***Travel lagi… i***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Image.Salam ceria. Kata Abuya, “Air kalau tidak mengalir akan busuk dan rosak. Begitulah orang Islam yang tidak berjuang akan rosak.” Hidup hanya semata-mata memikirkan makan, minum dan berhibur, tidak akan melahirkan satu bangsa yang kuat dan dihormati.

Peluang bermusafir yang Allah hadiahkan, memberi anjang banyak ruang melihat sendiri manusia dan halatuju masing-masing. Malam tadi wada’ Ummu Asif di gate rumah je, macam boring je Ummu, asyik anjang je yang travel, dia yang suka berjalan ter’perap’ di rumah. Belumpun sempat anjang masuk Waja Hanif, cepat-cepat panggil Syitah dan Ni’ah masuk. Sebenarnya Anjang pun suka berjalan gak, fitrah…agaknya ikut perangai abah. Abah suka berjalan. Pantang orang ajak. Umur 13 tahun abah dah me’mondok’ di Fatani. Jauh tu dari Muor. Nisbah zaman dulu yang jalanraya dan kenderaan sangat dhaif. Tapi kerana maknya (atuk perempuan anjang la) terlalu rindu, abah dipanggil balik kampung. Anjang tanya, “Pandai apa je bah, kalau 3 tahun di pondok?” “Bolehlah sembahyang mayat dapat duit.” Jawab abah seloroh. Rupanya dah lama orang belajar agama diajar amik duit atas upacara agama. Siapalah yang mulakan? Flight anjang ke Amman jam 3 pagi. Kotak ada 6, bagasi ada 2, kebanyakannya barang-barang jemaah. Alhamdulillah, seperti biasa, staf Kuwait Airlines yang pernah kita layan ketika dia travel di Syria membantu settlekan. 

Di lobi KLIA Airport dengan Syh Hafiz, Ust Hanif dan Omar Suri, anjang lihat ratusan orang samada pelajar mahupun keluarga yang menghantar berhimpun. Lama menunggu membuatkan sebahagian mereka duduk lepak di lantai air airport, macam orang Arab rehlah di tepi jalan. Ada yang bergambar kenangan beramai-ramai. Sudah tentu di hati bakal siswa universiti-universiti di Mesir dan Jordan berkobar-kobar semangat untuk menuntut ilmu. Menguasai Bahasa Arab. Belajar Syariah. Bila ‘taharruj’ nanti dapat ijazah pelbagai bidang agama dan bahasa Arab. Boleh ‘apply’ kerja sebagai penterjemah (kalau mampu), pensyarah, pegawai tadbir agama (kadhi), mufti atau paling tak, guru. Ringkas cerita, makan gaji la.

Niat begini, zaman sekarang malah dah ratusan tahun dah jadi bukan satu kesalahan. Bukan mereka sahaja begitu, mak ayah yang hantar pun begitulah harapannya. Hampir tak ada yang mendidik, belajar agama ni betul-betul kerana Allah. Untuk diamal dan diperjuangkan. Soal rezki, carilah di bidang yang lain, niaga ke, pertanian ke, penternakan ke. Itulah salah satu keajaiban Abuya, tak didik kita cari rezki dengan makan gaji. Kalau ada senarai 20 bidang kerja, Abuya letakkan makan gaji di tangga yang ke 20. Makan gaji bererti kita punyai majikan, kita ada ‘boss’ selain Allah. Jika bertemu di antara kepentingan bos yang kita nampak dengan bos yang Maha Ghaib, selalu sahaja didahulukan bos yang zahir. Kalau bercanggah dengan kehendak bos zahir, alamat periuk nasi tumpah. Macam mana nak makan. Terhakis ‘aqidah Allah sebagai pemberi rezki. Akhirnya Al Quran dan As Sunnah yang kita belajar hanya di akal dan mulut, bukan di hati dan diamalkan. Lebih-lebih lagi untuk diperjuangkan dalam diri, keluarga dan masyarakat. Walaupun Abuya pernah kerja makan gaji tapi ia tak menghalang Abuya dari memperjuangkan hak Tuhan. Maka selalulah dia dipindah randahkan…

Di dalam Kuwait Airways dan ketika transit di Safir Hotel, Kuwait Airport pula, anjang bertemu dengan ramainya anak bangsa anjang. Perempuan-perempuan muda dari Indonesia, keluar negara untuk mencari rezki sebagai pembantu rumah. Secara jujur, biar anjang berterus terang…Tanpa memandang rendah kerja yang mereka lakukan, mari kita ajukan satu soalan. Adakah mereka dipandang mulia dan terhormat bila keluar negara hanya sebagai amah? Berbanding dengan wakil-wakil Abuya keluar negara atas aktiviti atas nama Allah. Untuk memperjuangkan jadual Allah di akhir zaman walau terkorban perasaan, masa, tenaga, harta dan wang ringgit malah hilang keselesan. Diburu rasa cemas dan bimbang. Ditangkap dan dipenjarakan. Kemuncaknya dibunuh. 

….. Dipenjara dia uzlah, 

              dibunuh syahid….

Walau apapun yang terjadi, jika ia dilakukan demi Allah dan Rasul, itulah kemuliaan. Oleh itu marilah kita perbaharui niat, agar segala yang kita lakukan semata-mata kerana dan untuk Allah dan RSA. Moga-moga ada saham kita dalam kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman ini. Menjadi pembela-pembela Al Quran di akhir zaman.

Jom ziarah Us Zul dan Faah. Dengar dari mulut mereka sendiri apa yang berlaku selama mereka di’kuarantin’kan 5 hari di dalam tahanan pihak keselamatan Jordan. Kongsila keajaiban-keajaiban di roadshow Sg Petani. Bila campur-campur niat nak ke Novo, bukan saja Sg Petani anjang tak sampai, kena terus ke Amman. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ Travel lagiiii.

Maaf zahir batin.

Lobi Menunggu Kuwait Airport 

1.54pm, Sep 21, 2012 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

4 thoughts on “***Travel lagi… i***

  • September 22, 2012 at 4:24 am
    Permalink

    Semoga sentiasa dibantu.. ببركة فتى التميمي، أغثنا يا أبوي

    Reply
  • September 22, 2012 at 6:39 am
    Permalink

    Terimakasih Tuhan. SDemoga selalu dibantu…

    Reply
  • September 22, 2012 at 6:57 am
    Permalink

    Salam rindu,semuga dibantu sentias.terima kasih diatas perkongsian ilmu.untuk ingat meingat diantara satu sama lain.Abang Zul Alam mohon doa semuga dilulus visa ke mekah th ni .MZB.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *