***”Bertaubatlah dan Kembali Mengikut Arahan Jemaah!” Sidi Abu Khalid***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Alhamdulillah, dengan berkat, karamah RSA, Ummu Anas dah sampai ke Mekah. Dengan berkat mereka jugalah saya ingin kongsikan catatan ini.  Sangat banyak jasa Ummu Anas terhadap jemaah Abuya di Jordan khususnya. Ini sangat dirasai bagi yang lama berkhidmat di Jordan. Kalau setakat datang singgah-singgah seminggu dua, melancong. Makan-makan kat restoran. Pekena syawarma atau salatoh fawakeh. Mungkin juga nasi mandi ras ghanam di Hadhra Maut. Atau cari baju bundle di Abdali dan Wast Balad. Hatta hanya ziarah maqam-maqam dan Ashabul Kahfi sekalipun, tak akan terasa jasa Ummu Anas. Sebab itu akan nampak kelemahannya lebih dari jasanya. Kalau nak tau betul tanya Syh Daud yang lama berkampung di Jerash atau Syh Abd Wahab yang berbulan-bulan bertani di lereng bukit Bandar RSA Jerash. Lebih-lebih lagi Ibu Atiyah, Ibu Syidah, Ibu Azwa yang selalu berhubung secara direct dengan Ummu Anas. Jadi, nak membangkang memang senang. Kat sistem demokrasi pun, jadi pembangkang sangat mudah. Apa yang kerajaan buat, cari kelemahannya, pastu apalagi…. Jalankan tugas anda! Bangkang!!! Bangkang!!! Dan bangkang….!!! Semua salah, yang dari dia je betul.

Mari kita teliti dengan hati, ucapan Ummu Anas. Kalau nak senaraikan kelemahan, kelemahan kita jauh lebih banyak darinya kerana kita dipimpin secara langsung oleh Abuya bertahun-tahun tetapi masih lagi banyak kelemahan sedangkan beliau jarang bertemu Abuya. Beliau tetap setia dengan Abuya, walaupun suaminya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan Jordan. Kita belum diuji dengan pangkat sebegitu. Mari lapangkan dada, dengar ucapannya di Mekah. Beranikah Ummu Anas berbohong? Kata Abuya, seseorang itu menilai orang lain seperti dirinya. Kalau dia suka berbohong, dia sangka, semua orang suka berbohong. Lebih-lebih lagi, beranikah Ummu Anas berbohong di Mekah? Beranikah Ummu Anas berbohong di Mekah atas nama RSA. Kalla wa Alfu Kalla. Lepas tu, bila kita suka main duit, kita ingat Ummu Anas tu, beri 2K, pastu boleh suruh dia cakap ikut kehendak kita. Aaii, semudah itu ke? Tolonglah…

Tak pe lah, mari kita ikuti ucapan Ummu Anas, “Saya mulakan ucapan saya dengan mngingatkan semua anak-anak Abuya tentang wajibnya kita bpegang sungguh-sungguh dengan Abuya dan Saiyidi yang telah memilih Bonda Ummu Ar sebagai wasilah mereka. Janganlah kita jadi seperti En Hasyim dan orang-orangnya yang memilih untuk menjadi penentang jemaah kebenaran. Hakikatnya mereka bukan  menentang Bonda Wasilah tetapi mereka menentang Abuya dan Saiyidi.”

“Saya menziarahi Sidi Abu Khalid / Syh Syammar menceritakan perkembngan yang sedang berlaku di dalam jemaah di mana adik Abuya dan beberapa orang anak Abuya bertindak menentang jemaah kerana mnganggap Bonda Ummu tidak layak mnjadi wasilah Abuya. Rupanya Sidi Abu Khalid dengan saya sependapat bahawa memang En Hasyim bersalah dan wajib bertaubat. Tidak harus sama sekali mereka bersikap yang sedemikian iaitu bergabung dengan musuh dan akhirnya dikeluarkan dari jemaah oleh Abuya.” “Mereka kena terima hakikat, jemaah ini jemaah Imam Mahdi dan Abuya sebagai pemimpinnya; mereka berada di alam ruh tapi sangat berperanan mencatur Bonda Wasilah yang dilihat melaksanakannya secara zahir.” Kata Sidi Abu Khalid, dia bela jemaah ini bukan kerana membela Bonda Ummu Àr dan Syh Fakhrur Ar tetapi gesaan ini dibuat atas nama Allah dan Rasul. Sangat penting kita semua megikhlaskan niat dalam bersama Abuya. Jangan ada cita-cita yang lain kerana kesannya nanti kita akan tersaring dalam tapisan demi tapisan yang RSA lakukan pada jemaahnya. Inilah yg berlaku pada En Hasyim dan GBA. Sidi Abu Khalid selaku Wazir Imam Mahdi yang juga murid/rakan Abuya sependapat dgn saya dlm hal ini. GBA mesti disedarkan dari kesilapan mereka dan kembalilah pada jemaah. Ingatlah bahawa Ikhwan itu merasa dirinya hamba yang hina. Saiyidina Ali RA ada menyatakan, “Sesiapa yang mengajarku satu huruf nescaya jadi aku akan menjadi hamba kepadanya.”

Sedangkan BUJ Ar selaku wasilah adalah sumber himpunan ilmu-ilmu Abuya kepada kita. Darinyalah kita mendapat kefahaman dan keyakinan. Dari Bonda Wasilahlah kita dipimpin melepasi ujian demi ujian. Ingatlah Bonda Ummu Ar bukan baru di sisi Abuya  tetapi telah puluhan tahun disiapkan Abuya.

Agak-agaknya, jika wakil GBA datang bertemu Sidi Abu Khalid, memberi laporan dari pihaknya, lalu Sidi Abu Khalid yang kita tahu, amat terhubung dengan Allah, memberi jawapan yang tidak berpihak pada mereka, apakah mereka boleh menerimanya? Di dalam Islam, kaedahnya:

، فقد أخرج مسلم في صحيحه بسنده عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله ( ص ) : إذا بُويع لخليفتين فاقتلوا الآخر منهما

Maka telah dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab sohihnya dengan sanadnya dari Abu Sa’eid Al Khudri berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Jika dibai’ah kepada dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir (yang kedua) antara keduanya.”

Itulah kaedah yang sangat jelas dalam Islam, tidak boleh ada 2 orang khalifah dalam satu masa. Ketika Kalaulah ketika Islam sedang kuat, sedang ada sistem kekhalifahan pun dilarang ada dua pemimpin untuk ditaati, maka min babil aula (maka adalah lebih utama) jika masih di peringkat jemaah, belum mencapai daulah dan empayar. Kalau dibiarkan akan menimbulkan fitnah yang lebih besar.

Ampun maaf.

Ghurfah fi Bait Tolabah, Irbid, Urdun.

9.43pm, Okt 21, 2012

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *