***Bersama Binatang2 Kesayangan Rasulullah saw***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Kalau orang tanya anjang, kenapa rombongan umrah kena singgah Chalet Nur Muhammad di Hudaibiyah. Anjang akan jawab, hati kita didekatkan dengan roh baginda melalui segala pakej yang Allah telah sediakan di situ. Itulah keindahan. Itulah kebahagiaan. 

1-Di musim panas begini, turun sahaja dari bas perlancongan yang ber’air cond’, tuan-tuan dan puan-puan akan disapa oleh angin panas padang pasir yang membahang. Seakan kulit muka terbakar, terus terkenangkan susah payah Rasulullah saw dan para sahabat memperjuangkan agama ini disuasana begini. Malu mengenangkan diri kita bermewah dengan dunia yang selesa sedangkan nasib Islam terbiar tidak terbela.

2-Ditambah dengan suasana yang realiti. Memang tuan puan berada di sebuah chalet yang terletak di tengah padang pasir, nun di belakangnya, ada banjaran bukit coklat kehitaman berbatu pejal. Bercantum dengan kaki langit yang membiru. Menggamit suasana kehidupan kekasih Allah di tanah yang kering kontang begini. Di pintu bahagian ternakan, ada dinding dengan background putih dengan slogan ‘Hayati kehidupan Nabi Muhammad Rasulullah saw bersama binatang-binatang kesayangan baginda.’ Di sebelah kanan dan logo GISB dan tulisan ‘Selamat Datang ke Bandar Mekah – Malaysia’, di sebelah kiri. Di hadapannya ada deretan pohon kelapa yang bersusah payah untuk survive (panassss Beb! Narrr! Narrr!) Demi gabungan Malaysia Mekah.

3-Melangkah masuk setelah mendengar taklimat anak jati Bota Kanan Perak, Syh Cikgu Syaarani, terdapat lorong lurus berbatu krikil di kiri kanan inilah ada binatang-binatang peliharaan. Setelah melewati ayam-ayam dan burung unta, kita akan bertemu kawanan unta-unta baladi berwarna hampir sama dengan padang pasir, coklat cair dengan sedikit bahagiannya yang hitam. Melangkah perlahan menghulurkan lehernya yang panjang dan wajahnya yang ayu… Eh silap. Yang sayu, seolah-olah bertanya, ‘ada bawak apa-apa tak untuk kami?, roti kering pun ok!’ Ada yang jantan berbadan besar, betina yang dipakaikan penutup kain kantung susunya, ada yang kecil dan remaja. Us Zailan terangkan, susu unta di sini dijaga kebersihannya. Sebelum diperah, kantung susunya di basuh dan dilap dengan kain kerana unta ketika duduk atau baring kantung susunya terkena pasir yang kita ketahui dikotori dengan najis-najis unta. Seorang kawan pernah berpengalaman ketika hampir meminum susu unta di ternakan unta Sudani di Hudaibiyah, terlihat ketulan kecil hijau terapung-apung. Eeeii. Taik unta segar dari ladang.”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ terus dibuangnya. Orang Abuya yang sangat menjaga bab ni. Siapa yang sangat jaga, telur roti canai dicuci dulu? Bit taakid, Orang Abuya…Ramai orang lain bisnes, fikir untung je. Anjang ketika duduk di hentian Kajang, nampak peniaga Char Kue teow Penang, pakai kupiah, pelanggan ramai, tapi malang… Telur tak cuci. Ada gak yang cuci, pastu letak dlam sarang telur semula. Fardhu Ain tak lepas.

4-Rasulullah saw pernah mengembala kambing. Begitu juga majoriti nabi-nabi dan Rasul-rasul. Kambing juga makanan kesukaan Rasulullah saw khususnya sup kakinya. Susu kambing adalah minuman baginda. Tapi oleh yahudi, di gembar-gemburkan daging kambing banyak kelestrol hingga jadi keyakinan kita semua, percaya betul. Kadang-kadang belum makan kambing, baru bau kambing je dah pening. Tangkap belakang kepala. Di sini, kita dapat bermesra dengan kambing gurun dan biri-biri. Ada yang sangat manja dan punyai nama-nama. Jamilah, Aminah, Amin, Ali , Safar, Hasan. Kita boleh dukung anak kambing sambil mengenang kehidupan Nabi saw sewaktu kecil. Jom ke Chalet NM! Inilah rakan-rakan gurauan Nabi sewaktu kecil. Nabi tak main computer game, PSP dan sewaktu dengannya. Sayangilah haiwan yang sentiasa berzikir dan berdoa ini.

5.Di sini juga ada keldai. Keldai juga tunggangan Rasulullah saw. Cuma 4 ekor, 1 jantan, 3 betina. Selain dilawati di kandangnya, keldai-keldai ini juga pelakon teater sebab bila ada show di malam hari, keldai dan kambing akan dibawa bersama… Sebab apa keldai? Sebab keldai tak gabra. Kena sembur asap putih dari smoker, dia diam je. Tenang… Mutmaein. Kalau kuda dah gabra, boleh melompat. Jadi bolehlah bergambar dengan keldai-keldai. Tulislah nanti: ‘mulahazoh haamah, ana lifil wast'”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ 

Semua yang ada akan mengikat perasaan kita, jiwa kita, fikiran kita kepada Rasulullah saw, lebih-lebih lagi diiringi penerangan para staf GISB sambil menghulurkan mesra sedikit susu unta fresh, baru diperah untuk kita rasai. Oh Rasulullah, terimalah kami sebagai umatmu!

 Ok, dah panjang sangat post ni… Cerita kuda kita sambung kat post akan datang, insyaAllah.

Selamat datang ke Bandar Mekah-Malaysia. Susu unta cuma SR5 je. Mai-mai, jangan tak mai!!!

Ikhwan Homestay i Irbid, Jordan

3.11pm, Jun 22, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

  • nama kuda kesayangan rasulullah (64)
  • nama kambing rasulullah (26)
  • nama unta tunggangan rasulullah (26)
  • nama unta rasulullah (17)
  • nama burung kesayangan nabi (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *