***Dr (H) Hamzah & Homeopati dlm Jemaah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Sejak malam tadi sakit perut. Memulas-mulas, kerap ke tandas. Sendi-sendi mula sakit. Tak tau, apa yang tak kena. Awal pagi esok nak musafir ke Malaysia. Teruk la kalau macam ni. Travel seorang pula tu. Bila banyak buang air, badan jadi lesu. Masuk angin kut, malam tadi tak makan. Si kecil, Halimah pun kembung perut. Sama-sama tak tidur malam la. Pagi tadi, Bi Hoon sup yang dihidang oleh Kak Maliha tampak menyelerakan. Aku paksakan diri untuk memakannya kerana perut kosong, walau kurang berselera. Berhadapan dengan sakit, manusia berbagai ketegori. 

i. Ada yang mengeluh je, merengek. Muka masam mencuka. Orang keliling pun ‘sakit’ sekali. Ni sakit menambah dosa.

ii. Ada yang sabar menahan sakit, orang tau dia sakit, tapi orang lain tak terbeban dengan sakitnya. Dia pula sentiasa bertaubat, merasakan sakit itu disebabkan dosa-dosanya. Mudah-mudahan baginya pahala tanpa hisab. 

iii. Ada yang redha dengan sakit. Gembira dengan perhatian Tuhan padanya. Merasakan, inilah hadiah dari kekasih agungnya. Jika lama tak ditimpa sakit, dia risau. Hatinya berkata: ‘Allah dah tak sayang padaku…?’ Sakit meningkatkan darjatnya di sisi Tuhan. 

iv. Ada yang sakit, kira nak cari ubat je. Bukan cari Tuhan. Ubat (zahir) bukan menyembuhkan. Allah yang menyembuhkan. Aku rasa, aku kategori ni. Sakit perut sikit, terus cari minyak angin la, balm la, minta Us Zul beli ubat la. 

Dulu masa kecik, kalau sakit abah bawa ke klinik homeopati di Medan Selera, Muar. Dr Ramli (H), baik orangnya. Penyokong PAS. Akhirnya dah macam sedara. Sedara durian kata abah sebab musim durian dia selalu datang rumah. Jadi dari kecik, memang amik homeopati. Dia akn chek sikit-sikit. Pastu dia sediakan ubat. Butir-butir kecil macam sagu biji. Manis, best apa?! Di bungkus dalam kertas kecil, berlain warna. Makannya kemam di lidah. Tak boleh minum kopi, nescafe, teh..

Rupanya setelah remaja dan dewasa aku banyak jumpa Dr Homeopati dalam jemaah ni. Di Bt Hampar semasa belajar sekitar 1987-89, selalu dirawat oleh Dr (H) Kadiri. Alhamdulillah serasi. Sekali kena malaria, sekali kena buasir… Aku tengok dia guna pendulum je, Allah izinkan sembuh. Walaupun cara sembang dia tak tau, nak kata Jawa, kadang-kadang macam pelat Cina macam kurang meyakinkan tapi aku suka berubat dengannya. Dengarnya mahir main Ping Pong, tapi selagi belum tewaskan Syh Nik Hazani, kira belum pakar la. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮. Setakat kalahkan Sy Zuhairi Osman, masih belum power.

Semasa di Pakistan ada Dr (H) Zai, mana dia sekarang, tak tau la. Berspek tebal, berbadan agak besar. Hidup simple. Di Markaz Arqam Karachi, musim panas jarang berbaju, hanya berkain pelikat. Ye la, Karachi panas gilerrr… 

Semasa ditugaskan di Selangor 3, 2006, selalu ke Klinik Homeopati Dr Hassan di PKNS Kajang. Agak pendiam tetapi rajin dan sangat baik hati. Anak-anaknya pun aku lihat sopan santun. 

Seminggu di bandar RSA Madinah baru-baru ini, dapat berbual-bual kisah lama dengan Sy Dr (H) Hamzah. Dah hampir setahun beliau di Haramain. Maintain nampaknya. Sejak aku jumpa dia di Melaka 1986, berkhidmat di kilang mi Al Arqam dekat Alai, pastu berkhidmat sebagai Musajjil Yayasan Arqam Masjid Tanah, jumpa di klinik Homeopatinya di Temerloh dan terkini di Tanah Haram, ‘slim’ macam tu la. Dr-dr Homeopati ni memang ramai yang slim. Macam Dr Hasan Kajang. Dr Kadiri pun agak slim.

Cuma bila minta chek kandungan gula dalam darah, panduan mereka mesti, malam jangan makan nasi. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮. Anjang memang tak nak makan, tapi orang dah jamu/hidang, makan la. Kata Dr Hamzah, patient dia ramai, anjang cuba chek kat internet. Dapatlah komen di bawah:

 

KUcintaKU

(Kelmarin anak bongsu aku kena demam yang teruk… selsema yang teruk… badan panas lampau..meleleh-meleleh air hidungnya… malam tu teruk sangat keadaan dia… Mama dia bawa ke Klinik Zul. Dapat ubat untuk stabilkan sementara.. untuk bertahan sementara. Yang jadi mangsa malam tu tentulah mama dia. Tapi kesabaran kedua-duanya terlalu tinggi, tak macam aku.

Semalam terpaksa dia ‘mencutikan’ dirinya. Tak perlu pergi sekolah, itulah keputusan yang dia dan mama dia buat…aku ikut aje… Petangnya baru dia dapat tidur lena, mungkin selsemanya dah agak reda. Tapi bila dia bangun dari ‘tidur lenanya’ itu, dia tak dapat melangkah. Tak boleh berjalan. Aduh….teringat aku akan penyakit yang Angahnya pernah kena semasa kecil-kecil dulu, bila demam kuat mesti tak boleh berjalan. Mama dia dah tau apa nak buat. Terus ke kedai Lee Fong beli 100 Plus. Sekurang-kurangnya dapat menambah kekurangan air dalam badannya.

Fikiran aku terus melayang-layang kepada Syafiq, anak Ust. Manaf. Dia belajar setempat dengan Angah kat IPG Lipis. Syafiq dah 6 hari koma di Wad ICU kat Hospital Temerloh. Syafiq sedang berperang  dengan kuman yang sedang menyerang dalam darah dan otaknya. Mak dan ayahnya sedang berperang dengan perasan sedih, keliru dan tak keruan. Katanya ini kali kedua dia menghadapinya. Dulu anak perempuannya, koma kerana dihempap oleh TV di kepala. Alhamdulillah ok. Ini dugaan kali kedua. Abangnya pulak. Seluruh badannya berbintik-bintik merah. Macam kena demam denggi. Uratnya kejang seluruh badan. Suhunya tinggi. Terbujur kaku……ditemani wayar-wayar dan monitor. Drip……

Aku cepat-cepat suruh mamanya bawak Syahir ke Klinik Homeopati Ikhwan Global kat Taman Sri Semantan. Dr(H) kata sarafnya masalah, 50%. Dibekalkan ubat untuk dikemam setengah jam sekali. Alhamdulillah, tengah hari tadi dia dah mulai bertatih….aku balik dari solat Jumaat tadi, dia dah berdiri kat pintu rumah menyambut kami…. dia terlalu gembira dan tak sabar nak tunjuk yang dia dah boleh berjalan semula hari ni…. “jangan laju sangat dik, nanti terjatuh..”, pesan aku. Risau jugak aku tengok dia terlalu ghairah nak berjalan. Makin lama makin ok. Lega hati aku…… )

Itulah khidmat yang para ikhwan beri kepada masyarakat. Walaupun sebut masih tak betul, klinik Ikhwan Global. Tak apa la, yang penting masyarakat dapat Tuhan. Sakit tau nak sabar dan redha. Sehat, tau nak bersyukur dan malu dengan Tuhan.

Sekarang Sy Dr (H) Hamzah beroperasi di Haramain. Sapa-sapa yang nak buat umrah di kalangan patientnya atau ahli keluarga bolehlah cari dia di sana. Lepas dapat kursus dari Bonda Wasilah tentang ‘Hospital Sebenar-benar Hospital’ sudah tentu khidmat Syh Dr (H) Hamzah bertambah powerrrr. Tak yah balik Malaysia la. Terus di sana. Ramai jemaah haji dan umrah yang perlukan rawatan dari para Ikhwan. Mudah-mudahan para Doktor, jururawat dan jururawata serta pesakit dapat Tuhan. Selamat dunia dan akhirat hasil rawatan di ‘Hospital Sebenar-benar Hospital.’ – Beri Tuhan dulu baru beri ubat. Beri Rasul dulu baru beri ubat. Malah Allah dan Rasul lah sebenar-benar ubat. Ya Allah segerakan ia berlaku di Bandar RSA BCH sebagai contoh ke seluruh dunia.

Ok, maaflah nama-nama yang disebut. Post ni sebahagiannya ditulis dalam flight RJ180, AMM-KUL, bakinya di rumah di BCH, curi-curi masa. Moga tak berdosa.

 

Bilik rumah BCH,

7.52am, Jun 28, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Dr (H) Hamzah & Homeopati dlm Jemaah***

  • June 29, 2012 at 6:33 am
    Permalink

    Salam buat semua semuga dirahmati dan diberkati.perkongsian bagi mengimbau sejarah lama buat kawan – kawan terutama di Melaka,Abang Zul ALAM.Dr(H) Hamzah selamat berjuang.

    Reply
  • June 29, 2012 at 3:00 pm
    Permalink

    Salam buat semua.
    Selamat berjuang dan teruskan perjuangan sehingga ke akhir hayat. Saya ingin menyambung sedikit ttg Homeopati dlm Jemaah. Homeopati kini tlh berkembang maju, sampai ke tahap diagnosa boleh dilakukn dgn tepat melalui perbualan telefon @ menghantar foto via email attachment @ FB chating @ Yahoo Mesengger dan ubat boleh disampaikn ke tangan pasakit dgn serta merta dan on the spot. Pesakit boleh dipantau dan kenalpasti keadaannya samada bertambah sihat dsb melalui Live Chating. Oleh itu jarak jauh atau dekat tidak menjadi persoalan kpd pesakit utk mendapatkan ubat @ kaunseling dgn Dr @ diagnosa @ scanning.
    Drpd: Dr (H) Kadiri . email: dr_mkadri@dr.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *