***Tips Jika BB Lembab/Hang***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Tajuk ni boleh je korang tukar dengan: Tips jika BB Hang lembab. Hehehe. Sekarang BB dah macam satu keperluan kepada kita semua. Sementara untuk mencapai hati yang mampu berkomunikasi secara teknologi roh, kita gunakanlah BB. Simple, mudah dan murah. Boleh pilih service dari Maxis, U Mobile, Celcom dll. (Di Jordan boleh guna Zain atau Orange, Saudi, Zain. Syria… Tarak BB) Dengan hanya semurah RM20 sebulan, kita boleh menghantar sebanyak mana gambar, fail dokumen, voice note, ber teks mesej sesama BB, video beberapa saat sebesar 6MB. Cuma remaja yang belum berkahwin dan tiada tugasan khas tidak dibenarkan memilikinya demi keselamatan dunia dan akhiratnya. (Min bab sadd zarae’) Namun sayangnya, kita kadang-kadang tidak memahami bahwa BB ini juga mempunyai ‘limit’ dalam hal memori’, rangkaian sosial, email, BBM Group dan BBM yang online secara non-stop boleh sebabkan BB ni menjadi lembab. Bila dah lembab/hang, muncul ‘jam pasir’ ketika kita sedang menggunakan aplikasi di BB. Ok, macamana korang nak buat dengan BB tu? Jangan marah-marah, ugut nak buang atau iklankan nak jual! Cubalah tips ini:

1. Install Aplikasi atau Tema yang Penting je. 

Kebanyakan aplikasi atau tema akan banyak mengambil ruang memori. Cek kembali aplikasi-aplikasi yang kita biasa gunakan dan delete aplikasi atau tema yang sudah jarang kita gunakan.

2. Hadkan Group BBM

Group BBM adalah penyumbang terbesar yang membuat BB kita lembab. Kekalkan group BBM yang benar-benar perlu, member-member kita yang lain masih kita boleh kita hubungi melalui email dan Twitter.

3. Tutup setiap percakapan / chat di BBM yang sudah tidak kita perlukan lagi. Jika korang rasa bahwa info chatting dengan seseorang itu penting, korang simpan perbualan tu di media card dengan melakukan setting di BBM – Options – Cari Save Chat History lalu pilih media card.

4. Delete semua email yang sudah tidak diperlukan, terutama yang memiliki attachment yang besar. Masa korang nak delete biasanya akan muncul pilihan On Mailbox & Handheld (email di BlackBerry dan di Mailbox Server akan dipadam) atau On Handheld (hanya email di BlackBerry saja yang dipadam). Kalau email yang akan korang padam tu korang rasa masih penting, pilih On Handheld saja. Email aslinya masih akan tersimpan di Mailbox (Yahoo, Google, dll)

5. Biasakan clear log dengan cara: tekan alt+LG+LG -> Menu BB -> Clear Log

6. Kalau korang selalu guna internet, hapus cache memory di browser.

Caranya: Menu BB -> Browser -> Options -> Cache Operations -> clear history

7. Selalulah bersihkan memori

Caranya: Menu BB -> Options -> Security Options -> Memory Cleaning -> Ubah status ke posisi ENABLE -> Menu BB -> Clean Now.

8. Maksimumkan penggunaan eksternal memori. Penyimpanan gambar, lagu, video dan lainnya sebaiknya disimpan ke dalam kad memori atau media card.

Caranya setting: Menu BB -> Options -> Memory -> Ganti status media Card Support menjadi ON.

9. Tips yang paling power untuk settle BB korang yang lembab atau ‘hang’ adalah:

Soft Reset: Tekan serentak Alt – Caps/aA (sebelah kanan dekat sym) – del —► selesai (hanya boleh pada BB yang gunakan keyboard)

Hard Reset: Biasa disebut cabut bateri. Tindakan ini dilakukan untuk pastikan tidak ada lagi tenaga letrik yang tertinggal. Biarkan selama 1 minit kemudian pasang kembali baterinya.

Moga-moga tips ni berguna untuk korang. Ni la post anjang yang paling banyak guna perkataan…. ‘Korang’. Anjang amik dari internet gak, saja nak elak tidur dalam keretapi ni, takut terlepas stesyen Rawang sebab tak ada pengumuman di buat dalam keretapi bila dah sampai mana-mana stesyen sebab tak nak ganggu penumpang yang tidur, menurut seorang staf KTM yang bertugas. Ok, jumpa lagi.

Dalam KTM Tren 21-Senandung Langkawi Ipoh-Rawang

4.06am, Ogo 26. 2012.

  • blackberry selalu hang (11)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Tips Jika BB Lembab/Hang***

  • August 26, 2012 at 1:08 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.CANTIK tips2 dari Ustadz.Syukran,Alhamdulillah.Seafdalnya,SEMINGGU SEKALI,KEMASKINI,insya’Allah.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • August 29, 2012 at 4:13 am
    Permalink

    Coba install aplikasi “quickpull” syeikh…

    Cukup efektif, tak payah cabut batre

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *