***Syh Cikgu Angsri Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria.

Malam ketika artis-artis ‘hijrah’ sedang menghayati show GH, artis dari 1 bapa 4 ibu di Dataran Chalet Nur Muhammad, Hudaibiyah, Saudi…, tiba-tiba ada suara yang menyapa anjang, 

‘Syh! Jom bergambar!…’ 

‘Eh Muaz ke? Enta di sini? Bila sampai?’

‘Semalam’

‘Syh bila sampai?’

‘Dah seminggu lebih di Madinah, sampai sini petang tadi.’

Aku tak sangka, Muaz dah sampai ke Tanah Haram. Itu yang dikatakan rezki. Kak Yati dan Syh Angsri, mak dan abah dia belum sampai rasanya di era terkini. Era jemaah kebenaran sudah bertapak dan membesar di Mekah dan Madinah. Era Islam tak akan kalah-kalah lagi. Muaz ni pandai memasak, macam Kak Yati dan Sy Angsri juga. Jai dulu pun pandai masak, tapi dah mendahului pergi ke kampung asal. Accident motor tahun lepas, ada anjang tulis dalam post ‘Jai dalam kenangan’. Mudah-mudahan dalam rahmat Tuhan.

Anjang tak kenal semua ahli keluarga mereka tapi sangat kenal dengan sikap Syh Cikgu Asri yang suka membantu orang. Rasanya tak kurang 2 kali dia dah ke rumah abah Anjang di Kg Tengah Bakri, Muar. Sekali dengan Us Yacoub, abang anjang. Sekali lagi dengan anjang semasa mencari Abang Seri ayah Nizam sebab nak bincang untuk dapatkan blower untuk buat air soya dan tauhu di Bt Hampar.

Kak Yati atau Ibu Yati Sabikin pula bukan orang lain, pernah menjadi timbalan ibu di Kem Motivasi. Agak mesra dengan anjang. Sebab tu malam akhir kursus motivasi GISB ke 49, keluar sahaja dari bilik, sempatlah bersalaman dan berbual mesra dengan Syh Cikgu Asri dan Kak Yati sambil menghulur BB, gambar anjang dengan Muaz di Chalet Nur Muhammad. Ya la, dah lebih 7 bulan tak jumpa kawan-kawan, kalau bukan kerana jam dah jauh malam, tentu banyak lagi perbualan antara kami. Tapi…siapa pun tak tau, rupa-rupanya itulah perbualan terakhir kami bertiga. 

Dapat berita di grup dari Abg Zubir Zon Perak/Syria: 

Salam semua, antara lain dlm Islam d anjurkn menziarahi org sakit adalah supya org sihat ini menumpang kekuatan roh org yg sakit trsbt. D mana waktu sakit roh mnjdi sgt meriah dn kuat dgn T nya. O/itu tuan puan yg ada klapangan masa mari lh kita mnziarahi syh cg angsri yg kini brada d wad 7A hospital Ipoh d syaki denggi masuk wad kecemasan pd td. Hrp maklum semua. Mzb.

Tapi anjang tak sempat menziarahi Sy Cikgu Asri. Nampak gambar KB Syh Hashim Muhammad menziarahi beliau. Rasa ralat tak dan ziarah, ketika baru selesai berprogram dengan kawan-kawan di Shah Alam dapat mesej yang mengejutkan: 

Ass.. Ydk tuan2 sekelian, dimaklumkan Sy Cikgu Angsri Ipoh baru sj pulang ke rahmatullah(meninggal dunia) di hospital Ipoh jam 10.35mlm. Innalillah.. Semoga rohnya dirahmati dan diberkati Allah dan RSA. Al Fatehah

Ya, Syh Cikgu Asri pergi dengan kematian yang indah, nampak mudah. Mendahuluinya sebelum ini:

i-Hj Ismail Thai

ii-Syh Cikgu Ya Kuantan

iii-Anak Kak Long (cucu Us Aziz Bachuk)iv-Anak Ibu Asilah & Syh Fateh

v-Ust Osman Bakar (simpati dari zaman Arqam)

Moga isteri-isteri Syh Cikgu Angsri dan semua anak-anak menerimanya dengan sabar dan penuh redha dengan ketentuan Tuan. Dia pergi setelah berkorban wang, masa dan tenaga untuk Islam. InsyaAllah setiap apa yang beliau sumbangkan Allah akan ganjari…Moga roh Syh Cikgu Angsri diterima Allah dan dialu-alukan kedatangannya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh dan para aulia Allah.

 

Musolla Ikhwan BCH,

11.25pm, Jul 2012.

Anjangmuor.wordpress.com

 

Osman Bakar meninggal dunia

 

KAMPUNG GAJAH 26 Jun – Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, 69, meninggal dunia kerana sesak nafas akibat paru-paru berair di Hospital Pantai Ipoh dekat sini malam tadi.

 

Anak sulung Allahyarham, Muhammad Muammar berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 malam.

 

“Arwah meninggal dunia di hadapan keluarga yang menemani beliau di hospital sejak petang semalam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Menurutnya, Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 4 petang semalam kerana mengadu sesak nafas.

 

Jenazah Allahyarham dibawa balik ke rumahnya di Nombor 113, Pekan Kampung Gajah di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Hitam pada pukul 11 pagi.

 

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Shamsiah Abdullah dan 10 anak.

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Syh Cikgu Angsri Dalam Kenangan***

  • July 3, 2012 at 5:17 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN,WA INNA ILA RABBINA LA MUNKALIBUN.Salam takziah kepada yang disebut oleh Ustadz Anjang,khususnya buat Sy Cikgu Angsri {ahli jemaah}, & Ustadz Osman Bakar {jemaah simpati}.Curah lah RAHMAT MU YA ALLAH keatas ruh2 mereka & tempatkan lah mereka disisi Mu.AMIN,AMIN,YA RABBAL ALAMIN.Al Fatihah.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • July 3, 2012 at 11:55 am
    Permalink

    Salam.takziah buat keluarga Syh Cikgu Angsri dan Ustadz Osman Bakar.Semuga Allah tempatkan mereka dengan ruh – ruh orang soleh.

    Reply
  • July 3, 2012 at 1:29 pm
    Permalink

    Abuya tolong kami.bantu kami baiki diri ini……

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *