*** SURAT DARI ABUYA UNTUK KELUARGA BANI TAMIM***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Anjang ada terbaca sebuah pantun yang ditwit oleh Johan Jaafar, pantun orang merajuk katanya:
Adat orang menjual kata,
Lembut gigi dari lidah,
Dulu asyik Sekarang tak suka,
Siang malam mencari salah.
Pantun ni tak la 100% tepat menggambarkan apa yang berlaku Sekarang di dalam GISB, tetapi sedikit sebanyak ada kebenarannya. Tanpa disangka-sangka ramai orang yang seolah-olah mencintai kebenaran dan Segala pakejnya tiba-tiba hari ini sentiasa berusaha mencari kesalahan. Kadang-Kadang satu kuliah yang panjangnya 1 jam lebih di dalam satu sessi PR, yang di’highlight’kan adalah satu ayat yang ditafsirkan ’tilqaa nafsi’ dan dari pemahaman yang salah. Lalu diajak semua orang atau paling tidak pun sesiapa yang boleh di’makan’ untuk menerima tafsiran yang salah tersebut. Maka berubahlah dari sayang kepada benci dan sentiasa mencari salah. Walau siapapun kita, ingatlah, jemaah ini bukan kita punya. Abuya dah serahkan kepada Rasulullah saw. Mariah kita hayati pesanan Abuya sebelum ini. Ia panduan khusus untuk keluarga tetapi juga panduan umum untuk seluruh ahli jemaah. Seolah-olah bermaksud, kalaulah dengan keluarga Abuya bertindak begitu sekali, dengan sesiapa yang bukan keluarga pun Abuya boleh bertindak seumpamanya. Inilah surat Abuya kepada keluarganya yang wajib kita baca dan memahaminya supaya pandai meletak diri dalam kapal perjuangannya ini.

Kepada keluarga besar PBT – anak-anakku, cucu-cucuku, menantu-menantuku dan adik-beradikku.

Ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian. Moga-moga kalian boleh menerimanya dengan baik.

1. Kita ditakdirkan menjadi keluarga atau dikeluargakan bukan sekadar pertalian darah sahaja tetapi mempunyai satu cita-cita yang besar agar mendapat Tuhan.

2. Apa yang jadi cita-cita Abuya, itu yang wajib jadi cita-cita kita. Jangan berlaku cita-cita Abuya lain, cita-cita anak, cucu, menantu, adik-beradik lain pula

3. Sesiapa yang menyatakan jemaah Abuya dikuasai oleh Ummu Jah samalah seperti menghina saya. Seolah-olah Abuya dianggap bodoh yang ikut saja kehendak Ummu Jah sedangkan BOD pun tidak berfikir begitu.

4. Setiap rumah kita adalah rumah jemaah. Sebab itu harus disusun mengikut peraturan dan disiplin jemaah. Bukan ikut susunan sendiri. Contohnya penghuni rumah tidak dilibatkan dalam program jemaah di tempat itu.

5. Ada yang menganggap jemaah Abuya dicorak oleh isteri-isteri Abuya. Ini adalah punca kefahaman yang salah. Jemaah ini bukan hak sesiapa pun melainkan hak Abuya sebagai pemimpin.

6. Anak-anak remaja sekilas pandang sudah tahu jantan betinanya, sudah tahu perangai baik-buruknya. Ada ibu bapa boleh tak perasan, maksiat berlaku dalam rumah.

Ringkasnya,

1. Abuya minta semua ahli keluarga menerima Abuya bukan sekadar sebagai ayah, ayah mertua, abang atau jad tetapi menerima Abuya sebagai PBT dan menerima perjuangan Abuya.

2. Jangan kata jemaah Abuya dikuasai oleh orang lain samada isteri-isteri seperti Ummu Jah atau Ummi Nor atau anak-anak sperti Fakhrur dan Nizam. Semua atas kuasa roh. Dari Allah dan Rasul. Abuya sebagai pemimpinya. Isteri-isteri dan anak-anak adalah pekerja dalam kerajaan, jemaah Abuya. Abuya yang mengasaskan jemaah. Ertinya tidak ada Abuya, tidak ada jemaah.

3. Kepada yang buat jemaah dalam jemaah, Abuya telah pun bertindak sepertimana Abuya telah bertindak ke atas Ustazah Hasnah dan Mursyidah
Jangan berulang lagi dalam jemaah ini.

Abuya, “Duduk elok-elok dalam jemaah!”

Barangsiapa yang menganggap ringan terhadap amaran ini dan tidak ambil berat, Abuya tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman sekalipun dikalangan keluarga. Mungkin Abuya tidak membuang keluarga tetapi kita sendiri berundur. Akan ada sebab yang akhirnya kita menjauhkan diri dari Abuya dan perjuangannya. Kalau anak, cucu, menantu, adik-beradik Abuya menerima keputusan ini.
Abuya nakkan pembuktian dari semua.

1. Duduklah di tempat yang ditugaskan mengikut peranan masing-masing.

2. Taatlah pada pemimpin yang dilantik oleh Abuya sepertimana orang lain taat.

3. Keberadaan kita tertakluk kepada keputusan jemaah.

Sekian dari Abuya. Abuya ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi mendengar teguran dari Abuya. Moga semua ambil perhatian.

Dari
Abuya Ashaari Muhammad

Ampun maaf, ini sahaja yang dapat anjang kongsikan kali ini. Doakan anjang kekalkan dalam jemaah kebenaran. Sesungguhnya kita tidak tahu di selekoh mana kita akan diuji….

Pejabat Raudhatul Ikhwan, Shah Alam
9.54am, Sep 19, 2012

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

8 thoughts on “*** SURAT DARI ABUYA UNTUK KELUARGA BANI TAMIM***

  • September 19, 2012 at 11:28 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.SEBAK ana tengok wajah ABUYA,seperti …….ALLAHU AKBAR.SABAR,Insya’Allah.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam.

    Reply
  • September 19, 2012 at 11:54 am
    Permalink

    Salam sayang,terima kasih di atas ingatan dan teguran buat anak-anak Abuya semua.Terima kasih diatas perkongsiaan ilmu.Abuya maafkan kami.

    Reply
  • September 19, 2012 at 3:02 pm
    Permalink

    Isunya sekarang adalah PEMBOHoNGAN menggunakN jenama RSA..mudah..isunya adalah tipu..klu tuan2 yakin,tuan2 teruskanlah…

    Reply
    • December 31, 2012 at 10:02 am
      Permalink

      Merujuk kpd komentar fadli itu, setiap yg pro & kontra. Sesiapa yg lurus hati dan mnjauhi mazmumah dlm hati, dia akan dipimpin Allah. Lisan yg mengiakan atau menafikan sesuatu atas dorongan mazmumah, dia akan tersesat…

      Reply
  • October 8, 2012 at 5:06 pm
    Permalink

    janganlah dengki sangat dengan orang islam yang berjaya, mereka tipu ka apa ka, mereka tak kacau duit rakyat sesen pon, dan duit anda semua….harap fadhli jangan iri hati…banyak lagi perniagaan yahudi banyak di negara ini yang orang islam tidak ambil peduli langsung seperti kilang arak, pusat perjudian genting, kelab malam dan banyak lagi…kalo mereka tipu sekalipon itu masalah mereka dengan allah bukannya dengan masyarakat, sedangkan mereka berjaya di mekah, madinah, jordan dan byk lagi diluar negara dengan bantuan siapa? sudah semestinya dengan bantuan allah tanpa menggunakan duit rakyat dan yahudi sesen pon….

    Reply
  • October 9, 2012 at 1:46 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Alhamdulillah & Syukran,PUTERA MAWADDAH.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam.

    Reply
  • January 25, 2014 at 3:02 pm
    Permalink

    Assalamualaika ya Abuya…
    Terasa jauh di susut hati ini…teguran Abuya..
    Persis merobek jantung lantaran langkah diatur bagai tidak memenuhi ..
    Rindu kepada Abuya..mengasak-asak agar dpt kekuatan utk berdepan pncaroba…dan
    Mengheret insan tersesat mengenali siapa Pemuda Bani Tamim ini…
    Seringkali dalam doa….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *