***Growing stronger despite ban***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria. Bi barakati RSA aktubu. ‘Jauhari sahaja yang mengenal manikam’. Dulu, waktu anjang baru mula pandai membaca, apa saja bahan bacaan yang ada di rumah, anjang baca. Pernah terjumpa peribahasa di atas. Masa tu tak tau maksudnya. Ingatkan si Johari tu kawan dengan seorang India bernama Manikam. Jadi dia yang paling kenal kawannya itu. Orang lain tak berapa kenal “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ Teruk punya kefahaman. Korang tau ke makna sebenar peribahasa ni? Anjang gelak, korang gelak. Jangan-jangan, 2 x 5 dengan anjang je. Sebenarnya yang paling mengenal diri kita adalah kawan rapat dan musuh. Kawan rapat, kerana dia sayangkan kita, banyak kegemaran dan kebencian kita dia ketahui. Kelemahan kita dia tegur, baiki dan tutup serta doakan. Musuh pula, sentiasa mencari kelebihan kita untuk di pintas. Meneliti dan amat mencari kelemahan kita untuk mengalahkan kita. Itulah yang terjadi di sepanjang sejarah kemanusiaan. Ia berulang-ulang di setiap zaman. Tapi pelik kenapa ada golongan yang tak belajar dari sejarah. Patutnya kalau nak bermusuh, kajilah sungguh-sungguh ciri-ciri musuh. Baru tepat cara menghadapinya. Contohnya kerajaan (Kerajaan dah berbaik dengan bekas Arqam), contohnya Jabatan-jabatan Agama, patutnya kaji betul jemaah Darul Arqam dan pemimpinnya Abuya Ashaari. Dah berbagai-bagai cara digunakan untuk menghancurkannya dari peringkat di rumah putih lagi di akhir 60’an, di era Al Arqam, di era Rufaqa’ dan kini GISB oleh pelbagai pihak. Samada kerajaan sendiri atau individu-individu atau bekas ahli. Bacalah dalam catatan sejarah pejuangan ini, korang akan jumpa nama-nama seperti Akhbar Anang, Mokhtar Yaakub, Halim Abbas, Hashim Ahmad, Zabidi, Pahrol Mohd Joi, Mohd Salim, Hassan Mokhtar, Yusof Nor, Hamid Othman, Zainal Abidin, Hamid Zainal Abidin. Tak lupa juga Zawawi Aman, Hashim Jaafar, GBA dll. Macam-macam cara dibuat kepada Abuya dan jemaahnya. Paling biasa fitnah, tohmah, tuduhan dan dimalukan. Di siarkan dalam TV dan media massa. Kemuncaknya pengharaman, tangkapan, hukum tanpa bicara dan ISA. Seterusnya tahanan terhad, buang daerah. Tapi pernah ke hasil segala usaha-usaha melibatkan pelbagai jentera kerajaan dan selainnya jadi semakin kecil perjuangan ini? Tidakkkk… Ia benar-benar seperti yang Abuya pernah nukilkan di sajaknya, ia umpama air. Bagaimana di sekat sekalipun, ia tetap akan datang. Walaupun tampak lembut tapi tak boleh dihalang. Diempang, ia akan semakin tinggi, akhirnya melepasi empangan. Atau meresap ke tanah mencari laluan. Akhirnya tembok empangan yang roboh, air tetap mengalir.

Kalaulah pihak yang berkenaan faham, sepatutnya beri laluan. Ia akan mengalir dengan cantiknya, ramai yang akan mendapat faedah. Sepatutnya dikaji sungguh-sungguh, akhirnya kebenaranlah yang akan teserlah. Rupa-rupanya, rahsia ini bukan rahsia lagi. Dah disebutkan oleh Nabi Akhir Zaman lebih 1400 tahun dahulu dalam satu hadis yang masyhur. Walaupun berbeza-beza lafaznya tetapi mempunyai maksud yang sama dan hampir mencapai darjat mutawattir kerana diriwayatkan oleh hampir 20 orang sahabat Nabi SAW. Power tu!!! Macam mana korang boleh tak kaji. Atau sengaja nak cabar Tuhan.

 

 عن ثوبان قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم كذلك)

Dari Tsauban dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: ((Akan sentiasa ada sebuah toifah dari kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dapat dimudharatkan (tidak akan dikalahkan) oleh sesiapa yang ingin menjatuhkan mereka hinggalah datang ketentuan Allah, mereka tetaplah begitu))

Kamu larang jubah, mereka pakai baju korperat. Jangan pakai serban! depa pakai kupiah Oman. ‘Haram’ dalam negeri, mereka ‘Halal’ di luar negara. Tutup kampung-kampung, mereka buka bandar-bandar. Sampai kat Eropah, Australia, Thailand, Indonesia, Timur Tengah dan Haramain pun ada bandar mereka. Ada Chalet, ternak kuda, unta, kambing. Buat perkampungan Rasulullah SAW. Ada ladang kurma di Madinah. Jadi semakin ditekan semakin besar. 

Patut tanya pada diri, jangan-jangan mereka ni yang dimaksudkan dalam hadis sebagai orang yang menzahirkan kebenaran. Jangan-jangan aku hanya pandai berkata-kata dan berteori tentang kebenaran sedangkan mereka adalah pejuang kebenaran yang tidak mampu dikalahkan penentang kerana di ‘backing’ oleh Tuhan.

Bilik Syabab, Villa Duwar Qubbah, Irbid.

7.27am, Nov 1, 2012

 

Growing stronger despite ban

By HARIZ MOHD | harizm@nst.com.my 

KUALA LUMPUR: THE defunct Al-Arqam movement is back, with more followers and larger funding.

The movement, decreed as deviant by the National Fatwa Council but later rebranded as a registered company, today owns multimillion ringgit businesses in more than 10 countries, sources in intelligence agencies said.

The sources added that the movement had grown stronger than the time it was banned in 1994.

“The authorities who monitored its offshoot leaders since 1994 found that they were continuing its activities and were trying to revive the group via the company despite the ban.

“It has thousands of members today and the number keeps increasing,” said a source.

“Although the movement no longer poses a threat to national security, its misleading beliefs can split the Muslims in the country.”

Another source said movement members believed that their late leader, Ashaari Muhammad, would return as Imam Mahdi to save the world.

“We also found that his widow, Khatijah Am, has been running the group from Mecca where she now resides. We have evidence of her claiming that she had been in constant contact with Ashaari.”

Ashaari, called Abuya by his supporters, died at the age of 73 on May 13, 2010.

A source also said Khatijah had ordered members who received the government’s RM500 1Malaysia People’s Aid to contribute to the company.

The New Straits Times witnessed a concert held to celebrate Ashaari’s 75th birthday at the company’s head office in Bandar Country Homes, Rawang, on Tuesday.

More than 2,000 people, believed to be Ashaari’s followers, turned up at the event, themed “Abuya continues leading from the other world”. (Abuya terus memimpin walaupun ghaib.)

One of the company’s top executives who gave a speech during the event claimed that Ashaari was the father of all Muslims and that “his soul (roh) would regroup with Prophet Muhammad and Imam Mahdi to bring Islam to victory”.

The executive also said the armed forces had given a signal that they would stage a coup to turn Malaysia into an Islamic country.

“This is in line with Ashaari’s theory that Malaysia would become an Islamic country, led by non-political entities,” he said to applause from the floor.

Armed Forces chief General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, when contacted, rubbished the claim.

“This is a blatant lie and and I urge Malaysians not to believe it. It is made to make people lose confidence in the armed forces.

“The armed forces are behind the government and our loyalty is always with the king and the people.”

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Growing stronger despite ban***

  • November 2, 2012 at 4:06 am
    Permalink

    Alam Malaikat adalah ghaib.
    Alam jin adalah ghaib
    Diri manusia lebih banyak yang ghaib dari yang nyata. Yang ghaib adalah roh, akal, nafsu. Yang nyata adalah jasad fizikal.
    Kenapa kita tak boleh percaya kepada yang ghaib. Dalam diri manusia yang ghaib yang kawal jasad fizikal. Jasad fizikal hanya menurut perintah yang ghaib iaitu roh, akal dan nafsu. Oleh itu sensor atau pengesan yang dinamakan hati yang dicipta Tuhan sahaja yang dapat mengesan kebenaran sekiranya hati tersebut tidak ditutup oleh titik-titik hitam.

    Reply
  • November 9, 2012 at 6:57 pm
    Permalink

    ya allah bantulah perjuangan ini , supaya rakyat celik buka mata siapakah al-qrqam, rufaqa , global ikhwan serta bantulah rakyat malaysia serta seluruhnya untuk mendekati jemaah ini. dengan kefahaman.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *