***Kisah Benar Tahanan ISA -Berbeza dari yang lain***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria. Roadshow Saham Akhirat di Kuantan ni agak jauh dari premis GISB, terpaksalah sewa hotel. Di bilik Darul Makmur Lodge ni anjang coret sikit kisah untuk korang yang sibuk berjuang di seluruh dunia dengan ucapan: ‘Doakan Roadshow GISB di sini!!’. Korang tau apa tu ISA? Ia singkatan dari Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Ia merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia

Di dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. 

Malaslah anjang nak tulis panjang-panjang (bukan tulis pun, copy paste je. Hehe. Syh Tajuddin dah tau rahsianya) Nak detail korang cari sendiri kat wikipedia dsb.

Ramai dah kena tahanan ISA tapi kalau atas nama keluarga, Abuyalah yang paling ramai kena. Abuya kena ISA, isteri-isterinya kena ISA, anak-anaknya kena ISA, adiknya kena ISA, iparnya kena ISA, menantunya kena ISA. Fuuh ramai tu… Tapi tak mudah nak dapat cerita dari Abuya apa yang berlaku dalam ISA. Biasanya Abuya kata, “Abuya ni kepala keretapi, yang lain gerabak.” Maksudnya, kepala lagi teruk kena. Tetapi Abuya tak cerita, apa yang berlaku padanya. 

Sebenarnya kisah-kisah tahanan ISA korang boleh search kat internet sebab ramai dah kena ISA ni termasuklah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim. Anjang juga baca kisah tahanan ISA seperti Saari Sungib, Abdul Malek Hussin, Kassim Ahmad, Badrul Amin, Yazid Sufaat, Sanjeev Kumar Krishnan. Juga kisah seorang bekas Al Arqam yang sangat pandai bermain kata-kata dalam tulisannya, tetapi langsung tak ‘mention’ siapa mursyidnya. Tapi semua cerita mereka tak sama dengan apa yang anjang nak kongsi di sini, iaitu kisah dari Syh Fakhrurrazi anak kedua Abuya. Berbeza dengan orang lain yang menceritakan sisi ‘gelap’ ISA, atau orang yang ‘tawakkuf’ kerana takut periuk nasinya ditabur pasir. Syh Farul menceritakan pengalaman kerohaniannya ketika ditahan ISA. Perjuangan kebenaran tak boleh dipisahkan dari bantuan ghaib. Inilah yang berlaku. Selamat membaca.

 

Pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Syh Fakhrurrazi keadaannya ketika masuk ISA kali ke 2

Bila nak masuk ISA kali ke 2, saya minta panduan Abuya. Terus Abuya cakap, “Kamu jangan tunjukkan kegembiraan”. Kalau dalam pengalaman ISA pertama, kenyataannya tiada keseronokan bahkan diseksa secara mental, fizikal, dan perasaan. Oleh itu berdasarkan pengalaman ISA kali pertama, pesanan Abuya itu kelihatan pelik. 

Pesanan Abuya itu sangat mencabar akal. Tapi kerana kita yakin bahawa Abuya adalah sohibuzzaman. Dengan keyakinan itu membantu kita menelan pesanan yang tidak logik tu. Berbekalkan pesanan itulah saya mengharungi ISA kali ke 2.

Apa yg dialami pada ISA kali ke 2 ini, kebenaran di pihak Abuya bukan di pihak akal. Saya mendapati pesanan yang tak lojik itu la yang menjadi kenyataan. Semua pengalaman sewaktu ISA kali pertama itu ibaratnya tidak berlaku, kerana dibius dengan kenyataan kata-kata Abuya. Sepanjang di dalam tahanan, apa yang berlaku pada diri saya ialah, saya diperlihatkan secara yakazah (sedar) di siling bilik tahanan ibarat skrin besar. Saya ditayangkan filem yang sangat menarik. Ianya menggambarkan secara terperinci Daulah Islamiah yang diperjuangkan oleh Abuya. Ianya dipertontonkan bagai filem. Sudah tentu filem yang sangat menarik itu memberikan kesan pada wajah muka yang tak dapat disorokkan. Sedang asyik menonton sekali sekala diganggu. Samada polis yang menjaga, menggoncang pintu pagar kerana asyik dengan filem itu tak sedar panggilannya atau Syh Hasyim yang menyapa ketika lalu memberi isyarat minta doa ketika dibawa untuk soal siasat. 

Pengalaman itu berlaku sepanjang ISA kali ke 2. Bila giliran saya dipanggil soal siasat, terus teringat pesanan Abuya untuk sembunyikan keseronokan. Menjadi satu masalah baru untuk menyembunyikan perasaan seronok itu tadi. Tapi kalau tak sembunyikan, mereka anggap tekanan yg diberikan tak cukup dan mungkin akan merubah atau menambah seksaan. Barulah saya faham, begitu sekali mursyid memandu untuk menyelamatkan muridnya agar tak tergadai imannya.”

Terima kasih Syh Fakhrur atas perkongsian kisah yang ajaib ini. Korang macamana? Nampak hebat tak Islam di bawah pimpinan Abuya? Hebat le sangaaaat!!! Abuya pemimpin roh, dia pandu anak muridnya dengan cara roh. Mari kita benar-benar mengusahakan agar roh kita disucikan, ditingkatkan agar layak menjadi orang roh di akhir bulan Ramadhan yang mulia ini. Mudah-mudahan kita juga layak mendapat bantuan-bantuan ghaib yang memang diperuntukkan kepada para Pejuang Kebenaran. Amin…

 

Bilik 105, Darul Makmur Lodge, Kuantan.

4.03pm, Ogo 11, 2012 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *