***Mat’am Nur Muhammad, Irbid***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageImageSalam ceria. Bibarakah Al Fata At Tamimi, abda’ hazihil kitabah.

“Rindunya dengan NM (Nur Muhammad).” 

Itu kata-kata luahan hati pelajar Malaysia di Irbid, Jordan kepada kami. Yang mereka maksudkan ialah Restoran RSA di sini, Mat’am ‘Nur Muhammad’, yang baru dibuka semula semalam bertepatan 11 Zulhijjah 1433H.

Setelah ditutup sebulan lebih kerana urusan perlesenannya yang rumit penuh biokrasi. Dengan izin Allah berkat RSA di bulan haji, malah di hari Tasyriq pertama sambil menunggu milad Abuya dan cuba laksanakan Haji Roh, MNM dibuka semula. 

Esok, pelajar Malaysia di sini akan menyembelih korban seekor unta dan 31 ekor kambing, agak banyak bilangannya kerana majoriti siswa/i di sini mendapat biasiswa dan pinjaman pelajaran. Ramai pula diantara mereka adalah pelanggan tetap MNM. Ada yang dah mula bertanya masakan panas di NM yang mereka rindui, sedangkan kami terpaksa hentikan dahulu memandangkan masyarakat tempatan tidak mampu menghidu bau belacan, bilis goreng dan segala rencah-rencah masakan kita yang ditumis-tumis. 

Itulah hikmah Tuhan, kita belajar mengenal kelainan adat dan budaya. Tetapi perjuangan kena diteruskan, InsyaAllah kita akan adakan jualan mi sup dan mi kari disamping makanan kegemaran pelajar di sini, pelbagai jenis roti; canai kosong, telur, sardin dll. Moga jiran-jiran berbangsa Arab pun tak ‘menderita’ bau-bauan masak panas.

Moga niat untuk berkhidmat bagi pihak RSA, kepada warga Malaysia khasnya, Allah pandang besar dan memberi bantuan pada kami yang sangat lemah dan banyak dosa ini. 

‘Tuhan, datangkanlah terus menerus pertolonganMu kepada jemaah RSA, para Ikhwan dan Asoib juga kepada semua pejuang-pejuang yang ikut memperjuangkan keagungan Allah dan Rasul.’  

Musolla Villa RSA Irbid

4.47pm, Okt 28, 2012

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *