Bahasa Arab Asas 6
Nota Perbezaan Isim dan Fi’il:
1. Huruf tidak ada ciri khusus. Untuk mengetahuinya perlu dihafal.
2. Suatu perkataan sudah cukup dikatakan sebagai isim atau fi’il apabila telah ada salah satu dari ciri yang telah kita sebut. Contohnya jika ada alif lam di awalnya, ia adalah isim.
3. Pada ciri isim, antara tanda ‘tanwin’ dan ‘alif lam’ tidak boleh berlaku serentak. Jika ada ‘tanwin’, pasti tidak ada ‘alif lam’, begitulah sebaliknya.
4. Untuk fi’il, selalunya ciri-cirinya tidak kelihatan kerana bukan semua fi’il masuk sebelumnya ‘qad’ atau ‘sin’ dsb. Oleh itu, cara yang praktikal untuk mengetahuinya adalah dengan menghafal ciri-ciri isim dan menghafal huruf. Apabila sesuatu perkataan tidak termasuk dalam kategori isim dan juga huruf ertinya ia termasuk fi’il.
5. Fi’iI boleh juga dikenali dengan wazan (timbangan) iaitu bila memahami ilmu sorof.
Bersambung….
.