***Kisah Doa Abuya***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria, salam akhir Ramadhan. Ramadhan tahun ini, apakah ia berhasil merubah kita atau tidak? Mari perbanyakkan berdoa, merintih di hati agar Allah ubah perangai kita. Agar kita dijadikan pemburu Akhirat bukan pemburu dunia. Pencinta Akhirat bukan pencinta dunia yang hina ini. Mari tiru Abuya yang tak henti-henti berdoa dan merintih kerana kita hamba. Hamba Allah tak pernah putus asa. Syaitan yang suka kita putus asa dan kecewa. Hamba tak sepatutnya malas berdoa dan meminta, bukankah hajat dan keperluan kita sangat banyak dalam membela Islam? Hamba tak sepatutnya sombong, bukan sedikit usaha lahir kita gagal begitu saja. Maka Tuhan sahajalah tempat mengadu dan meminta. Abuya sangat kuat bergantung pada Tuhan. Lihat cara berdoa Abuya pun dah terasa kesungguhannya, walhal kadang-kadang hanya doa makan. Kerana Abuya menumpukan perhatian kepada Tuhan. Berhubung roh dan perasaannya pada Allah. Hasilnya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang mengkabulkan doa-doa Abuya. Samada cepat atau lambat. Ambillah iktibar kisah Abuya berdoa.   

Kisah doa Abuya. 

Ketika di usia sekolah rendah, Syh Fakhrur Ar dibawa Abuya ke klinik untuk memeriksa penyakit jantungnya yang semakin teruk. Selepas pemeriksaan, doktor itu berkata kepada Abuya, “Anak awak ni hidup tak lama, umurnya tak panjang. Sakitnya dah kronik.” Abuya hanya mendengar pesanan doktor itu. 

Sepanjang perjalanan pulang dari klinik, Abuya merintih kepada Tuhan tak henti-henti dan Abuya berdoa khas untuk Syh Fakhrur Ar. Ternyata Tuhan berpihak pada Abuya dan kabulkan doanya. Ternafilah kata-kata doktor itu tadi. 

Berbekalkan doa dan rintihan tersebut maka takdir hidup telah bertukar. Bukan saja Syh Fakhrur Ar panjang umur tetapi sudah mempunyai ramai anak, setakat ni sahaja sudah ada 25 orang. Ini mengingatkan kita pesanan Rasulullah saw dalam hadisnya, “Doa boleh merubah takdir”. Ertinya apa yg tercatit di Luh Mahfuz, Tuhan boleh arahkan malaikat yang menjaganya untuk memadam dan merubahnya. Doa juga merupakan senjata rohaniah buat orang mukmin. :

           الدعاء سلاح المؤمنين

Ertinya :

“Doa adalah senjata orang mukmin” 

Abuya menggunakan senjata 

tersebut dalam perjuangannya.

Abuya juga sangat memanfaatkan hal rohaniah sebagai modal dan bekalan yang diberikan untuk membangunkan Islam. Sangat jelas semua persoalan yang disebutkan dalam rukun Iman yang enam semuanya berkaitan dengan hal-hal rohaniah dan ‘ghaibiyat’. Membuktikan Tuhanlah yang berkuasa, bukanlah akal yang bersandar pada fakta lahiriah.

Begitulah satu kisah yang ingin anjang kongsikan, moga-moga ada manfaat untuk kita yang masih berada di bulan yang sangat dikabulkan doa ini. Rebutlah peluang berdoa, untuk diri, keluarga, jemaah. Untuk Islam, agar Allah menangkan Islam dan tak kalah-kalah lagi. Ampun maaf, belum sempat bercerita tentang ekspo saham Akhirat di Kuantan ni. Next post InsyaAllah.

Kak Maa Homestay, Kuantan.

8.24am, Ogo 11, 2012

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Kisah Doa Abuya***

  • August 11, 2012 at 4:37 am
    Permalink

    الدعاء سلاح المؤمنين

    Reply
  • August 12, 2012 at 1:32 am
    Permalink

    Doa sememangnya senjata orang mukmin, sayangnya hari ini tidak ramai lagi Pewarisnya. Kebanyakan Ulama kini hanya Ulama Cerita bukan lagi Ulama Fakta. Jika hanya Ulama Cerita maka syurganya pun syurga cerita. Fakta yang selalu dilihat adalah ” Doa yang tidak diIjabah” seperti surat yang dikirim tidak dibalas kerana salah alamatnya.

    Orang Islam sekarang mudah merasa puas diri dengan kehebatan yang dirasakannnya sendiri sekalipun kenyataan menunjukkan umat Islam diseluruh dunia ramai yang dipijak pijak oleh non Islam. Agamanya hanya dimulut bukan dihati, sedangkan disitulah tempat jatuhnya pandangan Allah. Ulama ulama sibuk ‘membersihkan’ pandangan umat tetapi tidak memperdulikan tempat jatuh pandangan Allah.

    Tidak ada jalan untuk membersihkan tempat jatuh pandangan Allah itu melainkan dengan banyak mengamalkan dzikirullah kerana Alllah telah menyebutkan ” Wazkuruuni-izkurkum” Engkau zikir pada Ku dan Aku akan zikir kepadamu. Cukup sekali Allah mengatakan ” Engkau Selamat!” maka selamatlah kita didunia dan diakhirat.

    Zaman dulu [ dan sikit sikit dizaman sekarang ] orang mukmin itu mengamalkan syariat dan tharekat sebagai jalan hidup yang denganya mereka mendapat hakikat dan makrifatullah. Hari ini tharekat itu dipandang sebagai ‘ajaran sesat’ kerana sedikitnya orang yang mengamalkannya maka sampai matipun tidak akan mendapat hakikat [realiti] iaitu Allah lah yang berbuat segalanya sehingga hidup yang dianutnya hanya mencari redha Allah. Apabila Allah telah redha keatas kita maka apa ayng dipinta akan menjadi realiti.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *