***Panduan Ujian ii- Uthman Muhammadi & Akbar Anang Cuba Gugat Jemaah ***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Samada makan tose dengan Ust Jalal di Restoran Ali Maju dekat Maydin Rawang atau pekena Kue Teow dengan Rosli Telebit di Kafe bekas budak Dangi Bt 16 Rawang tak sama rasanya dengan menghirup sup kambing mamak dengan Syh Nasir di depan Taman Kanak-kanak Ipoh. Di tambah dengan mencicah potongan-potongan roti sambil meng’explore’ suasana Bandaraya Ipoh di waktu senja. Hanya dari nama sejenis pokok, Tuhan jadikan Ipoh terkenal di seluruh dunia. Kuala Lumpur pun dahulunya hanya sekadar pertemuan kuala sungai yang berlumpur tempat pendatang China dengan kongsi gelap masing-masing beradu pengaruh dan kekuatan untuk berkuasa.

Begitu juga, siapa pun tak sangka, jemaah berjubah dan serban serba putih (bukan JP), duduk pula di rumah bercat putih. Nampak lahirnya hanya mementingkan akhirat, tinggalkan dunia. Sibuk membaiki diri, membetulkan bacaan Al Quran, berpuasa dan membuka kitab kuning. Tiba-tiba beberapa dekad kemudian mampu menggugat sebuah kerajaan tanpa kekerasan. Tiba-tiba melalui fasa demi fasa, era demi era, ujian demi ujian yang sangat getir. Rupa-rupanya begitulah proses untuk menjadi ikhwan dan asoib di bawah pimpinan Putera Bani Tamim dan Imamul Mahdi yang layak memperjuangkan Islam untuk didaulatkan buat kali kedua di akhir zaman sebelum dunia di kiamatkan.

Abuya pernah maklumkan calon-calon Ikhwan itu adalah dari keturunan baginda Rasulullah saw ataupun sahabat. Kita mohon kepada Allah agar nasab kita sampai kepada Rasulullah saw atau para sahabat, ia merupakan satu syarat yang menyebabkan kita terus bersama jemaah ini. Cuma ada keberuntungan bagi kita kerana Abuya pernah berkata, nasab itu bermula dari kita ikut Abuya. ‘Start’ mula balik. Yang dulu-dulu tu wallahu A’lam, tapi Abuya sangat tahu, kita dari keturunan mana? Bani mana?
Sebab itu kadang kadang kita terperanjat setengah setengah itu mereka orang orang yg kuat, yang sangat sangat mengajak kita supaya jangan tinggalkan Abuya. Di kalangan pemimpin, ada yang kebolehan bercakap mereka, boleh cakap dari pagi sampai malam. Ada yang satu kursus sembahyang, satu orang je handle. Dia seorang boleh selesaikan 6 kuliah tapi akhirnya keluar meninggalkan jemaah yang hak. Tapi tak mustahil mereka boleh datang balik. Mudah-mudahan datang balik. Apabila datangnya Saidi dan Abuya untuk mengislamkan seluruh dunia. Cuma yang kita katakan sekarang, yang setakat hari ini kerana kita nak ambil pendirian.

Dulu Abuya dalam menyenaraikan ahli dalam satu negeri atau kementerian, Abuya akan tanya, ada berapa keluarga? Umpamanya satu keluarga, suami, isterinya 3, anak 16, jumlahnya 20orang. Tetapi sekarang bila disenaraikan ahli, bukan ikut keluarga. Dikategorikan dewasa lelaki sahaja, dewasa perempuan sahaja. Ini sebab ada isteri tak jadi ahli, ada suami tak jadi ahli. Bila disenarai remaja lelaki dan remaja perempuan, tengok-tengok anak kita dari 16 orang, 5 orang sahaja ahli. Jadi dulu nilaian atas nama keluarga, sekarang atas nama individu. Saidina Ali semasa remajanya sanggup mempertaruhkan nyawa demi Rasulullah saw, hatinya ada perasaan sanggup mati untuk Islam. Oleh itu bila berhadapan dengan ujian, hati dahulu dinilai. Hati kita kena rasai, macam mana keadaan sekalipun, hati nak bersama Abuya.

Gagalnya Uthman Muhammadi
Sebenarnya di awal jemaah yang Abuya pimpin lagi, kita telah diuji dengan datangnya ke dalam jemaah, pensyarah-pensyarah dan group dari universiti iaitu Muhammad Uthman el-Muhammadi (sekarang Dr), Wan Mohd Ali, Abdullah Syarif yang ada kerohanian dll. Mereka bertumpu di Masjid Ar Rahman, di Universiti Malaya.

Kumpulan mereka ada sekitar 15 orang sahaja, sedangkan jemaah Abuya ada 40 orang. Masa itu kita bermarkaz di Kg Dato’ Keramat, yg pada awalnya dikenali Rumah Putih, selari dengan rumah (markas) itu bercat putih. Ketika itu Abuya wujudkan Qiamullail bulanan bersama (bergabung) dengan mereka. Dalam masa sama program dalaman jemaah berterusan seperti kuliah subuh setiap pagi minggu, fardhu ‘ain dua kali seminggu, tahlil setiap mlm Isnin dan Jumaat, ziarah dakwah juga tak henti-henti dll. Program gabungan bersama grup Othman Muhammadi ni khas Qiamullail bulanan. Kita adakan di Masjid Bandaraya KL, Masjid India dan Masjid Pakistan dan Masjid Jami’ Bandar, Jln Tun Perak. Selain beribadah malam, selepas Insya’ dan paginya merekalah yang berceramah termasuk Ust Zakaria Ansari pun ceramah. Abuya ceramah sedikit sahaja, sedangkan majoriti yang memeriahkan program itu orang kita.

Begitulah sebulan sekali Abuya meraikan Othman Muhammadi dan Wan Mohd Ali.
Ia berterusan sampai satu ketika Uthman el-Muhammadi cuba nak menggugat jemaah kita dengan mengatakan tuan gurunya bermimpi, satu lambang komunis di atas langit iaitu bulat sabit dan tukul tertulis hurufnya KOMTADUN iaitu singkatan pada komunis tawan dunia! Ketika itu diyakini Thailand akan beri laluan komunis menawan Malaysia. Siapa-siapa nak selamat kena pergi Tal 7, Pasir Mas dan di sanalah akan turun Imam Mahdi! Maka dikumpulnya orang-orang kita di Masjid Jamek Bandaraya KL. Untuk sabitkan hujah, mereka tuduh AM ini sesat, guna jin dan mereka buruk-burukkan Pak Mat Klang, Syeikh Muhammad bin Syeikh Mohd Khairillah As Suhaimi. Begitu sekali orang luar cuba nak pengaruhi jemaah kita supaya keluar dan pergi ke Tal 7. Termasuklah Wan Muhammad Ali, penulis buku Hijab itu. Majoriti mereka telah meninggal dunia. Sekarang Uthman Muhammadi nampaknya keseorangan, tak tahu mana perginya jemaahnya itu. Dia sangat intim dengan agensi-agensi kerajaan yang memerintah yang dulunya dia sendiri sangat tidak setuju. Ketika cuba menggugat jemaah, dia sanggup datang ke rumah kita di Dato’ Keramat untuk menarik ke jemaahnya, dapatlah mempengaruhi 5/6 orang.

Hasil ujian rupa-rupanya jemaah semakin berkembang dengan penerokaan kampung Islam pertama di Sg Penchala. Start-start je orang kampung dah mengamuk, apa kami tak islam ke? Awal awal dah kena uji. Di SP ada 3 kes nak kena sembelih. Perjuangan tetap berjalan sehinggalah Abuya nk caturkan bidang ekonomi. SP masa itu pusat pendidikan

Akbar Anang Juga Gagal
Ketika itu kita didatangi oleh mereka yang aktif di luar negara, London Group atau IRC. Sekarang dikenali sebagai Jemaah islah Malaysia (JIM) yang diketuai oleh Akbar Anang. Dia datang dengan grup dia dalam jemaah kita. Dia ada degree MA, dibuangnya. Ada yang pegang Phd, entah dibakar, entah hilang, mereka tak mahu sijil. Dia datang ke Jemaah dengan kebolehannya. Nilah yang dikatakan: Kalaulah ujian individu yang menentang Abuya, yang dikatakan hebat dia lah. Yang memecahkan jemaah dialah. Memang dia. Pemimpin lain datang semua dah ada. Hj Halim datang, menumpang apa yang dah ada, Mokhtar Yaakub datang sekolah dah ada, dah berjalan elok. Pendidikan, aktiviti dah ada. Tapi dia (Akbar Anang) pencetus bukan atas kehendak dia, atas kehendak Abuya. Dia buka kilang sos, kicap, mi, taucu, pasaraya, Klinik Desa Minang. Dia rasa dia berbuat. Kalau dia keluar, dia rasa Arqam hancur.

Ketika itu Arqam ada di Gombak, Desa Minang, Greenwood, Batu Caves. Di Batu Caves ada kilang cili sos, kilang roti. Seorang mamak berjumpa dengan orang kita di masjid Pakistan.
“Saya dulu juga, dia orang panggil itu buat roti sana Arqam. Itu jam juga, saya satu orang bikin itu roti. Itu sana pakai arang punya.”

Bila kita keluarkan akhbar Arqam 1977, yang sebenarnya yang menjayakan penerbitan Akhbar Arqam itu, Abdullah Mahmud Junaid. Dia orang kuat di News Strait Times, adik sanusi Joned. Dia bawak sekejap saja dah dapat permit sebab dia ada contact dalam. Ketika itu akhbar Anang jadi pemberita. Keluaran pertama kita terpaksa tunggu pengeluarannya di Gombak sampai jam 3 pagi, tak keluar-keluar kita tunggu, penuh semangat nak hantar ke merata tempat. Lihatlah pengaruh Gombak atas nama Akbar Anang memang kuat. Lepas itu dia terus jadi ketua pengarang. Berapa banyak projek yang dia cetuskan dalam jemaah.

Akhbar Al Arqam ketika itu menjadi pencetus sehingga boleh orang membuat perubahan besar-besaran. Hasil dari ceramah Abuya di seluruh negara tentang pendidikan islam, kebudayaan Islam, ekonomi Islam, media massa Islam di tambah dengan sebaran Akhbar, rupanya fitnah yang ditabur oleh Othman Muhammady menjadi baja membesarkan jemaah dan cepat diterima masyarakat.

Kita jangan bimbang ujian ini pada jemaah, sudah terbukti jemaah semakin laju. Bimbangkan diri kita, apakah kekal dalam perjuangan. Jemaah adalah janji Allah. Pengaruhnya ketika itu telah melebar. Satu lagi pengaruh kita ialah, ‘Risalah Aurat Wanita’. Ketika itu ahli baru 100 orang.
Akhbar Anang bila sudah rasa boleh berbuat dengan kepandaiannya mentadbir. Ceramahnya pun lantang, nadanya tinggi, akhirnya dia nak sesuatu mengikut caranya sendiri. Dia nak hantar Abuya sambung belajar ke luar negeri. Katanya, kita lambat. Kita kena laju macam Iran. Ketika itu angin revolusi Iran telah tersebar seluruh dunia. Dia dah mula berkawad-kawad. Dia ada semangat garang, semangat nak cepat kuasai dunia dan Malaysia dengan Islam. Dia rasa, ada ceramah dan buku Abuya tak layak disiarkan. Iaitu:
i- Ceramah ‘Mengapa Manusia Hidup.’
ii- Buku ‘Bagaimana membangunkan Negara dan Masyarakat Islam.’
Dia kata Abuya tulis di situ Ikhwan Muslimin gagal, PAS pun gagal. Dia kata Abuya hina Syed Naquib sebagai ahli falsafah.

Suatu hari, Abuya tanya kepada Syh Pak Teh Abd Ghani dan beberapa orang di dalam kereta dekat Universiti Malaya, “Macam mana kalau kita serahkan Darul Arqam ini kepada Akhbar Anang untuk memimpin kita? Menurut Syh Pak Teh, mereka 100% mengatakan tidak setuju dan membantah. Rupanya, Abuya juga bertanya kepada ramai orang lain.

Akhbar Anang sudah mula nak berkonfrantasi dengan Abuya atas dasar dia rasa dia dah boleh mengendalikan jemaah ini dengan membawa cara-caranya sendiri sedangkan ia membahayakan jemaah kerana dia nak buat macam revolusi. Ceramahnya menarik perhatian, antara kata-katanya, “Kalau kita ingin berjubah dan dalam jubah kita, sepanjang jubah itu pedang, siapa yang nampak pedang dalam jubah kita?”
Dia nak train secara revolusi perang.

Ringkasnya, setelah macam-macam perkara dia cetuskan, Abuya bertindak keluarkan dia dari jemaah. Sebenarnya Abuya jarang-jarang buang orang, tetapi ia mesti dikeluarkan kerana tindakannya membahayakan perjuangan iaitu mengajak kepada revolusi sedangkan ahli kita hanya 150 orang. Sekali cekup, terus habis.

Sikap bila dihukum
Rupa-rupanya orang yang dah rasa berbuat ni, bila dikeluarkan, bukan diterima dengan redha dan sabar sebagai murid sufi bertarekat tetapi dia mengamuk dan membuat memorandum setebal 32ms. Sedangkan isinya hanya ‘recycle’ balik apa yang Uthman Muhammadi lakukan sebelum itu iaitu isu ada jin, ajaran sesat, AM, termasuk tuduhan terhadap Pak Mat Kelang. Kesungguhannya jelas bila dia menghantar memorandum itu ke pejabat-pejabat agama seluruh negara dan konsul atau kedutaan di luar negara. Malah dia beri masa 3 hingga 6 bulan, jemaah Arqam akan hancur. Ketika itu dia pusing roadshow satu Malaysia untuk tarik ahli ikut mereka. Dapatlah 7 orang (7UP) yang terdiri dari Dr, lawyer dll.

Group ini ketika memasuki jemaah amat dipandang tinggi malah ahli jemaah yang majoritinya orang bawahan dan pertengahan amat berbangga dengan kemasukan mereka tetapi bila ditimpa ujian begini, mereka gagal dan meninggalkan jemaah.

Begitulah jemaah kebenaran digugat setiap masa. Yang digugat tak tergugat. Yang menggugat hilang ditelan zaman, tak dikenali orang selepas itu atau sekadar menjadi tentera upahan, siapa bayar lebih, disitulah dia berpihak.
Ya Allah kekalkan kami dalam jemaah kebenaran ini dengan berkat RSA.

A tolong hancurkan kuasa Dajjal dan kuncu-kuncunya
A tolong selesaikan masaalah dalam jemaah
A Tolonglah semuanya dan menangkan Islam

Musolla RTS, Tg Malim.
10.22pm, Sep 13, 2012

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

8 thoughts on “***Panduan Ujian ii- Uthman Muhammadi & Akbar Anang Cuba Gugat Jemaah ***

  • September 14, 2012 at 1:04 am
    Permalink

    Tkasih s Harun atas garapan sejarah ini..menarik. Moga m.ematangkan kita dlm menilai sesuatu sebelum bertindak.

    Reply
  • September 14, 2012 at 1:39 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Masha’Allah,Syukran,Ustadz.Apa yang ana tahu cuma “superficial” aje,berdasarkan pendedahan dalam buku ABUYA.Maklumlah,ETIKA MURSHID,memang begitu lah.Teruskan,Ustadz,Teruskan,insya’Allah.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam.

    Reply
  • September 14, 2012 at 4:49 am
    Permalink

    Ya Allah kekalkan kami dalam jemaah kebenaran ini dengan berkat RSA.
    A tolong hancurkan kuasa Dajjal dan kuncu-kuncunya
    A tolong selesaikan masaalah dalam jemaah
    A Tolonglah semuanya dan menangkan Islam

    Reply
  • September 14, 2012 at 12:42 pm
    Permalink

    Salam,terima kasih diatas pendedahan sejarah liku-liku di dalam perjuangan.Semuga menjadi panduan dan kayu pengukur utk terus dalam perjuangan.Terima kasih RSA.Terima kasih Sy Harun.

    Reply
  • September 14, 2012 at 2:25 pm
    Permalink

    Tq Syeikh Harun.

    Reply
  • September 14, 2012 at 2:50 pm
    Permalink

    salam…
    best….
    klu xsilap saya,saya nmpk sy harun kat shah alam aritu…kat rumah anak yatim raudhatul ikhwan

    Reply
  • September 16, 2012 at 6:10 am
    Permalink

    Salam ustaz..syeikh..saya sangat meminati Abuya dn perjalanan perjuangannya..ujian dalam jemaahnya hebat2 belaka..tp sumenya berjaya dilepasi..katanya sekarang lg dasyat ujian dalaman..menurut rasa hati ustaz apakah mereka juga sehebat dn akan senasib dgn akhbar anang itu jg ke..kerna mereka bukan calang2 org juga..wallahu alam

    Reply
  • September 18, 2012 at 3:25 am
    Permalink

    Tulisan dan pandangan Sy Harun dalam blog ini sangat memberi kefahaman kepada saya..terimakasih Syh..TkA

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *