***Kematian Ayah Yasin***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Hari ni Us Zul ke Amman, masih lagi berurusan dengan bank untuk mendapatkan tasrih amal. Ummu Anas pula akan ke Saudi malam ni. Moga-moga semuanya selesai. Anjang, Syh Lan, Mujahid dan Us Solihin pula pergi solat jenazah bapa Yasin. Yasin ni simpati kita. Banyak membantu pelajar-pelajar Malaysia di Irbid. Pun begitu, anjang lihat hanya seorang pelajar Malaysia yang datang solat jenazah. Kami sentiasa bersama dia, berhubung sejak ayahnya sakit kanser. Menziarahinya di hospital. Lepas solat kemudian terus ke kuburan. Kami berempat saja orang Malaysia. Ramai warga Saudi datang ke pengkebumian jenazah kerana keluarga ‘asyirah el Enezii berasal dari Saudi, tapi ada yang tinggal di Jordan, Syria dan Iraq. Abu Al Mehdi yang sampaikan info ni pada anjang. Bila anjang tanya ‘asyirah Asy Syummari macamana? “Ooh, itu ‘asyirah yang paling besar… Sangaat besar.” Abu Muhammad, driver van yang hantar Ibu Matun ke airport ketika balik dulu bertanya pada anjang, “Di Malaysia, sebelum jenazah dikambus, ada letak batu (block simen) seperti di sini?” Anjang jawab, “Macam ini juga tapi kami guna papan, guna kayu.” “Di sini tak, kami guna batu pastu simen… Supaya mayat tak leh larikan diri!!” Kurang asam punya Abu Muhammad!!, tepi kubur pun nak bergurau.

Lepas dikuburkan tanpa talqin, majlis bersurai dengan semua yang hadir di kubur beratur panjang, bersalaman dengan ahli keluarga si mati. Sebagai penziarah yang memberi penghormatan terakhir, kita sebutkan pada setiap ahli keluarga si mati, “‘azzomAllahu ajrakum!”

Ertinya, “Moga Allah memberi kamu pahala yang sangat besar.” (kerana bersabar dan redha terhadap ujian)

Mereka menjawab, “Waffaqallahu sa’yakum.” Selepas itu, Yasin minta kami ke rumahnya. Di tanah lapang tidak jauh dari rumahnya didirikan khemah untuk menjamu tetamu yang datang. Mansef kambing yang setiap talam tak kurang dari JD40 dihidangkan, diikuti dengan gohwah sadah (kopi pahit) dan manisan. Nampaknya, hidangan di makan secara berdiri, kecuali kami yang letakkan talam di atas meja syaie dan makan duduk atas kerusi. Makanan lazat tapi hati sedih melihat Yasin yang kehilangan ayah. Sedih-sedih melihat peristiwa kematian, sedih lagi melihat kesungguhan GBA menyusun jemaah, melawan jemaah RSA.

GBA susun kumpulan-kumpulan TT, TT itu Abuya yang asaskan. GBA kekalkan gelaran-gelaran Syeikh, ia juga dari Abuya. Tapi GBA tolak Wasilah Bonda Ummu Jah Ar. Mengata Syh Farul Ar gila. Menuduh Syh Nasir Ar kuncu Dajjal. Tidak setuju kembangkan jemaah di Haramain. Tak taatkan arahan kuarantin dan penceraian. Bersekongkol dengan musuh. Merujuk pada musuh. Merancang untuk menjadi pemimpin pengganti. Membuat jemaah baru. Menarik ahli-ahli dari GISB. Tidak terima dimarah-marah, dihina-hina. Merampas harta jemaah. Apa yang datang dari Abuya, yang GBA suka GBA ambil. Yang GBA tak suka, GBA tinggalkan. Apa yang dari RSA yang sesuai dengan kehendak GBA, GBA pakai. Apa yang dari RSA yang tak sesuai dengan kehendak GBA, GBA tolak. Apa yang sampai dari RSA yang GBA minat, GBA taat. Apa yang sampai dari RSA yang GBA tak minat, GBA ingkar. 

Walhal GISB yakin Wasilah adalah dari (lantikan) RSA, projek dan aktiviti di Haramain adalah dari arahan RSA, begitu juga di Eropah, Timur Tengah, Australia, seluruh Indonesia dan Thailand. Arahan cerai dan kuarantin adalah dari RSA. Siapa yang di buang, dijelaskan sebagai musuh adalah dari RSA dan seluruh percaturan jemaah ini adalah dari RSA. Kata Rasulullah saw: “Dunia di tanganku, jemaah di hatiku.”

GBA percaya sebahagian yang datang dari BUJ, tak percaya sebahagian lagi. Untuk GBA, bacalah firman Allah,

“ْ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ “

 

Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lalai dari apa yang kamu perbuat. 

(Al Baqarah : 85)

Duwwar Qubbah,

5.34pm, Okt 18, 2012.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Kematian Ayah Yasin***

  • October 21, 2012 at 5:11 pm
    Permalink

    Assalamu’alaikum………Sebagai pengunjung regular Blog ni aku nak tau gak GBA tu amender ek ….. ??

    Reply
    • October 23, 2012 at 2:20 pm
      Permalink

      GBA:
      G: geng
      B: bola
      A: albab
      satu kumpulan yang dikeluarkan dari GISB kerana masalah disiplin lalu membuat jemaah baru dengan cara menarik keluar ahli GISB dan merampas harta dan sebahagian wang GISB untuk membuat projek mereka.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *