Bahasa Arab Asas 9

Kongsikan kepada yang lain
Share

Syibhul Jumlah

شِبْهُ الْجُمْلَةِ

Syibhul jumlah adalah susunan perkataan yang mirip dengan jumlah (ayat). Ia terbahagi kepada 2; Zorof dan Jar Majrur

Zorof 

Zorof adalah kata yang digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Ia terbahagi 2;

i- ظَرْفُ الْمَكَانِ Zorof Makan (Tempat)

Contoh:

أمَامَ (depan),

وَرَاءَ (belakang) 

ii- ظَرْفُ الزَّمَانِ Zorof Zaman (Waktu)

Contoh: 

بَعْدَ (selepas),

قَبْلَ (sebelum) 

Jar Majrur

Syibhul Jumlah kedua ialah Jar Majrur iaitu bermula dari huruf jar dan diikuti oleh Isim selepasnya yang di panggil majrur.

Contoh: 

مِنَ السُوْقِ

Ertinya: Dari pasar itu

Nota: 

Isim yang terletak setelah huruf jar dan zorof maka secara umum berbaris akhir kasrah (Isim Majrur)

Contoh:

مِنَ السُوْقِ – جَرٌّ وَ مَجْرُوْرٌ

Ertinya: Dari pasar itu

أمَامَ المَنْزِلِ – ظَرْفٌ وَ مَجْرُوْرٌ

Ertinya: Di depan rumah itu

 

Bersambung….

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Bahasa Arab Asas 9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *