***Kasih Sayang Mursyid***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageHari ni ke Ipoh, meeting PZ dengan teamnya. Mudah-mudahan, berkat mursyid semua masalah diselesaikan.

Tugas seorang mursyid adalah mengajar, mendidik, membimbing, memimpin muridnya untuk menuju Tuhan. Melalui ‘bab’ (pintu) Rasulullah saw. Melalui cinta dan rindu Rasulullah saw, seorang murid akan terhubung dengan Tuhannya. Hingga beroleh cinta dan takut Tuhan. Seorang mursyid untuk menyelamatkan muridnya, dia bukan sekadar bagi ilmu tetapi dia akan menguji dengan assignment-assignment kepada muridnya. Melalui ilmu yang diberikan dan assignment yang sangat mencabar akal lebih-lebih lagi nafsu, adalah merupakan proses untuk menyelamatkan muridnya. Selamat dunia dan akhirat.

Banyak kisah yang kita perolehi dalam sejarah menceritakan bagaimana para mursyid menguji murid-muridnya. Ada yang menguji tauhid murid-muridnya seperti yang berlaku bila seorang mursyid meminta murid-muridnya menyembelih seekor ayam di tempat yang tidak dilihat oleh sesiapa. Ternyata, dalam ramai-ramai murid-muridnya hanya seorang yang mempunyai penghayatan tauhid yang tinggi. Itulah kasih sayang mursyid pada murid-muridnya. Dalam kisah para wali pula, ramai di kalangan mereka yang berpeluang berguru dengan Nabi Khidir AS. Malah Nabi Allah Musa AS sendiri pernah Allah perintahkan menjadi pengikut kepada Nabi Khidir AS. Maka berlaku beberapa peristiwa yang zahirnya sangat menyalahi syariat, tetapi rupa-rupanya mempunyai rahsia yang hanya Allah singkap khas kepada pemimpin. 

Tak kurang juga ujian-ujian yang Abuya sebagai mursyid jemaah ini lakukan kepada semua murid-muridnya. Setiap orang diproses untuk mencapai tahap yang sepatutnya dicapai oleh para ikhwan. Kadang-kadang Abuya jadikan kita anak buah biasa tanpa jawatan, nak tengok mampu taat atau tak? Berdisiplin atau tak dengan tugasan yang diberi? Dapat rasa hamba atau tak? Kadang-kadang diberi jawatan, nak tengok bertanggung jawab atau tak? Sombong dan ego atau tawadhu’ dan semakin takut dengan Tuhan? Kekal rasa kehambaan atau jadi sombong dengan jawatan. Jatuh dari satu mata tangga, tak la terlalu sakit. Tapi jika dah ditangga ke 10, terjatuh atau dijatuhkan, boleh luka parah. Teringat tangga yang Syh Raja Ar dan Syh Husin panjat di Mazra’ah Kurma RSA Madinah. Kalau jatuh tu, lagi-lagi kalau badan macam Syh ‘Raja’ Ar, boleh parah semua ‘rakyat jelata’ di bawahnya. Abuya akan sentiasa uji murid-muridnya, agar sentiasa lurus hati dengan Mursyidnya. Anjang dah merasa beberapa kali, pernah menjadi pengarah Melaka pastu diturunkan, padan muka anjang. Pernah jadi pengarah Syria, dapat call jam 3 pagi, pastu kena panggil balik Malaysia, berkuat kuasa serta merta pastu jadi penternak itik di Pelubang, Jitra. Itulah kasih sayang mursyid, untuk selamatkan hati-hati murid-muridnya agar mendapat ‘qalbun salim’.   

Contohnya Syh Fakhrur AR ceritakan apa yang telah dilalui oleh Syh Nasrul AR.

Abuya atas nama didikan, telah menghalaunya dari rumahnya dan melarang dia berada di mana-mana tempat Abuya, bahkan tak dibenarkan membawa isteri-isterinya. Maka demi taatkan Mursyid, Syh Nasrul membawa diri tak tau nak ke mana? Akhirnya dalam sedar tak sedar, rupanya dia dah sampai di Rompin. Dalam keadaan tak keruan, dia disapa abangnya, Syh Fakhrur Razi. Maka tersentaklah dia. Bila ditanya, nak kemana? Katanya, dia pun tak tau nak ke mana. Barulah dia menceritakan apa yang berlaku keatas dirinya, hinggakan dia pun tak tau nak ke mana. Tetapi roh Abuyalah yang memandunya, cuma dia tak sedar. Selepas itu Syh Fakhrur AR dapat panggilan langsung dari Abuya, yang bertanya tentang Syh Nasrul AR. Kata Syh Fakhrur: “Dia (Syh Nasrul) ada dengan ana.” Kata Abuya, “Suruh dia balik jumpa Abuya.” 

Itulah ujian dan proses untuk mematangkan roh yang Abuya lakukan terhadap Syh Nasrul Ar. Bila diuji, bersedia atau tidak untuk menerimanya. Kalau terima, maka dia akan dipandu secara roh oleh mursyid. Kalau tidak bersedia, akan terputus. Akan bawa diri merajuk, yang akhirnya gagal bahkan menyalahkan mursyidnya atas proses dan ujian tersebut.

Begitulah pimpinan Abuya, pimpinan roh. Maka kita kena melihat secara roh. Agar tidak bersangka buruk kepada mursyid. Kalau tak mampu melihat secara roh, memang selalunya kita tak mampu, maka taat sahajalah. Itulah yang terbaik. 

Ok, anjang nak ke BCH, tak tau ada keretapi tak. Musim-musim habis cuti raya begini. Jidin hantar ke stesyen ni. Doakan ye….

RTZ Perak, Padang Polo, Ipoh

12.04am, Ogos 26, 2012

P/s Keretapi ke Rawang jam 2am, adusss… Jalan-jalan kejap tengok bandar Ipoh la.

  • cerita guru mursyid dengan murid (1)
  • kata rindu pada seorang mursyid (1)
  • mursyid (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Kasih Sayang Mursyid***

  • August 26, 2012 at 1:16 am
    Permalink

    Seperti orang buta dan penuntunnya…

    Terimakasih, cukup menyegarkan tulisannya di era karantin ini 🙂

    Btw,

    Adus = mandi 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *