***Roadshow GISB kembali di Sg Petani***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Image.Salam ceria. Tak tau berapa kementerian yang bergabung buat jamuan rumah terbuka di Laman Perfileman, padang BRSA BCH. Meriah hidangan cuma yang datang tak ramai. Nampak jemaah surau, remaja dan team jururawat je. Mungkin dah ramai yang bergerak ke Sg Petani.

Hidangannya… MasyaAllah, satey, laksam, pecal, nasi empit, kuah kacang, mee hoon, aneka jenis kek, dll. Begitulah RSA layan penduduk bandar dan tetamu walaupun dengarnya dianjurkan oleh kementerian kematian. Moga-moga setiap suapan mengingat-ingatkan detik kematian.

Semalam rumah terbuka di Ipoh. Sangat ramai pelanggan-pelanggan kafe, farmasi, kedai ‘top up’, dobi dan pasaraya serta jiran-jiran yang datang. Samada di bawah khemah, atau di kerusi meja kafe GISB, pengunjung bebas menikmati nikmat Allah sambil menikmati ‘halwa telinga’ dari group nasyid yang menduduki tempat ke 4 dari 24 kumpulan nasyid yang bertanding seluruh Perak. Mereka hanyalah murid sekolah rendah sedangkan lawan mereka lebih dewasa.

Jangan lupa pula program besar di Sg Petani, sambungan roadshow sebelum ini di Segambut, Seremban dan Kuantan. Seperti biasa, melalui proses mendapatkan permit secara ajaib dan lebih ajaib bila dapat khemah bersaiz 500′ x 20′, yang berharga (sewanya) RM21,600/hari selama 7 hari (RM151,200)secara PERCUMA! Terima kasih RSA. Tak apa la walau peralatan sound system di BCH kena ‘rembat’. Jangan lupa, datang beramai-ramai ke Sg Petani dari 17-23hb ni!

Anjang pun dah kurang menulis, baca-baca tulisan orang je seperti tulisan Syh Nawi ni,

http://matahati313.blogspot.com/2012/09/derebar-antara-synasir-dengan-en-mutalib.html?m=1 

Moga ada manfaat.

Ampun maaf.

BCH

5.24am, Sep 17, 2012

 

 

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Roadshow GISB kembali di Sg Petani***

  • March 17, 2013 at 5:13 am
    Permalink

    Pada 24 januari 2013 saya dan keluarga menghadiri majlis maulidurasul di Global Ikhwan Lahar Yooi. Persembahan nasyid best, makanan pun sedap-sedap belaka. Abuya memang ada di mana-mana seperti artikel yang saya baca dalam satu blog. Namun orang yang kenal beliau saja yang merasainya macam lagu dealova…”seperti udara yang ku hela kau selalu ada…”

    Reply
  • March 17, 2013 at 5:23 am
    Permalink

    Pada Oktober 2012 saya pergi ke ekspo GISB di Sungai Dua. Poster Abuya dan kisah-kisah beliau dipamerkan. Memang peliklah bagi orang yang tak kenal Abuya. Saya ajak suami saya pergi tengok walaupun dia tak berapa kenal siapa Abuya. Saya cuba terangkan pada suami beserta hujah2 yang mudah difahami. Saya kata kalau Manaqib Syeikh Suhaimi itu tidak benar kenapa tidak ada sesiapa pun yang menyangkal dengan hujah dan bukti yang kukuh. Saya rasa manusia sibuk kejar dunia hingga tak kisahkan hal al Mahdi ke, apa ke. Yang hairannya tak boring ke kejar dunia. Yang kita ni punya la rindukan Abuya dan Saiyidi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *