merata-rata, hanyirrrr. Jerit pekik, tangisan, suara mengerang, bercampur dengan pekikan takbir, suara kuda-kuda tunggangan dan debu-debu yang berterbangan. 

Oh… Indahnya saat begitu yang sangat ditunggu-tunggu oleh para pejuang. Tapi anjang, tengok gambar luka dah rasa ngeri yang amat. Pejuangkah aku?! Atk. 

Bukankah itu yang kau nasyidkan munzu nu’umati azfarik… ‘Al jihad fi sabilillahi sabiluna al mautu fi sabilillahi amaluna…’ 

Bukankah itu yang kau ulang-ulang usai solat jemaah… ‘Sanggup mati untukmu Islam.’ Munafikkah engkau wahai diri, berkata di bibir, tak mau mengota di hati? Lain di lidah, lain di hati?

Ampunkan kami ya Allah. Moga kita semua diberi kekuatan jiwa yang luar biasa bila keadaan memerlukan. Layak berjuang bersama Al Mahdi menentang Dajjal dan Yahudi. Ujian kita masih kecil dibanding ujian rasa bersalah di jiwa Sy Zambri melihat kawan sepasukannya cedera, tampak kurang ceria walaupun dah ada ‘kawan’ di chalet. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’…

Ampun maaf, jumpa lagi.

 

Bilik hujung, 2nd floor, Villa RSA Medina.

7.03am, Jun 15, 2012

Anjangmuor.wordpress.com 

  • sarjan husin (14)
  • maksud peribahasa kuda tunggangan (3)
  • makna kuda tunggangan (1)
  • maksud kuda tunggangan (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Ujian***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *