Bahasa Arab Asas 14

Kongsikan kepada yang lain
Share

 Tanda-Tanda Isim Muannas

 

Di antara Tanda-Tanda Isim Muannas ialah:

1. Isim yang diakhiri dengan ta’ marbutoh ة

Contoh:

مَدْرَسَةٌ (Sekolah)

قَلَنْسُوَةٌ (Songkok)

مُدَرِّسَةٌ (Seorang guru perempuan)

مُسْلِمَةٌ (Perempuan muslimah)

2. Nama orang perempuan

Contoh:

مَرْيَمُ (Maryam)

زَيْنَب (Zainab)

3. Isim yang khusus untuk perempuan

Contoh:

أُمٌّ (Ibu)

مُرْضِعٌ (Orang yang menyusui)

4. Nama negara atau Bandar

Contoh:

مَالِيْزِيَّا (Malaysia)

جُوْكْجَاكَرْتَا (Jogjakarta)

5. Nama anggota badan yang berpasangan

Contoh:

عَيْنٌ (Mata)

يَدٌ (Tangan)

6. Jamak taksir

Contoh:

كُتُبٌ (Buku-buku)

فِرَقٌ (Kumpulan-kumpulan)

Nota:

Nama orang laki-laki, walaupun diakhiri dengan ta’ marbutoh tetap dikatakan sebagai isim muzakkar

Contoh :

أُسَامَةُ (Usamah)

مُعَاوِيَةُ (Mu’awiyah)

عُقْبَة (Uqbah)

حَمْزَة (Hamzah).

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *