***Intimnya GISB Bersama Masyarakat Malaysia***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageImageImageImageImageImageImageKesedaran dan keprihatinan rakyat Malaysia dibandingkan dengan rakyat di negara lain, sekali pun majoriti rakyatnya Muslim adalah tinggi. Apa saja masalah kemanusian yang melanda dunia, rakyat Malaysia sangat prihatin dan suka menyumbang untuk meringankan bebanan yang ditanggung. Walaupun dalam membantu itu berhadapan dengan risiko seperti menghantar bantuan perubatan ke Palestin dan lain-lain.

Pelarian dari mana-mana negara suka datang ke Malaysia untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan. Contohnya berapa ramai rakyat dari negara Timur Tengah yang dilanda krisis seperti Palestin, Iraq, Syria, dari negara-negara benua Afrika dan dari Asia Tenggara sendiri saperti Kemboja, Selatan Thailand, Myanmar, Indonesia dan lain-lain. Ketika AS penuh angkuh menunjukkan kuasanya menyerang Vietnam, Malaysia pula mempamerkan kemanusiaanya menerima pelarian-pelarian perang yang datang berbondong-bondong dengan tangan terbuka.

Pengalaman GISB di luar negara pula, setelah bergaul dengan masyarakat antarabangsa, kami mendapati mereka sangat mengagumi dan berterima kasih di atas keperihatinan & kerjasama negara Malaysia dan rakyatnya terhadap isu dunia khususnya berkaitan umat Islam. Pada mereka, Malaysia adalah Negara Islam contoh untuk seluruh dunia.

Berpegang kepada hadis Nabi SAW:

 (خير النّاس من ينفع النّاس )

Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain, maka GISB terus mengorak langkah mengembangkan aktiviti perniagaannya ke seluruh dunia.

Hasilnya model Islam yang ditonjolkan oleh badan korporat GISB melalui platform perniagaan di luar negara ini telah membuka mata dunia amnya dan umat Islam khususnya, di seluruh dunia. 

Contohnya seperti di Eropah, GISB bertapak di Manchester dan Greenwich di London. Frankfurt di German. St. Quantin dan Bohain di Perancis. 

Di Australia, rakyat Malaysia dan masyarakat tempatan mendapat manfaat dari aktiviti perniagaan GISB di Sydney, Geraldton, Perth, Port Hertland, dan Catanning.

Di Asia Barat, kita boleh temui aktiviti perniagaan GISB di Jerash dan Irbid di Jordan, Damsyik di Syria (wakil dari rakyat tempatan meneruskan aktiviti yang dibangunkan di sana), Kaherah, Gaza dan Mansurah di Mesir dan Mekah dan Madinah di Saudi sebagai ibu pejabat GISB antarabangsa.

Di negara Komunis dan bekas jajahan kuasa besar USSR, GISB berada di Yunan, Cina, di Uzbekistan.

Tidak kurang juga di negara jiran serumpun, GISB memberi khidmat di kesuluruhan kepulauan Indonesia; di Sumatera, pusat utamanya di Pekan Baru, Riau. Di Jawa, pusat utamanya di Sentul, Jakarta. Di Sulawesi, pusat utamanya di Makassar, juga di kepulauan papua, di pusat bandar Papua. Juga di Brunei Darussalam dan Singapura.

Adapun di Thailand; di selatan di Satun, di pulau pelancongan terkenal, Phuket, di ibukota Bangkok dan juga di utaranya iaitu Chiangmai.

Di Filipina, berpusat di Manila. Wakil GISB di sana ialah orang penting kerajaan sana yang memeluk Islam di tangan Abuya. Dia sekarang berperanan menyatukan orang Islam dan Kristian dan merapatkan jurang di antara mereka.

Begitu sekali GISB diterima baik di seluruh dunia sekaligus membawa nama baik negara Malaysia tercinta. Lebih-lebih lagi GISB di dalam negara, yang sangat terhubung dengan masyarakat. Selain dari memberi perkhidmatan di rangkaian perniagaan restoran, kafe, pasaraya, bakeri, pusat rawatan dan lain-lain, boleh dikatakan, setiap bulan GISB di seluruh negeri mengadakan majlis dan program bersama masyarakat; tidak kira agama dan bangsa melalui aktiviti rumah amal naungan GISB, yang mana GISB adalah penyumbang utamanya. Ini adalah bukti komitmen GISB kepada masyarakat dan negara. Mudah-mudahan Malaysia menjadi negara yang bersatu padu, aman makmur, maju dan mendapat keampunan ilahi.

Duwwar Qubbah, Irbid, Jordan.

12.30pm, Nov 11, 2012.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Intimnya GISB Bersama Masyarakat Malaysia***

  • November 11, 2012 at 3:27 pm
    Permalink

    Sekarang kita di Giza sedang menyusur ke Gaza.,., (^_^) ,.,. Berhenti berehat sambil membaca blog yg menjadi buah minda dan santapan jiwa.,., (-_^)

    Reply
  • November 12, 2012 at 12:33 am
    Permalink

    terharunya aku melihat pencapaian mereka ini..rasa mcm xpercaya je…tp aku percaya..terkejut dgn kedatangan sohibus samahah mufti negeri 9.alangkah indahnya kalau JAKIM berbaik2 dgn diaorg ini.tentu banyak menafaatnya yg boleh dikongsi oleh semua masyarakat islam di malaysia.cukup2lah..yg dah lepas tu lupa2kan je lah..buang yg keruh ambil yg jernih.masyarakat islam melayu di malaysia ini sudah berpecah akibat pertingkahan politik.janganlah pula JAKIM dan jabatan islam negeri2 mengeruhkan lagi suasana.pada aku GISB ni boleh diajak berunding..ikutlah jejak langkah sohibus samahah mufti negeri 9 ini..aku doakan semoga jemaah diaorg ini semakin besar dan ditambah bilangannya..moga2 aku pun berada bersama mereka.kalau xpun anak cucu aku..amin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *