Bahasa Arab Asas 8

Kongsikan kepada yang lain
Share

Jumlah Mufidah (Ayat yang sempurna)

الجُمْلَةُ المُفِيْدَةُ  / اَلْكَلاَمُ

Jumlah mufidah adalah susunan perkataan yang boleh memberi faedah yang sempurna.(Ayat yang difahami maksudnya)

Contoh:

عَلِيٌّ مَِرْيضٌ

Ali adalah seorang pesakit

رَجَعَ عَلِيٌّ

Telah pulang Ali

Adapun susunan perkataan yang tidak memberikan faedah yang sempurna tidak dinamakan sebagai Jumlah Mufidah.

Contoh:

إِنْ رَجَعَ عَلِيٌّ

Jika (telah) pulang/kembali Ali….(Tidak sempurna kerana pendengar akan tertanya-tanya, jika Ali pulang apa yang terjadi? Apa yang saya kena buat, jika Ali balik? Ayat ini tergantung)

إِنْ رَجَعَ عَلِيٌّ فَأَكْرِمْهُ

Jika (telah) pulang/kembali Ali, maka muliakanlah ia. (Ayat ini sempurna kerana pendengar faham maksudnya)

Jumlah Ismiyah

Jumlah (ayat) ismiyah adalah jumlah yang dimulakan dengan isim.

Contoh:

عَلِيٌّ مَِرْيضٌ

Ali adalah seorang pesakit

مُحَمَّدٌ طَالِب ٌ

Muhammad adalah seorang pelajar.

Jumlah Fi’liyah

Jumlah fi’liyah adalah jumlah yang dimulakan dengan fi’il.

Contoh:

ذَهَبَ زَيْدٌ

Telah pergi Zaid

رَجَعَ عَلِيّ

Telah pulang Ali

 

Bersambung…..

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *