***Jordan Terkini bukti Imam Mahdi semakin hampir munculnya***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageImageImageImageSalam ceria. Sepanjang malam semalam keadaan di Irbid tak tenang. Di celah-celah sorakan dan teriakan serta hon kenderaan jumhur yang berhimpun mengadakan tunjuk perasaan samada puak penentang kerajaan atau penyokong, kedengaran juga seren dari kereta-kereta peronda polis yang bersahut-sahutan. Rakyat Jordan yang tidak puas hati dengan keputusan kerajaan menaikkan harga bahanapi, tidak menghiraukan cuaca sejuk menggigit tulang, terus berkumpul meluahkan perasaan marah. 

Bermula dari tengah malam 14hb Nov 2012 lalu, Menteri Perkilangan dan Perniagaan Jordan mengumumkan kenaikan harga bahanapi seperti berikut:

1.Minyak Gas dari JD 0.515 1 liter ke JD 0.685 (33%)

2.Diesel dari JD 0.515 1 liter ke JD 0.685 (33%)

3.Petrol 90 dari JD 0.700 1 liter ke JD 0.800 (13.3%)

4.Gas dari JD 6.50 1 tong ke JD 10. (53.8%)

JD1=RM4.50. Tak perlu tunggu lama, siang hari yang sama, hampir semua kenderaan awam menaikkan tambang. Restoran-restoran menaikkan harga makanan. Kredit untuk top up naik dan lain-lain. 

Maka umum rakyat pun naik, naik darah. Hingga tak terkawal. Tunjuk perasaan berlaku di Karak, Maan, Tofilah, Salt dll. Di Irbid sendiri, sekumpulan penunjuk perasaan terdiri dari anak-anak muda tidak terkawal malah ada yang bersenjata, menuju ke Balai Polis, melepaskan tembakan rambang. Pihak polis pula membalas tembakan atas alasan mempertahankan diri tetapi telah menyebabkan satu kematian. Isu yang hangat menjadi semakin panas.  

Di Maan, dua orang terbunuh dalam satu kejadian tetapi tidak jelas siapa yang melakukannya. Ditambah dengan isu kenaikan harga menyebabkan beratus-ratus penunjuk perasaan bertopeng membakar bangunan-bangunan perbandaran dan mahkamah, serta kenderaan polis dan post-post kawalan, kereta awam, kedai dan stesen petrol.

Kafe NM juga lengang di waktu malam kerana ramai pelajar tidak berani keluar rumah atas faktor keselamatan. Tunjuk perasaan berlaku di Duwar Jamiah, Bab Syimali, Duwar Wosfi Tall dll. Beratus-ratus orang ditangkap di seluruh Jordan atas tuduhan menimbulkan huru hara. Setakat semalam 80 orang akan didakwa atas tuduhan menimbulkan kekacauan.

Kesatuan Guru-guru melancarkan mogok 1 hari kerana menentang kenaikan harga. Mereka tidak datang bertugas. Kementerian Pendidikan pula mengarahkan semua sekolah meneruskan kelas seperti biasa. Yang jadi mangsa adalah murid-murid. Ada yang ke sekolah tapi tak cukup guru. Ada yang tak ke sekolah.

Begitulah keadaan terkini di Jordan. Untuk pengetahuan kita, kabinet terbaru Jordan ini adalah kabinet ke 5 yang dibentuk untuk tahun 2012 ini sahaja. Ertinya dah silih berganti 5 kali PM dan menteri-menteri untuk tahun ini sahaja. Kerajaan yang sangat tidak stabil. Ia membuktikan kejatuhan pemimpin-pemimpin dunia secara menyeluruh. Seorang demi seorang, tiada siapa yang nampaknya mampu menyelesaikan masalah di negara masing-masing. Di pihak musuh, iaitu yahudi pun sangat mengetahui keadaan ini. Ia adalah petanda jelas, pemimpin-pemimpin yang mereka restui sudah tidak relevan lagi. Maka kedatangan pemimpin dari Tuhan tak dapat di elakkan lagi. Saat kehancuran mereka semakin hampir. Tetapi dasar kedegilan mereka tak dapat digambarkan. Mereka lancarkan serangan ganas ke Gaza. Mereka sangat yakin dengan kekuatan hero mereka iaitu Dajjal la’natullah. 

Mengapa orang Islam tidak yakin dengan hero Islam di akhir zaman. Pemimpin agung yang Allah janjikan? Muhammad ke 2, yang di tangannya berlaku kemenangan. Iaitu Imamul Mahdi. Malah Nabi Isa AS sendiri akan jadi pengikutnya. Akan jadi umat Nabi Muhammad SAW. Bagindalah yang akan memenggal tengkuk Dajjal. Kenapa Umat Islam tidak percaya? Tak yakin? Mempertikaikannya? Sedangkan hadis-hadis tentang Al Mahdi mutawattir. 

Kerana di kalangan umat Islam telah ada yahudi-yahudi yang menyamar, ada lidah-lidah yahudi yang bercakap. Menjadi agen yahudi samada sedar atau tidak. Di saat yahudi sangat yakin dengan hero mereka, ramai umat Islam mempertikaikan ‘Batol al Islam’

Mudah-mudahan kita tetap teguh memperjuangkan Islam bersama PBT, Imamul Mahdi dan Rasulullah SAW.

Moga RSA pandu kami untuk dapatkan rindu, takut, cinta, cemas di depan dan belakang kepada Allah dan RSA. Islam Pasti Menang.

Duwar Qubbah, Irbid.

9.00am, Nov 19, 2012

 

Heboh!Tentara Dajjal Telah Muncul

Benarkah bala tentara Dajjal telah muncul? Pertanyaan ini mencuat ketika Israel memperkenalkan “Kfir” yang merupakan brigade elit Israeli Defenses Force (IDF). Brigade ini dibentuk sebagai “900th Brigade” atau Brigade ke-900, yang masuk dalam unit paling elit satuan infanteri IDF di bawah Kementerian Pertahanan Israel. Brigade Kfir berada di bawah komando Divisi 162 (Utzvat Haplada). Nama aslinya Brigade tersebut adalah “KFR”, karena sistem huruf Ibrani tidak mengenal huruf hidup. Pasukan ini juga merupakan kesatuan anti teroris yang paling efektif di negara israel. Bukan itu saja, perusahaan penerbangan Israel bernama IAI yang bekerja sama dengan agen pemerintah juga telah meluncurkan pesawat tempurnya yang diberi nama Kfir (lihat gambar).

Mereka sendiri mestinya sudah tahu benar dengan arti kata Kfir tersebut. Lantas apakah kesombonganlah yang membuat mereka menamakan dirinya Kafir (tidak percaya kepada Tuhan) atau alasan lainnya?

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahwa ciri-ciri fisik Dajal, selain bermata satu, di jidatnya juga ada aksara Arab “Ka Fa Ra” atau Kafir. Kafir berarti “Tidak mempercayai”. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah Swt, karena mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer. Dihadist lain, Rasul juga mengatakan bahwa Dajjal akan memimpin pasukan yang berjumlah 70,000 pasukan. Dan dihadist lainnya pula disebutkan bahwa Dajjal hanya memiliki satu buah mata. Coba perhatikan gambar :

Jadi benarkah pasukan Dajjal telah muncul? Benarkah kiamat semakin dekat? Wallahua’lam…

 sumber: 

http://asikbos.blogspot.com/2012/11/hebohtentara-dajjal-telah-muncul.html

 

.

  • imam mahdi 2017 (124)
  • bukti dajjal sudah muncul (48)
  • kiamat semakin hampir (44)
  • kemunculan imam mahdi (37)
  • kemunculan dajjal semakin hampir (35)
  • dajjal semakin hampir (28)
  • bukti kiamat semakin hampir (26)
  • munculnya imam mahdi (23)
  • imam mahdi vs dajjal (16)
  • Dajjal terkini (14)
  • dajjal hampir keluar (14)
  • kedatangan dajjal semakin dekat (13)
  • dajjal hampir muncul (12)
  • pasukan imam mahdi (11)
  • imam mahdi muncul 2017 (10)
  • imam mahdi sudah lahir di indonesia (1)
  • Imam mahdi (1)
  • ciri pasukan imam mahdi (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

4 thoughts on “***Jordan Terkini bukti Imam Mahdi semakin hampir munculnya***

  • November 20, 2012 at 5:50 pm
    Permalink

    malai-ur.blogspot.com/2012/11/pandangan-tentang-situasi-terkini.html?m=1

    Reply
  • March 4, 2013 at 5:47 pm
    Permalink

    salam rndu bt sume ikhwan.smlm jmpa abuya.trasa hangat lagi prtemuan itu.tqTUHAN…

    Reply
  • March 21, 2013 at 3:41 pm
    Permalink

    Imam Mahdi muncul setelah kedatangan komet Ison 28 Nov 2013 nanti. Saat kemunculan Imam Mahdi, goro2 Nusantara + dunia sdh berakhir, zaman sdh berganti. Dunia tanpa listrik & tanpa bahan bakar fosil. Semua peralatan modern macet, transpotasi hanya dgn kuda, bagal, keledai, dokar, andong, kereta kuda, becak, sepeda, kapal layar & yg semacam saja.

    Reply
  • March 21, 2013 at 4:00 pm
    Permalink

    Semua pemerintahan berdasar demokrasi, sekulerisme, komunisme, sosialisme, nasionalisme dll yg tdk berdasar Al Qur’an & Sunnah sdh tidak ada. Semuanya sdh dimusnahkan Tuhan dlm goro2. Namun di tanah Jawa tlh berdiri Pajajaran Anyar: Daulah Khilafah Islam yg dipimpin Khulafaur Rasyidin yg ke-5 Khalifah al Mahdi yg dgn Pasukan Berpanji Hitam akn memberikan dukungan besar kpd Imam Mahdi & Yesus Kristus / Nabi Isa as memerangi Dajjal & pengikutnya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *